Hani ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2010 arahan Heykal Hanifah terbitan Layar Consult. Dibintangi oleh Fathia Latiff dan Ryzal Jaafar, siri ini bersiaran di Slot Lestary TV3 dari 7 Disember 2010 hingga 1 Mac 2011 menggantikan Asmara.[1]

Hani
GenreDrama
Cinta
Konflik
Keluarga
Ditulis olehZabidee Khalid
PengarahHeykal Hanifah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Cinta Mati" oleh 6ixth Sense
Lagu penutup"Cinta Mati" oleh 6ixth Sense
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod14
Penerbitan
Penerbit eksekutifAbdul Halim Che Pa
Mohd Yusri Mohd Yusoff
PenerbitAbu Hassan Mohd
Penyunting
  • Fairatish Shirin
  • Shariff Hussain
  • Nadzirah Ghazali
  • Romizal Rosle
  • Nurul Syahirah
  • Khairul Azmarizan
Tempoh siaran39 minit
Syarikat penerbitan
Layar Consult
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
Siaran asal7 Disember 2010 – 1 Mac 2011

Sinopsis

sunting

Ummu Hani merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah. Irfan pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukemia. Kawan baik Hani, Aliah dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya. Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan dalam diam.

Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya. Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun. Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati untuk mengejar cita-cita dan cintanya. Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam dan Mokhtar sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.

Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang Aliah mendekati Irfan. Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor.

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting