Aaru
Aaru (/ɑːˈruː/; bahasa Mesir: jꜣrw, har. mensiang), atau Ladang Mensiang (sḫt-jꜣrw, sekhet-aaru), ialah nama syurga dan kayangan dalam mitologi Mesir purba. Ia diperintah oleh Osiris, seorang dewa Mesir purba, dan dipercayai ialah jiwa Delta Nil.
Orang Mesir Purba percaya bahawa roh berada di dalam jantung, dan setiap individu akan menjalani proses "Penimbangan Jantung" di akhirat; setiap jantung manusia ditimbang pada neraca gergasi dengan bulu burung unta yang mewakili Maat, dewi kebenaran. Semua roh yang jantungnya sama berat atau lebih ringan daripada bulu itu akan dibenarkan untuk memulakan perjalanan yang panjang dan berbahaya ke Aaru, di mana mereka akan tinggal aman dan senang selama-lamanya. Akan tetapi, jantung yang berat dengan kejahatan akan jatuh ke dalam mulut Ammit, dewi bermulut buaya. Mana-mana roh yang dibaham "kematian kedua" Ammit tidak akan aman selamanya di dalam Duat.[1]
Roh-roh yang layak memulakan perjalanan panjangnya akan berdepan dengan banyak bahaya sebelum sampai ke Aaru. Sebaik sahaja mereka tiba, mereka akan memasuki beberapa gerbang—bilangan tepat berbeza mengikut sumber, antara 15 pintu dan 21 pintu. Setiap gerbang dikawal oleh dewa dan syaitan jahat, dan jika si mati melalui gerbang yang terakhir, mereka akan didayung seberang air ke pantai Ladang Mensiang.[2]
Aaru biasanya dikatakan berada di timur, tempat matahari terbit, dan mempunyai ladang mesiang yang tidak terbatas, seperti di Delta Nil. Akibatnya, kawasan memburu dan pertanian ideal ini membolehkan roh-roh yang layak untuk hidup selama-lamanya; lebih tepat lagi, Aaru dibayangkan sebagai gugusan pulau yang dilitupi padang mensiang. Tempat Osiris tinggal kadangkala dikenali sebagai "ladang persembahan" (sḫt-ḥtpt).
Dewa-dewi di Aaru
suntingAaru juga kediaman pelbagai dewa yang disembah oleh si mati. Jadi, si mati hidup selama-lamanya dalam kalangan dan bersama para dewa,[2] diperintah oleh dewa utamanya, Osiris. Si mati dapat makan dan minum juadah yang sama dimakan oleh dewa-dewa mereka.
Dewi-dewi 21 Lawang Rahsia Rumah Agam Osiris di Ladang Mensiang
suntingLawang | Nama Portal sebagai Dewi | Dewa penjaga |
---|---|---|
1 | "Dewi Gementar" | "Ngeri" |
2 | "Dewi Langit" | "Lahir Dari Buritan" |
3 | "Dewi Mazbah" | "Pembasmi" |
4 | "Berkuasa Akan Pisau" | "Lembu Jantan Bertanduk Panjang" |
5 | "Yang Berapi-api" | "Pembunuh Lawan" |
6 | "Dewi Kegelapan" | "Pemusnah" |
7 | "Penyelubung Sang Lesu (Osiris)" | "Ikenti" |
8 | "Penyala Api – Pemadam Haba" | "Pelindung Tubuhnya" |
9 | "Terutama" | "Penangkap Unggas" |
10 | "Suara Nyaring" atau "Pintu Berganda Tinggi" | "Pendakap Hebat" |
11 | "Tidak Berhenti Memisau – Pembakar Pemberontak" | "Gerau Perapiannya" |
12 | "Diseru Oleh Dua Negerinya" | "Kucing" |
13 | "Dia Di Atas Siapa Osiris (atau: Isis, Ennead) Melapangkan Lengannya" | "Pemusnah Perompak" |
14 | "Dewi Kemarahan – Menari Atas Darah" | "Pemekik" |
15 | "Hebat Dalam Keperkasaan" | "Waspada Dengan Muka" |
16 | "Angker" | "Pandai Dalam Menunduk" |
17 | "Hebat Di Ufuk" | "Semangat" |
18 | "Pencinta Haba" | "Diurapi" |
19 | "Dia yang Meramalkan Pagi Sepanjang Hayatnya -
Pemilik Tulisan-tulisan Thoth" |
tanpa nama |
20 | "Penghuni Dalam Gua Tuhannya" | tanpa nama |
21 | "Pengasah Batu Api Untuk Bercakap Untuknya" | "Zirafah" ("Memy") |
Lihat juga
sunting- Kepercayaan akhirat Mesir Purba
- Elysion, syurga dalam mitologi Yunani
- Valhalla dan Fólkvangr, syurga dalam mitologi Norse
- Nirwana, konsep pembebasan kelahiran semula dalam agama-agama India
Dalam budaya popular
sunting- Aaru muncul dalam episod "Asylum" siri Disney+ Moon Knight (2022) di mana Taweret menimbang hati Marc Spector dan alternya Steven Grant pada Neraca Keadilan untuk menentukan sama ada mereka akan dibenarkan memasuki Ladang Mensiang, yang Marc berjaya capai.
- Dalam Assassin's Creed Origins, Aaru ialah aspek syurgawi dalam permainan itu.
- Dalam permainan Genshin Impact, terdapat sebuah kampung kecil di dalam padang pasir timur wilayah Sumeru yang dikenali sebagai Kampung Aaru, dibina oleh penduduk kota kuno yang pernah diperintah oleh Raja Desyret, Raja Merah Menyala, dan salah satu daripada tiga dewaraja Sumeru.
Rujukan
suntingPetikan
sunting- ^ Fadl, Ayman. "Egyptian Heaven". Article. Aldokkan. Dicapai pada 2012-03-15.
- ^ a b Mark, Joshua J. "Field of Reeds (Aaru)". World History Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-03-20. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ {https://www.gutenberg.org/files/11277/11277-h/11277-h.htm}
- ^ Taylor 2010, p.143
Bibliografi
sunting- Budge, Ernest Alfred Wallis (1906). The Egyptian Heaven and Hell. London: Kegan Paul, Trench, Trübner & Co., Ltd. m/s. 37. Dicapai pada 2009-06-06.
- Jobes, Gertrude. Dictionary of Mythology, Folklore, and Stymbols, Part 1. New York:The Scarecrow Press, 1962.