Diakon agung
Diakon agung ialah jawatan paderi kanan dalam Gereja Timur, Gereja Katolik Chaldean, Gereja Ortodoks Syria, Anglikan, Kristian St. Thomas, Gereja Ortodoks Timur dan beberapa mazhab Kristian lain, yang berada di atas kedudukan kebanyakan golongan paderi dan di bawah uskup. Pada Zaman Pertengahan Tinggi, 1000 – 1350 TM, ia merupakan jawatan diosesan paling kanan di bawah seorang uskup dalam Gereja Katolik . Seorang diakon agung biasanya bertanggungjawab untuk pentadbiran dalam kediakonagungannya, iaitu kawasan utama sesuatu keuskupan. Kamus Oxford Gereja Kristian telah mendefinisikan diakon agung sebagai "Seorang klerus atau imam yang mempunyai kuasa pentadbiran yang ditetapkan yang diwakilkan kepadanya oleh uskup dalam keseluruhan atau sebahagian daripada keuskupan."[1] Jawatan ini sering dikiaskan sebagai oculus episcopi, "mata uskup".[2]
Rujukan
sunting- ^ Cross, FL, penyunting (1957), The Oxford Dictionary of the Christian Church, London: Oxford University Press, m/s. 79.
- ^ "VI. Church", Medieval History, I, Third millennium library, diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2011
Pautan luar
suntingCari Diakon agung dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- Role of Archdeacons, the tomb of Archdeacons and Kappalottam at Kuravilangadu, Nasrani, 2007-06-14.
- The Saint Thomas Christians in India from 52 to 1687 AD, DE: Srite, diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-11, dicapai pada 2009-11-09.
- Bibliography of Works relevant to Archdeacons throughout Europe, CA: U Toronto, diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-17.
- Phillips, Walter Alison (1911). . Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 2 (ed. ke-11). m/s. 358–359.
- Pakalomattom Ayrookuzhiyil family, diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-24, dicapai pada 2013-01-28.