Anjing pemburu Slovakia
Anjing pemburu Slovakia[a] ialah satu baka anjing pemburu bersaiz sederhana daripada jenis anjing pemburu bau. Baka ini berasal dari Slovakia, di Eropah Tengah, dan dibiakbakakan untuk penjejakan rusa dan pemburuan babi hutan. Nama anjing pemburu Hutan Hitam[b] kelihatan telah dicipta di Amerika Utara untuk tujuan pemasaran, kerana baka ini tidak mempunyai hubungan dengan Hutan Hitam. Nama bahasa Jerman untuk baka ini ialah Schwarzwildbracke yang diterjemahkan kepada "anjing pemburu babi hutan" dan bukan Schwarzwaldbracke yang patut memaksudkan "anjing pemburu Hutan Hitam".
Nama lain | Anjing pemburu Hutan Hitam | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Slovakia | ||||||||
| |||||||||
| |||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing pemburu Slovakia adalah agak jarang di Amerika Utara dengan hanya seorang pengimport atau pembiak baka yang dikenali, iaitu Chris Goegan daripada Hi-Point Kennels, terletak di Alliance, Ohio. Baka ini, yang paling umum digunakan untuk penjejakan rusa tertumpas, dapat menjadi bersikap pelindung terhadap hart dan anggota keluarga tetapi tidak terkenal sebagai baka gresif. Tidak seperti hound tipikal, ia tidak kuat bersuara melainkan orang asing mendatangi hartanah pemiliknya atau ia telah menemukan bangkai. Dalam soal kebolehan penjejakannya, orang Slovak tidak mengambil jalan mudah dalam membiakbakakan ternakan terbukti sahaja dan menakai semua yang lain. Kebolehan penjejakannya merupakan antara yang terbaik di dunia untuk rusa dan babi hutan.
Penampilan
suntingAnjing pemburu Slovakia ialah hound pemburu tipikal dari segi penampilan, dengan tubuh berotot, tungkai panjang, ekor panjang, dan telinga labuh panjang. Lapis bulu pendeknya sentiasa berwarna hitam, dengan tanda-tana sawo matang (hitam dan sawo matang). Jantan patut berukuran seberat 16 kg (35 lb) dan berdiri setinggi 46 cm (18 in) pada paras kelasa, sementara betina pula agak lebih kecil. Saiz unggul diperihalkan dalam piawaian baka untuk tidak menggalakkan pembiakbakaan anjing terlalu besar atau terlebih kecil. Ukuran lain untuk anjing unggul diberikan dalam piawaian untuk memulihara jenis baka.[1][2] Baka ini memiliki bertubuh lebih besar berbanding dengan anjing pemburu rakun hitam dan sawo matang Amerika yang bertanda serupa, tetapi bertubuh lebih kecil berbanding dengan ogar Poland yang serupa, anjing pemburu bertubuh lebih kuat dari Poland. Matanya sentiasa gelap, dalam, dan berwajah semangat dan keberanian.
Perangai
suntingWalaupun terkenal sebagai anjing berdikari, ia cerdas dan mudah dilatih. Ia juga mempunyai deria haluan yang bagus.
Sejarah dan kegunaan
suntingSebagai jenis anjing pemburu amat terkenal sejak zaman purba, baka kini pertama kali diiktiraf pada tahun 1870-an. Baka-baka brandlbracke (anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria), chart polski (grehaun Poland), dan magyar agár (grehaun Hungary) dipercayai telah digunakan dalam latar belakang baka ini. Etimologi bagi namanya kelihatan merujuk warna anjing. Kelab baka ditubuhkan di Bratislava pada tahun 1988.
Anjing pemburu Slovakia dikembangkan dan digunakan sebagai anjing pemburu, bukan anjing peliharaan atau anjing pertunjukan. Ia dibiakbakakan untuk pemburuan buruan besar, terutamanya babi hutan. Walaupun amat umum di kawasan asalnya, ia jarang terlihat di negara lain.[3] Anjing pemburu Slovakia serupa dengan anjing pemburu bau Eropah Timur lain dari segi rupa dan gaya perburuan.
Pengiktirafan
suntingBaka ini diiktiraf di negara aslinya dengan nama slovenský kopov dan tersenarai untuk pertandingan sukan anjing antarabangsa dengan Persekutuan Kinologi Antarabangsa atas nama itu sebagai baka nombor 244, dalam Kumpulan 6, Anjing Pemburu Bau dan Baka Berkaitan, Seksyen 1.2 Hound Bersaiz Sederhana. Baka ini yang dieskport ke Amerika Utara diiktiraf atas terjemahan bahasa Inggeris bagi namanya, Slovakian Hound, oleh United Kennel Club di Amerika Syarikat. Baka ini juga mungkin berdaftar atas pelbagai terjemahan nama, atu nama Inggeris ciptaan seperti Wild Boar Hound (daripada Schwarzwildbracke bahasa Jerman),[4] dengan kelab kenel kecil, kelab perburuan, dan perniagaan pejabat pendaftaran anjing berdasarkan Internt, dan dipromosikan sebagai baka jarang untuk mereka yang mencari anjing pemburu luar biasa atau haiwan peliharaan unik.
Lihat juga
suntingCatatan
sunting- ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو سلوۏاکيا ; Slovak: slovenský kopov ; bahasa Inggeris: Slovakian hound; Slovak hound
- ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو هوتن هيتم ; bahasa Inggeris: Black Forest hound
Rujukan
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing pemburu Slovakia |
- ^ "FCI - Standard Nr. 244 SLOVENSKÝ KOPOV (Slowakischer Laufhund)" [Piawaian FCI No. 244 Anjing Pemburu Slovakia] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 19 Ogos 1996.
- ^ "FCI-Standard N° 244 SLOVENSKЎ KOPOV (Slovakian Hound)" [Piawaian FCI No. 244 Anjing Pemburu Slovakia] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Seidler, Chris. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 19 Ogos 1996. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ Rogers Clark, Anne; Brace, Andrew H., penyunting (10 November 1995). The International Encyclopedia of Dogs [Ensiklopedia Antarabangsa tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Renée Sporre-Willes. (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 425. ISBN 9780876056240. OCLC 32697706.
- ^ "DigitalDog, Slovakian Hound" [DigitalDog, Anjing Pemburu Slovakia] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2023. Dicapai pada 28 Disember 2023.