"The Raven" ialah puisi naratif yang ditulis oleh penulis Amerika, Edgar Allan Poe. Ia pertama kali diterbit pada Januari 1845 dan terkenal disebabkan bahasanya yang digayakan, kemerduannya, serta suasananya yang berunsur kesaktian (supernatural). Ia mengisahkan seorang lelaki yang patah hati yang dikunjungi oleh seekor gagak (raven) bercakap dan perlahan-lahan menjadi hilang akal. Lelaki ini selalunya digambarkan sebagai seorang pelajar dan meratapi kehilangan kekasihnya, Lenore. Gagak tersebut, sedang ia bertenggek di atas ukiran kepala Pallas, menghasut perasaan sedih lelaki itu melalui pengulangan kata "Nevermore" ("tidak akan lagi"). Puisi ini menggunakan beberapa unsur klasik dan budaya rakyat.

"The Raven" mengisahkan satu kunjungan gagak misteri ke rumah pencerita yang berdukacita. Diilustrasikan oleh John Tenniel (1858).
Rakaman audio "The Raven"

Menurut Poe dalam karangan susulannya pada tahun 1846 berjudul "The Philosophy of Composition", beliau telah menulis puisi ini dengan kaedah yang logik dan sistematik demi menghasilkan satu puisi yang mampu menarik cita rasa kritis dan popular. Puisi ini sedikit sebanyak diilhamkan daripada gagak bercakap dalam novel nukilan Charles Dickens, Barnaby Rudge: A Tale of the Riots of 'Eighty. Poe menggunakan meter dan rentak kompleks puisi "Lady Geraldine's Courtship" karya Elizabeth Barrett, serta menggunakan rima dalaman dan aliterasi dalam keseluruhan puisi ini.

"The Raven" pertama kali diatributkan dalam cetakan kepada Poe dalam akhbar New York Evening Mirror pada 29 Januari 1845. Meskipun penerbitannya tidak memberikan keuntungan yang besar kepada Poe, beliau menjadi terkenal dalam jangka hayatnya kesan daripada puisi ini. Tidak lama selepas itu, puisi ini dicetak semula, diparodi, diilustrasi dan menerima kritikan bercampur aduk. Namun, ia kekal menjadi salah satu puisi yang paling terkenal pernah ditulis.

Sinopsis

sunting
The Raven [1]


Once upon a midnight dreary, while I pondered, weak and weary,
Over many a quaint and curious volume of forgotten lore—
While I nodded, nearly napping, suddenly there came a tapping,
As of some one gently rapping, rapping at my chamber door.
"'Tis some visiter," I muttered, "tapping at my chamber door—
            Only this and nothing more."

Ah, distinctly I remember it was in the bleak December;
And each separate dying ember wrought its ghost upon the floor.
Eagerly I wished the morrow;—vainly I had sought to borrow
From my books surcease of sorrow—sorrow for the lost Lenore—
For the rare and radiant maiden whom the angels name Lenore—
            Nameless here for evermore.

And the silken, sad, uncertain rustling of each purple curtain
Thrilled me—filled me with fantastic terrors never felt before;
So that now, to still the beating of my heart, I stood repeating
"'Tis some visiter entreating entrance at my chamber door—
Some late visiter entreating entrance at my chamber door;—
            This it is and nothing more."

Presently my soul grew stronger; hesitating then no longer,
"Sir," said I, "or Madam, truly your forgiveness I implore;
But the fact is I was napping, and so gently you came rapping,
And so faintly you came tapping, tapping at my chamber door,
That I scarce was sure I heard you"—here I opened wide the door;—
            Darkness there and nothing more.

Deep into that darkness peering, long I stood there wondering, fearing,
Doubting, dreaming dreams no mortal ever dared to dream before;
But the silence was unbroken, and the stillness gave no token,
And the only word there spoken was the whispered word, "Lenore?"
This I whispered, and an echo murmured back the word, "Lenore!"—
            Merely this and nothing more.

Back into the chamber turning, all my soul within me burning,
Soon again I heard a tapping somewhat louder than before.
"Surely," said I, "surely that is something at my window lattice;
Let me see, then, what thereat is, and this mystery explore—
Let my heart be still a moment and this mystery explore;—
            'Tis the wind and nothing more!"

Open here I flung the shutter, when, with many a flirt and flutter,
In there stepped a stately Raven of the saintly days of yore;
Not the least obeisance made he; not a minute stopped or stayed he;
But, with mien of lord or lady, perched above my chamber door—
Perched upon a bust of Pallas just above my chamber door—
            Perched, and sat, and nothing more.

Then this ebony bird beguiling my sad fancy into smiling,
By the grave and stern decorum of the countenance it wore,
"Though thy crest be shorn and shaven, thou," I said, "art sure no craven,
Ghastly grim and ancient Raven wandering from the Nightly shore—
Tell me what thy lordly name is on the Night's Plutonian shore!"
            Quoth the Raven "Nevermore."

Much I marvelled this ungainly fowl to hear discourse so plainly,
Though its answer little meaning—little relevancy bore;
For we cannot help agreeing that no living human being
Ever yet was blessed with seeing bird above his chamber door—
Bird or beast upon the sculptured bust above his chamber door,
            With such name as "Nevermore."

But the Raven, sitting lonely on the placid bust, spoke only
That one word, as if his soul in that one word he did outpour.
Nothing farther then he uttered—not a feather then he fluttered—
Till I scarcely more than muttered "Other friends have flown before—
On the morrow he will leave me, as my Hopes have flown before."
            Then the bird said "Nevermore."

Startled at the stillness broken by reply so aptly spoken,
"Doubtless," said I, "what it utters is its only stock and store
Caught from some unhappy master whom unmerciful Disaster
Followed fast and followed faster till his songs one burden bore—
Till the dirges of his Hope that melancholy burden bore
            Of 'Never—nevermore'."

But the Raven still beguiling my sad fancy into smiling,
Straight I wheeled a cushioned seat in front of bird, and bust and door;
Then, upon the velvet sinking, I betook myself to linking
Fancy unto fancy, thinking what this ominous bird of yore—
What this grim, ungainly, ghastly, gaunt, and ominous bird of yore
            Meant in croaking "Nevermore."

This I sat engaged in guessing, but no syllable expressing
To the fowl whose fiery eyes now burned into my bosom's core;
This and more I sat divining, with my head at ease reclining
On the cushion's velvet lining that the lamp-light gloated o'er,
But whose velvet-violet lining with the lamp-light gloating o'er,
            She shall press, ah, nevermore!

Then, methought, the air grew denser, perfumed from an unseen censer
Swung by seraphim whose foot-falls tinkled on the tufted floor.
"Wretch," I cried, "thy God hath lent thee—by these angels he hath sent thee
Respite—respite and nepenthe, from thy memories of Lenore;
Quaff, oh quaff this kind nepenthe and forget this lost Lenore!"
            Quoth the Raven "Nevermore."

"Prophet!" said I, "thing of evil!—prophet still, if bird or devil!—
Whether Tempter sent, or whether tempest tossed thee here ashore,
Desolate yet all undaunted, on this desert land enchanted—
On this home by Horror haunted—tell me truly, I implore—
Is there—is there balm in Gilead?—tell me—tell me, I implore!"
            Quoth the Raven "Nevermore."

"Prophet!" said I, "thing of evil!—prophet still, if bird or devil!
By that Heaven that bends above us—by that God we both adore—
Tell this soul with sorrow laden if, within the distant Aidenn,
It shall clasp a sainted maiden whom the angels name Lenore—
Clasp a rare and radiant maiden whom the angels name Lenore."
            Quoth the Raven "Nevermore."

"Be that word our sign of parting, bird or fiend!" I shrieked, upstarting—
"Get thee back into the tempest and the Night's Plutonian shore!
Leave no black plume as a token of that lie thy soul hath spoken!
Leave my loneliness unbroken!—quit the bust above my door!
Take thy beak from out my heart, and take thy form from off my door!"
            Quoth the Raven "Nevermore."

And the Raven, never flitting, still is sitting, still is sitting
On the pallid bust of Pallas just above my chamber door;
And his eyes have all the seeming of a demon's that is dreaming,
And the lamp-light o'er him streaming throws his shadow on the floor;
And my soul from out that shadow that lies floating on the floor
            Shall be lifted—nevermore!

—Edgar Allan Poe

 
"Not the least obeisance made he" ("Tanpa sedikit rasa menghormati"), seperti yang diilustrasi oleh Gustave Doré (1884)

"The Raven" mengisahkan seorang pencerita tidak bernama pada satu malam Disember yang suram yang membaca "kisah-kisah lampau yang telah dilupakan" ("forgotten lore") untuk melupakan kehilangan kekasihnya, Lenore. Apabila pencerita mendengar ketukan di pintu biliknya ("rapping at [his] chamber door"), dia membuka pintu tetapi menemui tidak ada sesiapa di luar, namun ia menyebabkan perasaannya "membara" ("burning"). Dia kemudiannya mendengar ketukan yang sama datang dari tingkapnya, tetapi ketukan kali ini lebih kuat. Apabila dia membuka tingkap untuk memeriksa, seekor gagak terbang masuk ke dalam biliknya. Tanpa menghiraukan lelaki itu, burung tersebut bertenggek di atas ukiran kepala (bust) Pallas di atas pintu bilik lelaki itu.

Daripada rasa takjub terhadap gagak yang tidak semena-mena hinggap di dalam rumahnya, lelaki tersebut bertanya burung tersebut akan namanya. Gagak tersebut hanya menjawab "Nevermore" ("tidak akan lagi"). Pencerita berasa terkejut kerana gagak ini boleh berkata-kata, walaupun gagak itu hanya menyebut sepatah kata itu sahaja. Dia berkata pada dirinya bahawa "rakan"nya si gagak ini akan terbang keluar jua nanti daripada hidupnya, seperti mana "rakan-rakan lain telah terbang pergi sebelum ini" ("other friends have flown before") bersama-sama harapannya yang lalu. Gagak itu berkata, seolah-olah menjawab lelaki tersebut, "Nevermore". Pencerita menganggap bahawa gagak ini belajar perkataan "Nevermore" ini daripada "tuannya yang tidak gembira" ("unhappy master") dan perkataan itu sahaja yang gagak ini tahu.

Meskipun begitu, pencerita ini menarik kerusinya ke hadapan gagak ini dengan niat mempelajari lebih tentangnya. Dalam sunyi, dia berfikir sejenak, dan mindanya melayang kembali mengingati kekasihnya Lenore yang hilang. Dia merasakan seolah-olah udara sekelilingnya semakin tebal dan ada malaikat yang berada di dalam biliknya. Dia tertanya-tanya sama ada Tuhan sedang menghantarnya suatu tanda bahawa dia akan melupakan Lenore. Burung tersebut sekali lagi memberi jawapan yang sama, seperti mengatakan bahawa lelaki itu tidak akan pernah dapat melupakan ingatannya. Pencerita mula berasa marah, dan memanggil gagak tersebut "satu kejahatan" ("thing of evil") dan "tukang tilik" ("prophet"). Akhir sekali, dia bertanyakan gagak ini sama ada dia akan dapat disatukan kembali dengan Lenore di Syurga. Apabila gagak ini menjawab lagi "Nevermore", lelaki ini menjadi sangat marah dan menggelar burung tersebut penipu, serta mengarahkannya kembali ke "pesisiran pantai Pluto" ("Plutonian shore"), tetapi gagak itu terus kaku. Barangkali ketika puisi ini dibacakan oleh pencerita, gagak ini "masih bertenggek" ("still is sitting") di atas ukiran kepala Pallas. Kata-kata terakhir penyajak ialah nyawanya terperangkap di bawah bebayang gagak tersebut dan tidak akan diangkat lagi ("shall be lifted, nevermore").

Analisis

sunting

Poe menulis puisi ini sebagai puisi naratif, tetapi secara tidak sengaja beliau telah menghasilkan alegori atau menyentuh secara langsung didaktikisma. Tema utama puisi ini ialah ketaatan yang tidak menghilang. Pencerita mengalami konflik antara keinginan dirinya untuk melupakan kekasihnya dan keinginan untuk terus mengingatinya. Dia seolah-olah mendapat kepuasan daripada memikirkan tentang kehilangannya. Pencerita ini tahu bahawa perkataan "Nevermore" yang dilafazkan oleh gagak tersebut ialah satu-satunya perkataan yang ia ketahui ("[it's] only stock and store"), namun dia terus bertanyakan soalan-soalan kepada burung ini, walhal dia tahu jawapan yang akan diberikan olehnya. Maka, soalan-soalan yang dia tanya memang bertujuan untuk menyalahkan diri pencerita sendiri dan menguatkan lagi perasaan dukacitanya. Poe tidak menjelaskan sama ada gagak tersebut faham atau tidak apa yang ia katakan atau sama ada gagak tersebut memang berniat menyebabkan pencerita merasakan perasaan tersebut. Di awal puisi ini, pencerita berada dalam keadaan "lemah dan keletihan" ("weak and weary"), kemudian berasa menyesal dan dihantui kesedihan, dan seterusnya menjadi marah dan akhirnya hilang akal. Christopher F. S. Maligec mengusulkan bahawa puisi ini ialah sejenis elegi paraklausitiron, bentuk puisi Yunani dan Rom purba yang terdiri daripada rintihan kekasih yang dipinggirkan di luar pintu orang yang dicintainya.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Edgar Allan Poe Society of Baltimore – Works – Poems – The Raven". Edgar Allan Poe Society of Baltimore. 2007-12-28.