Edgar Allan Poe
Edgar Allan Poe (/poʊ/; nama asalnya Edgar Poe; 19 Januari 1809 – 7 Oktober 1849) adalah seorang penulis, editor serta pengkritik sastera dari Amerika Syarikat. Poe dikenali melalui karya-karya cerita pendek dan sajaknya, terutamanya dalam genre-genre misteri dan seram. Beliau dianggap sebagai tokoh utama dari gerakan Romantisme di Amerika Syarikat dan kesusasteraan negara tersebut secara keseluruhannya, dan beliau adalah salah satu penulis cerita pendek yang terawal di negara tersebut.
Edgar Allan Poe | |
---|---|
Lahir | Edgar Poe 19 Januari 1809 Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat |
Meninggal dunia | 7 Oktober 1849 Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat | (usia 40)
Alma mater | Universiti Virginia Akademi Tentera Amerika Syarikat |
Pasangan | Virginia Eliza Clemm Poe (1835–47; kematiannya) |
Tandatangan | |
Karya-karya Poe telah dianggap umumnya sebagai pencetus genre fiksyen siasatan serta antara penyumbang utama genre fiksyen sains.[1] Beliau adalah penulis yang pertama di negara Amerika Syarikat yang cuba menyarakan hidupnya sendiri melalui penulisan, justeru dia hidup dalam keadaan yang begitu susah sepanjang kerjaya penulisannya.[2]
Biografi
suntingAwal hidup
suntingPoe dilahirkan di Boston kepada dua orang pelakon teater. Ayahnya meninggalkan keluarganya di 1810 manakala ibunya meninggal pada tahun berikutnya, menjadikan Edgar seorang yatim piatu. Edgar dijaga pasangan suami isteri yang bernama John dan Frances Allan dari Richmond, Virginia, meskipun pasangan tersebut tidak mengambilnya sebagai anak angkat secara rasmi.
John Allan dan Edgar berkali-kali berselisih atas hutang-piutang yang terkumpul disebabkan perjudian serta kos pembiayaan pendidikan Edgar. Poe menghadiri Universiti Virginia selama satu semester tetapi dia terpaksa berhenti kerana dia kekurangan wang. Poe bertengkar dengan Allan disebabkan masalah kewangan yang mereka hadapi, dan Poe lalunya mendaftarkan dirinya sebagai askar pada tahun 1827 dengan nama berbeza. Pada masa inilah Edgar memulakan kerjaya penulisannya dengan sebuah koleksi puisi bertajuk Tamerlane and Other Poems ("Tamerlane dan Puisi-Puisi Lain", 1827) yang tidak dikreditkan pada namanya.
Kerjaya penulisan
suntingPoe bertukar bidang kepada sastera dan menghabiskan beberapa tahun bekerja untuk jurnal-jurnal serta makalah sastera, di mana kerjanya menjadi terkenal kerana gaya kritikan sasteranya yang tersendiri. Pekerjaannya memaksanya berpindah-randah di antara beberapa kota, termasuk Baltimore, Philadelphia, dan New York City. Dia mengahwini sepupunya, Virginia Clemm, di Richmond pada tahun 1836.
Pada bulan Januari 1845, Poe menerbitkan puisi "The Raven" yang menjadikannya seorang penulis yang masyhur. Isterinya meninggal dunia disebabkan batuk kering dua tahun selepas cerpen itu diterbitkan. Dia telah merancang selama bertahun-tahununtuk menghasilkan sendiri jurnalnya sendiri yang bertajuk The Penn (kemudiannya The Stylus), meskipun dia meninggal sebelum ia sempat dihasilkan.
Kematian
suntingPoe meninggal dunia di Baltimore pada 7 Oktober 1849 ketika dia berusia 40 tahun; penyebab kematiannya tidak diketahui dan ramai orang yang mempunyai pendapat berbeza sama ada ia disebabkan oleh alkohol, kesesakan otak, taun, penyalahgunaan dadah, penyakit jantung, penyakit anjing gila, bunuh diri, batuk kering dan sebagainya.[3]
Legasinya
suntingKarya-karya Poe telah banyak mempengaruhi bidang kesusasteraan di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia, tidak lupa juga dalam bidang-bidang khusus yang lain seperti kosmologi dan kriptografi. Karya-karya dan kehidupan Poe seringkali menjadi tumpuan sastera popular, muzik, filem-filem serta televisyen. Beberapa buah rumah turut digunakan sebagai muzium memeperingati Poe pada hari ini. Sebuah anugerah yang dipanggil "Anugerah Edgar" (bahasa Inggeris: The Edgar Awards ) diberikan untuk karya-karya yang terhebat dalam genre misteri.[4]
Rujukan
sunting- ^ Stableford 2003, halaman 18–19
- ^ Meyers 1992, halaman 138
- ^ Meyers 1992, halaman 256
- ^ "The Edgar Awards". theedgars.com. Dicapai pada 14 Julai 2017. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)
Bacaan lanjut
sunting- Ackroyd, Peter (2008). Poe: A Life Cut Short. London: Chatto & Windus. ISBN 978-0-7011-6988-6.
- Bittner, William (1962). Poe: A Biography. Boston: Little, Brown and Company. ISBN 0-316-09686-5.
- George Washington Eveleth (1922). Thomas Ollive Mabbott (penyunting). The letters from George W. Eveleth to Edgar Allan Poe. 26 of Bulletin of the New York Public Library (ed. reprint). The New York Public Library.CS1 maint: ref=harv (link)
- Hutchisson, James M. (2005). Poe. Jackson: University Press of Mississippi. ISBN 1-57806-721-9.
- William A. Pannapacker. "A Question of 'Character': Visual Images and the Nineteenth-Century Construction of Edgar Allan Poe Diarkibkan 2017-07-10 di Wayback Machine." Harvard Library Bulletin, New Series Fall 1996, Jilid 7, Nombor 3
- Poe, Harry Lee (2008). Edgar Allan Poe: An Illustrated Companion to His Tell-Tale Stories. New York: Metro Books. ISBN 978-1-4351-0469-3.
- Pope-Hennessy, Una (1934). Edgar Allan Poe, 1809–1849: A Critical Biography. New York: Haskell House.
- Robinson, Marilynne, "On Edgar Allan Poe", The New York Review of Books, vol. LXII, no. 2 (5 Februari 2015), ms 4 dan 6.
Pautan luar
sunting- Karya-karya oleh Edgar Allan Poe di Projek Gutenberg
- Karya oleh atau tentang Edgar Allan Poe di Internet Archive
- Karya oleh Edgar Allan Poe di LibriVox (buku audio domain awam)
- Edgar Allan Poe National Historic Site
- Persatuan Edgar Allan Poe Society di Baltimore
- Muzium Poe di Richmond, Virginia
- Edgar Allan Poe's Personal Correspondence Shapell Manuscript Foundation
- Koleksi Edgar Allan Poe di Pusat Harry Ransom, Universiti Texas di Austin
- 'Funeral' honours Edgar Allan Poe BBC News (with video) 2009-10-11
- Selected Stories from American Studies at the University of Virginia