Exist merupakan album studio yang pertama oleh kumpulan Exist dan dikeluarkan pada 30 November 1991. Lagu Untukmu Ibu ciptaan Rahim Othman telah menaikkan nama Exist di industri muzik Malaysia dan album ini telah terjual melebihi 250,000 unit, satu pencapaian yang sangat membanggakan untuk sebuah kumpulan rock baharu pada waktu itu. Kejayaan album Exist ini telah membolehkan Exist untuk menerima anugerah platinum berkembar daripada syarikat rakaman pada tahun berikutnya. Album ini juga merupakan satu-satunya album kumpulan Exist yang mempunyai 6 orang anggota.
Selain Untukmu Ibu, lagu hit daripada album ini ialah Rahsia Pohon Cemara dan Langkah Seiringan. Album ini diterbitkan oleh syarikat rakaman Jojo's Production dan diedarkan oleh BMG Pacific (kemudiannya dikenali sebagai BMG Music). Memandangkan kebanyakan anggota Exist masih bersekolah lagi, proses rakaman album dibuat di Lion Studio, Singapura selama hampir 7 bulan, berbeza dengan kumpulan senior mereka, Mega yang merakamkan album mereka di King Studio, Petaling Jaya, Selangor.
Tahun
|
Judul
|
Kategori
|
Keputusan
|
1992
|
Untukmu Ibu
|
Rock
|
Tercalon
|
- Album ini telah memperlihatkan kemahiran Along dan Shah dalam menghasilkan guitar work untuk lagu-lagu Exist. Kini, mereka tergolong dalam kelompok gitaris terbaik di Malaysia sebaris dengan gitaris lain seperti Kid Search, Joe Wings, Man Kidal, Shahrul Ekamatra, Joe Burnmarks, Allahyarham Samad Lefthanded dan Opie Bloodshed.
- Along telah membuat solo penuh untuk 6 lagu dalam album tersebut iaitu Rahsia Pohon Cemara, Kuman H.I.V., Sebelum Terlewat, Janji Bidadari, Kerana Cinta dan Gema Muzik.
- Shah pula telah membuat solo penuh untuk 3 lagu dalam album tersebut iaitu Untukmu Ibu, Meniti Cita-Cita dan Hidupan Fantasi (dengan bantuan Adie Mega).
- Trek terakhir dalam album tersebut iaitu Langkah Seiringan merupakan satu-satunya lagu yang menggabungkan sentuhan gitar utama daripada kedua-dua gitaris Exist. Shah membuat petikan solo untuk intro dan 8 bar solo yang kedua, sementara Along pula membuat petikan solo untuk 8 bar solo yang pertama dan outro dalam lagu tersebut.