Nattō
(Dilencongkan daripada Natto)
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Jepun. (Mac 2024)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Nattō (納豆 ) ialah makanan tradisional Jepun yang diperbuat dari biji soya yang diperam organisme Bacillus subtilis,[1] biasanya dimakan untuk sarapan. Nattō mengandung banyak protein namun memiliki bau yang kuat. Di Jepun, nattō paling terkenal di daerah Kanto timur, Hokkaido dan Tohoku.[2]
Nattō biasanya dimakan dengan nasi panas, dicampur dengan kicap. Di Hokkaido dan Tohoku utara, nattō disajikan dengan gula. Nattō juga digunakan untuk makanan lain, misalnya sushi nattō, roti bakar nattō, dalam sup miso, salad, okonomiyaki, dengan spageti, atau digoreng. Nattō yang dikeringkan dapat dimakan sebagai makanan ringan. Selain itu juga terdapat aiskrim nattō.
Rujukan
sunting- ^ Hosking, Richard (2015). A Dictionary of Japanese Food: Ingredients & Culture (dalam bahasa Inggeris). Tuttle Publishing. m/s. 106. ISBN 978-1-4629-0343-6.
- ^ "History of Natto and Its Relatives (1405-2012)". SoyInfo Center. Dicapai pada 2022-12-18.