Baru laut atau baru-baru ialah pokok arboresen setinggi 5-10 meter (boleh mencapai sehingga 20 meter) yang terdapat di persekitaran pesisir pantropika serumpun dengan bunga raya dalam genus Hibiscus. Walaupun ia mungkin merupakan pokok asli Dunia Lama. dan mungkin merupakan pokok asli Hawaii dan tempat-tempat yang lain di Lautan Pasifik, ia telah disebarkan oleh orang Polinesia yang awal kerana kayu dan gentiannya yang berguna. Nama saintifiknya Thespesia populnea (L.) Sol. ex Correa. [4] Pohon ini turut dikenali antara lainnya sebagai baru laut (Simeulue), waru laut, waru lot (Jw., Sd.) dan baru lot atau beru lot (Md.).[5]

Baru laut
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
T. populnea
Nama binomial
Thespesia populnea
(L.) Sol. ex Corrêa, 1807[1]
Sinonim
  • Azanza acuminata Alef.
  • Hibiscus bacciferus Blume
  • Hibiscus blumei Kuntze
  • Hibiscus litoreus J.Presl
  • Hibiscus populifolius Salisb. (nom.illeg.)
  • Hibiscus populneoides Roxb.
  • Hibiscus populneus L. (basionym)[2]
  • Thespesia macrophylla Blume

Sinonim selengkapnya: The Plant List [3]

Di Pulau Pitcairn, Pokok Bebaru amat umum pada suatu ketika, akan tetapi ia kini telah dibalak secara giat. Pada sepanjang abad ke-20, penduduk Pitcaim telah belayar ke Pulau Henderson bagi memperoleh kayu pokok ini untuk membuat barang-barang aneh sebagai sara hidup mereka (Binggeli, 1999).

Bunga Pokok Bebaru memainkan peranan yang penting dalam perjuangan kemerdekaan Sri Lanka, dan dijual oleh Gerakan Suriya-Mal sebagai ganti untuk popi bagi membantu bekas anggota tentera asli.

Botani

sunting
 
Pohon waru laut

Pohon kecil, tinggi 2–10 m. Tumbuh di pantai berpasir atau di bagian belakang dari hutan pasang yang tidak berawa. Daun bertangkai panjang, bundar telur bentuk jantung dengan tepi rata, 7–24 × 5–16 cm; seperti kulit; bertulang daun menjari, dengan kelenjar kulit kecil di antara pangkal tulang daun utama di sisi bawah daun. Daun muda bersisik coklat rapat.[6]

Bunga berdiri sendiri, di ketiak daun, naik dahulu kemudian tunduk, bertangkai panjang dan bersisik. Daun kelopak tambahan 3, amat kecil dan lekas rontok. Kelopak seperti cawan, panjang 12–14 mm, dengan gigi yang sangat kecil. Mahkota bentuk lonceng, 6–7 cm, kuning muda dan akhirnya merah, dengan noda (bercak) ungu pada pangkalnya. Bergetah kuning. Buah kotak bentuk bola pipih sampai bentuk telur lebar, diameter 2,5–4,5 cm, tidak membuka atau membuka lambat. Bijinya berambut.[6]

Kegunaan

sunting

Kayu Pokok Bebaru digunakan untuk membuat thavil, alat muzik Carnatic di India Selatan. Kayu ini merupakan bahan kerja kayu yang popular (biasanya dijadikan mangkuk) di Hawaii kerana warna-warninya (dari warna sawo matang ke kuning sehingga merah). Secara tradisi, ia ditumbuh di dusun suci dan digunakan untuk mencipta arca agama di seluruh Polinesia timur. Kayu Pokok Bebaru juga digunakan untuk tablet rongorongo di Pulau Easter. (Orliac 2005).

Galeri

sunting

Pembiakan

sunting

Pokok Bebaru boleh dibiakkan dengan mengasingkan anak pokok dari rumpun induk. Ia juga boleh ditut pada batang pokok yang lurus dan sihat. Cara ini akan menghasilkan pokok bebaru yang tidak berumpun atau `single trunk' dan sesuai utuk dimajukan sebagi pokok teduhan di kawasan pantai atau kuala sungai.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Corrêa de Serra, J.F.. 1807. "Vues Carpologiques". Annales du Museum d'Histoire Naturelle. Paris. Tome IX: 290; Pl. 25 fig. 1. Paris :chez Tourneisen fils, libr.
  2. ^ Linne, C. von. 1753. Caroli Linnaei ... Species plantarum :exhibentes plantas rite cognitas, ad genera relatas, cum differentiis specificis, nominibus trivialibus, synonymis selectis, locis natalibus, secundum systema sexuale digestas... Tome 2: 694. Holmiae :Impensis Laurentii Salvii [1 May 1753]
  3. ^ The Plant List: Thespesia populnea (L.) Sol. ex Corrêa
  4. ^ INDEX TO SCIENTIFIC NAMES of Tropical Tree Species along with their Vernacular Names
  5. ^ Heyne, Karel (1987). Tumbuhan Berguna Indonesia. 3. Jakarta: Yayasan Sarana Wana Jaya. m/s. 1317.
  6. ^ a b van Steenis, CGGJ van 1981. Flora, untuk sekolah di Indonesia. Jakarta: PT Pradnya Paramita. m/s. 288–289.

* Thespesia populnea di laman sesawang: Australian native hibiscus and hibiscus-like species.

  • Binggeli, Pierre. 1999. Miro
  • Orliac, Catherine. 2005. "The Rongorongo Tablets from Easter Island: Botanical Identification and 14C Dating." Archaeology in Oceania 40.3.

Pautan luar

sunting