Halaju lepas
Halaju lepas (هالاجو لڤس) ialah kelajuan di mana tenaga kinetik campur dengan tenaga keupayaan graviti suatu objek adalah bersamaan dengan sifar.[nb 1] Untuk jasad simetri sfera, halaju lepas pada jarak yang diberikan adalah dikira berdasarkan rumus berikut:[1]
dimana:
- G ialah pemalar graviti semesta (G = 6.67×10−11 m3 kg−1 s−2)
- M ialah jisim jasad (seperti planet atau bintang)
- r ialah jarak daripada pusat graviti[nb 2]
Senarai halaju lepas
suntingLokasi | yang berhubungan dengan | Ve[2] | Lokasi | yang berhubungan dengan | Ve[2] | |
---|---|---|---|---|---|---|
pada Matahari | graviti Matahari: | 617.5 km/s | ||||
pada Utarid | graviti Utarid: | 4.3 km/s | di Utarid | graviti Matahari: | 67.7 km/s | |
pada Zuhrah | graviti Zuhrah: | 10.3 km/s | di Zuhrah | graviti Matahari: | 49.5 km/s | |
pada Bumi | graviti Bumi: | 11.2 km/s | di Bumi/Bulan | graviti Matahari: | 42.1 km/s | |
pada Bulan | graviti Bulan: | 2.4 km/s | di Bulan | graviti Bumi: | 1.4 km/s | |
pada Marikh | graviti Marikh: | 5.0 km/s | di Marikh | graviti Matahari: | 34.1 km/s | |
pada Musytari, | graviti Musytari: | 59.5 km/s | di Musytari | graviti Matahari: | 18.5 km/s | |
pada Ganymede, | graviti Ganymede: | 2.7 km/s | ||||
pada Zuhal, | graviti Zuhal: | 35.6 km/s | di Zuhal | graviti Matahari: | 13.6 km/s | |
pad Uranus, | graviti Uranus: | 21.2 km/s | di Uranus | graviti Matahari: | 9.6 km/s | |
pada Neptun, | graviti Neptun: | 23.6 km/s | di Neptun | graviti Matahari: | 7.7 km/s | |
pada Pluto, | graviti Pluto: | 1.2 km/s | ||||
di jejari galaktik Sistem Suria | graviti Bima Sakti: | ≥ 525 km/s[3] | ||||
pada ufuk kejadian, | graviti suatu lohong hitam: | = >299,792 km/s (kelajuan cahaya) |
Lihat juga
suntingNota
sunting- ^ Tenaga keupayaan graviti adalah negatif kerana graviti adalah satu daya yang menarik dan tenaga keupayaan bagi tujuan ini telah ditakrifkan menjadi sifar pada jarak tidak terhingga dari pusat graviti.
- ^ Nilai GM dipanggil sebagai parameter graviti piawai atau μ, dan ia sering dikenali dengan lebih tepat berbanding hanyaG atau M.
Rujukan
sunting- ^ Khatri, Poudel, Gautam, M.K. , P.R. , A.K. (2010). Principles of Physics. Kathmandu: Ayam Publication. m/s. 170, 171. ISBN 9789937903844.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ a b "Solar System Data". Universiti Negeri Georgia. Dicapai pada 21 Januari 2007.
- ^ The local galactic escape velocity. Universiti Harvard