Hanez Suraya Abdul Aziz (lahir 22 Ogos 1985) ialah seorang pelakon wanita Malaysia.[1][2] Dari kerjaya lakonannya, Hanez diperkenalkan oleh Rosnani Jamil menerusi filem Bicara Hati yang turut dibintangi oleh Fazura dan Sheera Iskandar. Beliau turut berlakon dalam 3 Janji, dan juga telefilem berjudul Bimbo untuk siaran Astro Ria selain Hidayah Cintaku (TV1) dan Suri (TV3).[3]

Hanez Suraya
Kelahiran
Hanez Suraya binti Abdul Aziz

(1985-08-22) 22 Ogos 1985 (umur 39)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2004–2016
PasanganRomie Razin Adilha (k. 2015)
Anak-anak2

Kehidupan peribadi

sunting

Hanez Suraya dilaporkan bercinta dengan Syed Ali tetapi Hanez menolak gosip itu.[4]

Pada 25 Mac 2015, Hanez sah menjadi isteri kepada Romie Razin Adilha Abd Rais dengan sekali lafaz. [5] Pasangan ini telah dikurniakan puteri sulung yang diberi nama Puteri Aleesya.[6]

Filemografi

sunting

Telefilem

sunting
  • 2008: Cahaya Dari Neraka
  • 2013: Sayangku Damia

Rujukan

sunting
  1. ^ Profil Hanez Suraya Diarkibkan 2013-04-17 di Wayback Machine www.buzzera.net. Dicapai pada 30 April 2013.
  2. ^ Kurang makan nasi, Hanez Suraya kekal langsing Sinar Harian. Dicapai pada 30 April 2018.
  3. ^ Hanez Suraya belum sedia lakon filem Gua.com.my. Dicapai pada 30 April 2014.
  4. ^ Hanez Suraya tolak gosip dengan Syed Ali mStar Online (22 Mac 2012). Diperoleh pada 30 April 2012.
  5. ^ Mohd Al Qayum Azizi (15 Mac 2015). 'Perkahwinan Bukti Cinta Terhadap Hanez Suraya' - Romie mStar Online. Dicapai pada 30 April 2015.
  6. ^ Qarami Hashim (31 Mac 2018). “Suami Saya Kuat Cemburu” - Hanez Suraya mStar Online. Dicapai pada 30 April 2018.

Pautan luar

sunting