Duat (Bahasa Mesir: dwꜣt, Sebutan Mesirologi "du-wat", Bahasa Qibti: ⲧⲏ, juga Tuat, Tuaut atau Akert, Amenthes, Amenti, atau Neter-khertet) ialah alam ghaib atau alam barzakh dalam mitologi Mesir purba. Ia dilambangkan dalam hieroglif sebagai bintang dalam bulatan: 𓇽. Dewa Osiris dipercayai ialah raja alam ini. Dialah mumia pertama, seperti yang diceritakan dalam mitos Osiris dan dia mempersonifikasikan kelahiran semula dan hidup selepas mati. Dunia bawah tanah juga merupakan kediaman pelbagai dewa lain selain Osiris.

Babak pengadilan daripada Kitab Orang Mati daripada Papirus Hunefer. Dalam tiga babak Kitab Orang Mati ini (versi dari ~1275 SM) Hunefer yang telah mati dibawa ke dewan pengadilan oleh Anubis yang berkepala jakal. Adegan seterusnya penimbangan jantungnya, dengan Ammit menunggu keputusan dan Thoth mencatatkannya. Hunefer yang berjaya melulusi ujian seterusnya dipersembahkan oleh Horus yang berkepala falkon kepada Osiris, yang bersemayam di keramatnya bersama Isis, Nephthys dan empat anak lelaki Horus. (Dinasti ke-19, s. 1300 SM)
Sebahagian Kitab Orang Mati Mesir yang ditulis pada papirus, menunjukkan Timbangan Jantung dalam Duat. Anubis berada di hujung kanan. Neraca menggambarkan bulu pelepah sebagai pemberat, dan Ammit menanti jantung yang mesti dimakannya. Kehadiran Osiris di pintu masuk ke syurga Aaru menjadikan papirus ini berasal dari zaman lewat mitos ini.

Geografi Duat agak serupa dengan dunia yang diketahui orang Mesir: Terdapat ciri-ciri realistik seperti sungai, pulau, padang, tasik, gumuk dan gua, tetapi terdapat juga tasik api yang besar, dinding besi dan pokok batu pirus. Dalam Kitab Dua Jalan (Teks Keranda) malah ada imej duat seperti peta.[1]

Jiwa-jiwa, dewa dan syaitan penghuni

sunting

Duat juga kediaman untuk pelbagai dewa, termasuk Osiris, Anubis, Thoth, Horus, Hathor dan Maat, yang mendatangi roh si mati ketika ia dalam perjalanan ke pengadilannya. Walaupun terdapat ramai penghuni Duat yang seperti syaitan, ia tidak setara dengan konsep neraka dalam agama Islam, Kristian atau Yahudi, yang mana jiwa-jiwa diseksa dengan api neraka. Hukuman mutlak bagi orang jahat, dalam pemikiran Mesir kuno, ialah si mati dinafikan hidup di akhiran, tidak lagi wujud dalam bentuk akal (Mesir Kuno: ꜣḫ; Sebutan Mesirologi: Akh). Roh-roh mengerikan alam ghaib tidak jahat tetapi hanya bertindak seperti yang diarahkan oleh para dewa, menjadi rintangan yang harus dihadapi oleh si mati.[2]

Perjalanan matahari di alam ghaib

sunting
 
Af atau Afu (biasanya dikenali sebagai Afu-Ra), bentuk Ra berkepala bebiri di Duat menyusuri Sungai Nil alam ghaib (12 jam waktu malam dan alam ghaib) dengan bahtera Mesektet bersama-sama dengan Sia (kiri dan depan bahtera) dan Heka (kanan dan belakang bahtera), dikelilingi oleh dewa ular pelindung, Mehen.

Duat ialah alam yang dilalui dewa matahari, Ra, dari barat ke timur setiap malam. Di situ, dia bertempur dengan Apep, jelmaan huru-hara purbakala yang matahari harus tewaskan untuk terbit setiap pagi dan membawa ketenteraman kembali kepada bumi. Ia juga tempat jiwa manusia akan pergi selepas mati untuk dihakimi, namun itu bukanlah apa sahaja yang akhirat ada.[3](hlm. 143) Makam dan kubur membentuk titik pengantaraan antara dunia hidup dan Duat. Oleh itu, tebing barat Sungai Nil dikaitkan dengan si mati dan tongkang pengusung mayat akan mengajuk Ra menyusuri langit pada siang hari. Akh (bahagian jiwa yang sedar)[4] boleh menggunakan makam untuk berulang-alik dari dunia ke Duat.[2](hlm 33–35)

Setiap malam, Ra melalui Duat, membawa kebangkitan semula kepada orang mati, antara faedah lain mereka peroleh. Ketika berada di alam ghaib, dia menggunakan bentuk berkepala bebiri dia. Ra mengembara alam ghaib menaiki bahtera Atetnya dari barat ke timur; dalam seluruh perjalanannya, dia berubah daripada bentuk Atumnya yang tua kepada bentuk Khepri mudanya – matahari baru yang terbit. Peranan raja yang telah mangkat, yang dipuja sebagai dewa, juga konsep utama dalam mitologi Duat, dan mereka sering dikatakan serupa dengan Ra.

Mendiang raja melalui Duat, Kerajaan Osiris, bersama dewa matahari menggunakan pengetahuan khusus yang dia sepatutnya ada, tercatat dalam Teks Keranda yang berfungsi sebagai panduan ke akhirat, bukan sahaja untuk raja tetapi untuk semua orang yang meninggal dunia. Menurut Amduat, alam ghaib terdiri daripada dua belas daerah, menandakan dua belas jam perjalanan dewa matahari di sana dan melawan Apep untuk mengembalikan ketenteraman ke bumi pada waktu pagi; apabila sinarannya menerangi Duat dalam perjalanan, si mati yang tinggal di sana hidup kembali dan menikmati hidup selepas mati sepanjang mereka dihadiri Ra, selepas itu mereka menyambung tidur mereka, menunggu kepulangan Ra pada malam berikutnya.[1]

Tempat si mati

sunting
 
Papirus Ani: sebahagian daripada 42 Hakim Maat dapat dilihat, terduduk dan dalam saiz kecil
 
Anubis, Thoth dan Ammit dilihat semasa "Penimbangan Jantung".

Orang mati yang lain pergi ke pelbagai bahagian Duat untuk dihakimi tetapi bukan untuk bersatu dengan dewa matahari seperti mendiang raja. Sekiranya si mati berjaya melepasi pelbagai syaitan dan cabaran, mereka akan mencapai Pengadilan si mati. Dalam upacara ini, tugas pertama si mati ialah menyapa nama keempat-empat puluh dua Penilai Maat dengan betul, sambil membaca dosa-dosa yang mereka tidak lakukan semasa hidup.[5] Selepas mengesahkan bahawa mereka tidak berdosa, jantung si mati ditimbang oleh Anubis dengan bulu Maat, yang mewakili kebenaran dan keadilan. Mana-mana hati yang lebih berat daripada bulu Maat akan gagal, dibuang dan dimakan oleh Ammit, pemakan jiwa, dan mereka dinafikan untuk wujud di Duat. Jiwa yang lebih ringan daripada bulu Maat akan lulus dan akan dibenarkan untuk mengembara ke Aaru, "Ladang Mensiang", versi ideal dunia yang mereka kenal, di mana mereka dapat membajak, menyemai dan menuai hasil tanaman yang banyak.[1]

Sumber

sunting

Sebahagian besar daripada apa yang diketahui tentang Duat berasal daripada teks-teks pengebumian seperti Kitab Gerbang, Kitab Gua, Teks Keranda, Amduat,[1] dan Kitab Orang Mati.[3] Setiap dokumen ini mempunyai tujuan berbeza dan bercerita tentang Duat dengan berbeza, dan teks-teks mungkin tidak konsisten antara satu sama lain. Teks-teks yang kini masih terpelihara berasal dari zaman berbeza dan mungkin tidak pernah ada satu pun konsep seragam tentang Duat, sasma seperti banyak konsep teologi Mesir purba.

Kitab Orang Mati dan Teks Keranda disediakan sebagai buku panduan melepasi Duat yang dipenuhi bahaya untuk hidup sebagai ꜣḫ bagi orang yang baru meninggal dunia. Beberapa teks ini menekankan tentang guar dan gua, yang didiami oleh dewa, syaitan, atau haiwan ghaib, yang mengancam si mati sepanjang perjalanan mereka. Kitab-kitab itu bukan untuk dijadikan peta tetapi untuk menceritakan apa si mati perlu lepasi untuk mencapai kehidupan kekal di akhirat.[1]

sunting
  • The Duat muncul sebagai lokasi utama dalam siri The Kane Chronicles karya Rick Riordan.
  • Duat didedahkan mempunyai hubungan dengan Mist dalam The Crown of Ptolemy daripada siri Camp Half-Blood Chronicles Riordan.
  • Duat muncul sebagai peringkat rahsia dalam permainan video Spelunky 2.
  • Dalam Assassin's Creed Origins, Duat merupakan aspek penting permainan itu dengan watak utamanya, Bayek, memasukinya beberapa kali.
  • The Duat membuat kemunculan dalam episod "Asylum" siri Disney+ Moon Knight (2022) sebagai tempat Marc Spector dan alter dia, Steven Grant, dibimbing oleh dewi Mesir Taweret di akhirat selepas dibunuh oleh Arthur Harrow.[1]
  • Dalam siri filem <i id="mwzQ">Night at the Museum</i>, sekumpulan dewa pahlawan alam ghaib muncul dalam Night at the Museum: Battle of the Smithsonian apabila Kahmunrah menggunakan kombinasi dan membuka pintu masuk alam ghaib untuk memanggil setentera pahlawan Horus. Pahlawan-pahlawan itu membawa lembing, bersedia untuk menyerang dan menyertai Kahmunrah untuk menakluk dunia.
  • Dalam karya William S. Burroughs, The Western Lands, Kim Carsons meneroka Duat dan berhadapan dengan penduduknya.[2]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f Dinh, Christine (April 27, 2022). "'Moon Knight': Episode 5 Details Log". Marvel.com. Diarkibkan daripada yang asal pada April 27, 2022. Dicapai pada April 27, 2022.
  2. ^ a b c Burroughs, William S. (1987). The Western Lands. NY: Viking. ISBN 0670813524.
  3. ^ a b Kandil, Hoda Abd allah (2012). "The Function and Symbolism of the Akh in Ancient Egypt". Faculty of Arts Journal. Mansoura University : Faculty of Arts. 87 (49 P2): 1–14 – melalui Al Manhal Platform.
  4. ^ Kandil, Hoda Abd allah (2012). "The Function and Symbolism of the Akh in Ancient Egypt". Faculty of Arts Journal. Mansoura University : Faculty of Arts. 87 (49 P2): 1–14 – melalui Al Manhal Platform.
  5. ^ Coogan, Michael D. (2013). A Reader of Ancient Near Eastern Texts: Sources for the Study of the Old Testament,"Negative Confessions". New York: Oxford University Press. m/s. 149–150.

Pautan luar

sunting
 
Neraka / Underworld

Neraka mengikut mitologi dan Agama: