Cichlid adalah sejenis ikan dari keluarga Cichlidae dalam order Labriformes merangkumi juga ikan becok (Labridae), damselfish (Pomacentridae) dan surfperches (Embiotocidae).[1] Keluarga ikan dari spesies ini adalah besar dan pelbagai. Sekurang-kurangnya 1,300 spesies telah diperincikan dari segi saintifik,[2] menjadikan ia salah satu dari keluarga vertebrata terbesar. Spesies-spesies baru ditemui pada setiap tahun, kebanyakannya masih belum diperincikan. Jumlah sebenar spesies ini tidak diketahui, dengan anggaran di antara 1,300 sehingga 3,000 spesies.[3]

Cichlid
Angelfish air tawar,
Pterophyllum scalare
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Cichlidae

Heckel, 1840
Subfamili

Astronotinae
Cichlasomatinae
Cichlinae
Etroplinae
Geophaginae
Heterochromidinae
Paratilapiinae
Pseudocrenilabrinae
Ptychochrominae
Retroculinae
Untuk genera, lihat di bawah.

Banyak spesies cichlid ialah ikan makanan penting; yang paling biasa dimakan ialah pelbagai spesies tilapia.[4] Beberapa cichlid yang lebih besar, seperti spesies Cichla, dinilai sebagai ikan buruan.[5] Keluarga Cichlidae juga termasuk banyak ikan air tawar yang dapat dicam oleh penggemar akuarium; ikan bidadari, ikan oskar, dan ikan diskus merupakan contoh terkenal ikan tersebut.

Ada jenis cichlid yang telah menjadi perosak selepas dipindahkan ke dalam perairan di luar julat semula jadinya.[5] Sebaliknya, banyak spesies cichlid juga terancam; contohnya di dalam Tasik Viktoria ada banyak spesies yang hampir pupus atau sudah dipupuskan.[6]

Genera

sunting

Setakat tahun 2006, terdapat kira-kira 220 genera telah diakui dan dikategorikan oleh FishBase:[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Stiassny
  2. ^ a b Froese, Rainer, dan Daniel Pauly, ed. (2006). "Cichlidae" dalam FishBase. Versi Nov 2006.
  3. ^ Stiassny, M., G. G. Teugels & C. D. Hopkins (2007). The Fresh and Brackish Water Fishes of Lower Guinea, West-Central Africa - Vol. 2. Musée Royal de l'Afrique Centrale. m/s. 269. ISBN 9789074752213.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  4. ^ Kumar, Ganesh; Engle, Carole R. (2016-01-05). "Technological Advances that Led to Growth of Shrimp, Salmon, and Tilapia Farming". Reviews in Fisheries Science & Aquaculture. 24 (2): 136–152. doi:10.1080/23308249.2015.1112357. ISSN 2330-8249.
  5. ^ a b Sastraprawira, Shantika Maylana; Abd. Razak, Iqbal Harith; Shahimi, Salwa; Pati, Siddhartha; Edinur, Hisham Atan; John, Akbar Bavajohn; Ahmad, Amirrudin; Kumaran, Jayaraj Vijaya; Martin, Melissa Beata (2020-11). "A review on introduced Cichla spp. and emerging concerns". Heliyon. 6 (11): e05370. doi:10.1016/j.heliyon.2020.e05370. ISSN 2405-8440. Check date values in: |date= (bantuan)
  6. ^ Awiti, Alex O. (2011). "Biological Diversity and Resilience: Lessons from the Recovery of Cichlid Species in Lake Victoria". Ecology and Society. 16 (1). doi:10.5751/es-03877-160109. ISSN 1708-3087.
  7. ^ Römer, U. & Hahn, I. (2006). "Ivanacara gen. n. (Teleostei: Perciformes, Cichlasomatini): a new genus of cichlids from the Neotropis". Dalam Römer, U. (penyunting). Cichlid Atlas 2. m/s. 1190–1197.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Bacaan lanjut

sunting

Pautan luar

sunting