Discus (Symphysodon spp.) adalah satu dari tiga spesies ikan air tawar cichlid yang berasal dari lembah Sungai Amazon.[1] Discus adalah sejenis ikan akuarium yang popular di beberapa negara Asia.[2][3][4][5]

Symphysodon
Symphysodon aequifasciatus
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Symphysodon

Spesies

Symphysodon aequifasciatus
Symphysodon discus
Symphysodon tarzoo

Discus merupakan antara spesies ikan air tawar yang dipamerkan di Underwater World, Langkawi

Taksonomi

sunting

Discus tergolong dalam Symphysodon, yang mana kini merangkumi tiga jenis spesies: Discus biasa (Symphysodon aequifasciatus), Discus Heckel (Symphysodon discus) dan spesies baru yang belum diberi nama iaitu Symphysodon tarzoo.[6] Bagaimanapun, sebuah kajian lanjut yang diterbitkan pada bulan Ogos 2007[7] mencadangkan bahawa genus dikelaskan dalam spesies: S. aequifasciatus (discus hijau), S. haraldi (discus biasa/biru/perang) dan S. discus (Discus Heckel). Kedua-dua kajian mencadangkan tiga jenis spesies; dengan pengecualian akan nama-nama saintifik bagi setiap satunya.

Penampilan

sunting
 
Discus turquoise merah

Sepertimana cichlid dari genus Pterophyllum, kesemua spesies Symphysodon memiliki badan yang pipih. Berlawanan dengan Pterophyllum, yang mana sirip belakang yang menonjol menjadikan bentuk badan Symphysodon seolah-olah bulat. Dari bentuk badan inilah nama "discus" diterbitkan. Sisi ikan ini biasanya memiliki corak-corak berwarna hijau, merah, perang dan biru. Tinggi dan panjang ikan matang adalah kira-kira 20–25 cm (8–10 in).[perlu rujukan]

Pembiakan

sunting
 
Discus bersama-sama dua ekor anaknya

Ciri-ciri lain spesies Symphysodon adalah penjagaan mereka akan larvanya. Proses mengawan akan mengambil masa sehingga dua minggu dan telur-telur akan mula menetas selepas dua atau tiga hari selepas telur jantan dan betina disenyawakan. Sepertimana kebanyakan ikan cichlid, penjagaan anak dilakukan oleh kedua-dua ikan betina dan jantan. Selain itu, discus dewasa mengeluarkan secretion melalui kulitnya, yang mana larva bergantung hidup pada beberapa hari pertamanya. Kelakuan ini juga dapat diperhatikan pada spesies Uaru. Walaubagaimanapun, bagi pembiakan di dalam kurungan, larva akan bergantung hidup pada ibu dan bapanya untuk beberapa minggu[8]

Lokasi dan habitat

sunting

Spesies Symphysodon mendiami tasik-tasik dan sungai-sungai di dataran banjir di tanah rendah lembangan Sungai Amazon[9], di mana ia merupakan sebahagian daripada kepelbagaian ikan Neotropical.

Tiga spesies dari Symphysodon mempunyai taburan geografi yang berbeza. S. aequifasciatus boleh dijumpai di Rio Solimões, Rio Amazonas dan Río Putumayo-Içá di Brazil, Colombia dan Peru. Berbeza dengan taburan S. discus yang boleh ditemui dengan terhad di hilir sungai-sungai Abacaxis, Rio Negro dan Trombetas. S. tarzoo boleh dijumpai di hulu Manaus di barat Amazon.[perlu rujukan]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Froese, R. and D. Pauly. Editors. "Genera reference: Symphysodon". FishBase. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2006-11-08.
  2. ^ Loiselle, Paul V. (1995). The Cichlid Aquarium. Germany: Tetra Press. ISBN 1-56465-146-0. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  3. ^ Sands D (1994) A fishkeepers guide to Central American cichlids. Tetra Press. Belgium pg 59-60.
  4. ^ Mills D (1993) Aquarium Fish Harper Collins ISBN 0-7322-5012-9
  5. ^ Chong, K. (2005-09-12). "Characterisation of proteins in epidermal mucus of discus fish (Symphysodon spp.) during parental phase". Aquaculture. 249: 469–476. doi:10.1016/j.aquaculture.2005.02.045. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  6. ^ "New Discus named Symphysodon tarzoo". Matt Clarke. practical fishkeeping. 2006-11-28. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-07. Dicapai pada 15 August 2009.
  7. ^ "Discus genus revised". Matt Clarke. Practical Fishkeeping. 2007-08-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-06. Dicapai pada 15 August 2009.
  8. ^ Buckley, J., Maunder, R. J., Foey, A., Pearce, J., Val, A. L. and Sloman, K. A. (2010). Biparental mucus feeding: a unique example of parental care in an Amazonian cichlid. J. Exp. Biol. 213, 3787–3795.
  9. ^ Crampton (2008) | Crampton William G. R.. Ecology and life history of an Amazon floodplain cichlid: the discus fish Symphysodon (Perciformes: Cichlidae). Neotrop. ichthyol. [serial on the Internet]. 2008 Dec [cited 2011 Aug 31] ; 6(4): 599-612. Available from: http://www.scielo.br/scielo.php?script=sci_arttext&pid=S1679-62252008000400008&lng=en. http://dx.doi.org/10.1590/S1679-62252008000400007

Pautan luar

sunting