The Fast and the Furious: Tokyo Drift
The Fast and the Furious: Tokyo Drift adalah sebuah filem spin-off tahun 2006 bagi siri filem lumba haram The Fast and the Furious dan 2 Fast 2 Furious. Filem ini menampilkan watak-watak baru serta lokasi berbeza iaitu di Tokyo, Jepun berbanding filem sebelumnya.
The Fast and the Furious: Tokyo Drift | |
---|---|
Pengarah | Justin Lim |
Penulis | Chris Morgan |
Dihasilkan oleh | Neal H. Moritz |
Dibintangi | Lucas Black Bow Wow Nathalie Kelley Sung Kang Brian Tee |
Diedarkan oleh | Universal Studios |
Masa tayangan | 104 minit |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Bahasa Inggeris Bahasa Jepun |
Bajet | $85 juta |
Pecah panggung | $158,401,402 |
Sinopsis
suntingTemplat:Spoiler Sean Boswell adalah seorang pelumba haram dari Amerika Syarikat yang sering menimbulkan masalah dengan pihak berkuasa kerana gemar berlumba haram sehingga mengakibatkan kemusnahan harta awam. Kali ini, dia dihantar ke Tokyo, Jepun di bawah penjagaan bapanya untuk mengelakkan daripada hukuman penjara. Sebagai seorang gaijin (orang asing), Sean berasa terasing apabila berada di negara orang sehinggalah pada suatu hari apabila sahabatnya, Twinkie memperkenalkannya kepada aktiviti perlumbaan haram drift di Tokyo. Sean yang pada asalnya lebih mahir dengan perlumbaan pecutan (drag) kemudian mula berminat dengan perlumbaan drift. Pada kali pertama dia berlumba di situ, tanpa usul periksa Sean mencabar D.K. (Drift King), jaguh teknik drift yang mempunyai pertalian dengan kumpulan penjenayah Jepun, Yakuza. Dia kalah dalam perlumbaan tersebut dan terpaksa bekerja dengan Han sebagai bayaran kepada kerosakan yang dialami keretanya yang digunakan oleh Sean. Walau bagaimanapun, Han mula bersahabat dengan Sean dan mengajarnya teknik drift. Konflik antara Sean dan D.K. memuncak apabila D.K. mendapati Sean bersama-sama teman wanitanya, Neela. Akibatnya, beberapa siri aksi yang mendebarkan berlaku hasil daripada konflik tersebut.
Klasifikasi
suntingDi Malaysia, filem ini diklasifikasikan sebagai 18SG (Aksi ganas atau seram).
Penampilan kereta
sunting- 2006 Mitsubishi Lancer Evolution IX merah: Sean Boswell
- 1967 Ford Mustang Fastback berjalur putih/hijau (ditukar dengan enjin RB26): Sean Boswell
- 1970 Chevrolet Monte Carlo beige/kelabu: Sean Boswell
- 1993 Nissan Skyline: Earl
- 2000 Nissan Silvia S15 perak (warna asal - jingga/biru): Sean Boswell (pemilik asal - Han)
- 2006 Mazda RX-8 biru air/hitam: Neela
- 2006 Nissan 350Z biru/hitam: Chay
- 2006 Nissan 350Z hitam/kelabu metalik: Takashi/D.K.
- 2006 Subaru Impreza WRX STi: Flatrun
- 2006 Mitsubishi Lancer Evolution IX: Kawon Griggs
- 2003+ Dodge Viper SRT10 merah: Clay
- 1993 Mazda RX-7 Veilside Fortune jingga/hitam: Han
- 1970 Plymouth Road Runner perak: Dominic Toretto
- 2005 Mercedes-Benz S-Class hitam: Kamata
- 2006 Volkswagen Golf R32: pelbagai pelakon tambahan
- 2006 Volkswagen Touran hijau: Twinkie
Maklum balas
suntingAkhbar Berita Harian telah mengklasifikasikan filem tersebut sebagai filem perlumbaan kereta terbaik pernah ditayangkan di Malaysia.
Trivia
suntingPenampilan istimewa
sunting- Vin Diesel membuat penampilan istimewa sebagai Dominic Toretto (watak lakonannya dalam filem The Fast and the Furious) yang mendakwa sebagai sahabat Han.
- Raja Drift sebenar serta pengasas teknik drift, Keiichi Tsuchiya muncul sebagai seorang nelayan tua yang menyindir teknik drift Sean yang teruk.
- Rhys Millen, pemandu lagak ngeri utama dalam filem tersebut muncul sebagai seorang penumpang dalam kapal terbang yang dinaiki Sean.
- Bekas ahli gusti sumo Konishiki muncul dalam babak di rumah mandi sebagai seorang yang berhutang dengan Han.
- Penyanyi J-pop Ayumi Hamasaki dan Mika Nakashima dapat dilihat dalam paparan latar belakang di sekeliling Tokyo.
- Model import Verena Mei dan Mari Jaramillo berada di dalam kereta Nissan Skyline semasa Han membuat teknik drift pusingan bulatan mengelilinginya.
- Pada garis permulaan semasa di peringkat awal dan penghujung filem, model import Kaila Yu (Ready), Aiko Tanaka (Setto) dan Satoshi Tsumabuki (Go) memulakan perlumbaan di tempat letak kereta.
- Toshi Hayama, pengulas berbahasa Inggeris semasa perlumbaan D1 Grand Prix di Amerika Syarikat dan United Kingdom turut tampil.
Rujukan dalaman
sunting- Pemilik rumah mandi dilihat sedang membaca manga Initial D yang mengisahkan seorang remaja yang berbakat dalam perlumbaan haram drift di Bukit Akina.
- Han merujuk kepada D.K. tentang pembelian kereta Toyota AE86 miliknya. Keiichi Tsuchiya dikenali kerana menggunakan kereta Toyota AE86 di dalam perlumbaan drift yang disertainya.
- Kereta Toyota AE86 milik Keiichi Tsuchiya dapat dilihat di penjuru tempat letak kereta di mana Sean pertama kali berlumba dengan D.K.
Runut bunyi
sunting- 1. Teriyaki Boyz - "Tokyo Drift (Fast & Furious)"
- 2. DJ Shadow feat. Mos Def - "Six Days The Remix"
- 3. 5,6,7, 8's - "The Barracuda"
- 4. Evil Nine - "Restless"
- 5. Far East Movement - "Round And Round"
- 6. N.E.R.D. - "She Wants To Move"
- 7. Teriyaki Boyz - "Cho Large"
- 8. Dragon Ash - "Resound"
- 9. Atari Teenage Riot - "Speed"
- 10. Don Omar - "Bandoleros"
- 11. Don Omar - "Conteo"
- 12. Brian Tyler feat. Slash - "Mustang Nismo"