Cheonggukjang (sebutan bahasa Korea: [tɕʰʌŋɡuktɕ͈aŋ]) ialah pes kacang soya diperam yang digunakan dalam masakan Korea. Ia mengandungi keseluruhan serta kisaran kacang soya.

Cheonggukjang
Nama Korea
Hangul청국장
Hanja
Perumian Semakancheonggukjang
McCune–Reischauerch'ŏnggukchang

Pengeluaran

sunting

Ia boleh dibuat dalam 2 hingga 3 hari melalui proses penapaian kacang soya rebus, menambah Bacillus subtilis, yang biasanya terkandung dalam udara atau jerami padikira-kira 40 °C tanpa menambah garam, berbanding tempoh proses penapaian yang lebih lama diperlukan untuk doenjang, satu lagi pes kacang soya Korea yang kurang pedas. Seperti bermacam jenis doenjang, cheonggukjang bukan sahaja bertekstur pes, tetapi juga termasuk beberapa kacang soya yang tidak hancur.

Cheonggukjang boleh juga dibuat melalui memeram kacang soya rebus di tempat yang hangat, tumbuk sebahagian daripadanya, dan menambah garam dan serbuk cili merah.

Sejarah

sunting

Cheonggukjang telah diperkenalkan oleh apa yang kini China ke semenanjung Korea semasa era Joseon. Pada masa itu, cheonggukjang telah dijadikan catuan oleh tentera Dinasti Qing.[1]

Cheonggukjang adalah yang paling sering digunakan untuk menyediakan sup, yang juga hanya dipanggil cheonggukjang, tetapi boleh dipanggil cheonggukjang jjigae untuk mengelakkan kekeliruan.photo Cheonggukjang jjigae selalunya mengandungi bahan-bahan tambahan, seperti kentang, bawang, dan tauhu.

Pemakanan dan kesihatan

sunting

Cheonggukjang secara umumnya dianggap sebagai makanan yang sihat (terutama pada musim sejuk), kerana ia kaya dengan vitamin dan nutrien lain, walaupun bau yang sangat kuat tidak dinikmati secara sejagat. Sesetengah orang telah memberikan komen bahawa sup ini mengeluarkan aroma stoking basah.

Doenjang boleh digunakan untuk menggantikannya terutama bagi orang yang tidak suka baunya.

Pada tahun 1993, cheonggukjang tidak berbau telah dicipta oleh Dr. Hyun Kyu Joo, bekas profesor di Universiti Kunkook, yang kemudian memperoleh paten pada tahun 1998 untuk satu kaedah menghilangkan bau cheonggukjang'.

Cheonggukjang juga dipercayai membantu dalam penghadaman. Untuk tujuan ini, pil cheonggukjang dihasilkan di Korea Selatan.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Naver Encyclopedia. "청국장". Dicapai pada 2014-01-04.

Pautan luar

sunting

Templat:Soy