Adie Mega
Hasdi bin Kamal Ariff atau lebih dikenali sebagai Adie merupakan salah seorang gitaris terkenal di Malaysia yang berasal dari Johor Bahru, Johor. Adie bersama abangnya, Sam yang juga gitaris merupakan pengasas serta tunjang utama kumpulan rock yang mula menempa nama pada tahun 1989 iaitu Mega menerusi lagu Pasti dan Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara.
Adie Mega | |
---|---|
Nama lahir | Hasdi bin Kamal Ariff |
Juga dikenali sebagai | Adie, Adie Mega |
Kelahiran | Johor Bahru, Johor |
Berasal dari | Malaysia |
Genre | Rock |
Pekerjaan | Pemuzik, Komposer |
Instrumen | Gitar |
Tahun aktif | 1987–kini |
Syarikat rakaman | Jojo's Production (1989-1995) PMC/BMG Pacific (1989-1993) Pony Canyon (1994) |
Pengkarya berkait | Kumpulan Mega |
Alat muzik terkenal | |
Kramer Pacer Custom II Ibanez JEM777 (Desert Yellow) |