Gunung Angus
Gunung Angus merupakan sebuah gunung yang terletak di sempadan Mukim Ulu Tembeling dan Mukim Pedah dalam Daerah Jerantut, Pahang, Malaysia.[1][2] Titik ketinggian bagi Gunung Angus ialah 784 m (2,572 ka).[2][3] Ia terletak kira-kira 140 km (87 bt) timur laut ke ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.[3]
Gunung Angus | |
---|---|
Bukit Angus | |
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 784 m (2,572 ka) |
Koordinat | 4°05′01″N 102°31′47″E / 4.0837°N 102.5297°E |
Geografi | |
Lokasi | Daerah Jerantut, Pahang |
Peta topo | JUPEM Sungai Tekai (MY502A) |
Gunung Angus mempunyai kawasan hutan dipterokarpa bukit dan hutan dipterokarpa atas.[1] Gunung ini terletak di dalam kawasan sempadan rizab antara Hutan Simpan Tekai Tembeling dan Hutan Simpan Tekam.[1][4] Gunung Angus juga merupakan kawasan punca bagi anak sungai yang bernama iaitu Sungai Terkacir dan Sungai Gunung Angus yang merupakan anak sungai kepada Sungai Jemar kemudian Sungai Tekai serta ia mempunyai anak sungai tidak bernama dengan dikenali juga sebagai lembangan.[1][2]
Berdasarkan maklumat dalam peta topografi terbitan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), gunung ini terletak dalam kawasan yang berbukit-bukau serta ia berdekatan dengan Gunung Laris. Ia ditumbuhi dengan kawasan hutan primer.[1]
Rujukan
sunting- ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia (PPNM); Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) (2013). Sungai Tekai (Pahang). Peta Topografi, Cetakan Tidak Terhad. Edisi 1. Nombor Lembar BV31, MY502A (Semenanjung Malaysia) Berskala 1:50 000.
- ^ a b c Pusat Geospatial Negara (PGN). "Aplikasi Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Pusat Geospatial Negara, dengan bantuan dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia serta jabatan-jabatan lain. Dicapai pada 2025-01-20.
- ^ a b "Gunung Angus, Malaysia". www.geonames.org (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. Dicapai pada 2025-01-20.
- ^ "Peninsular Malaysia". hutanwatch.com (dalam bahasa Inggeris). Hutanwatch. Dicapai pada 20 Januari 2025.