India Selatan ialah kawasan India yang merangkumi negeri Andhra Pradesh, Karnataka, Kerala, dan Tamil Nadu, serta juga wilayah kesatuan Lakshadweep dan Pondicherry. Luasnya 19.3% daripada seluruh kawasan India. India Selatan terletak di semenanjung penara Dakkan dan disempadani oleh:

India Selatan
South India
தென்னிந்தியா(Tamil)
ദക്ഷിണേന്ത്യ (Malayalam)
दक्षिण भारत (Hindi)
Negeri dan wilayah kesatuan di Selatan India
Negara India
Negeri dan wilayah kesatuan di Indias
Bandar paling padat penduduk
Keluasan
 • Bandar Raya635,780 km2 (245,480 batu persegi)
Aras tertinggi2,695 m (8,842 ft)
Aras Terendah−2.2 m (−7.2 ft)
Penduduk
 (2011)
 • Bandar Raya253,051,953
 • Kepadatan400/km2 (1,000/batu persegi)
 • Bandar
111,386,832
DemonimOrang India Selatan
Telugu
Tamilian
Kannadiga
Malayali
Laccadivian
Pondicherrian
Zon waktuIST (UTC+5:30)
Bahasa resmi[1]
HDI (2019) 0.755 (High)
Literacy (2011)76.43%
Sex ratio (2011)986 /1000 [2]

Geografinya berbeza-beza dan merangkumi dua banjaran gunung — Gat Barat dan Gat Timur — serta penara Dakkan di kawasan tengah antara keduanya. Sungai Godavari, Sungai Krishna, Sungai Tungabhadra, dan Sungai Kaveri ialah sungai tak sentiasa berair yang merupakan sumber air yang penting.

Sebilangan besar orang India Selatan bertutur dalam salah satu daripada lima bahasa Dravidiabahasa Kannada, bahasa Malayalam, bahasa Tamil, bahasa Telugu, dan bahasa Tulu. Pada sepanjang sejarahnya, sebilangan kerajaan dinasti memerintah berbagai-bagai bahagian India Selatan, dengan serangan mereka yang merentasi Asia Selatan dan Asia Tenggara mempengaruhi sejarah dan budaya negara bangsa moden seperti Sri Lanka, Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand dan Malaysia. Kawasan itu dijajah oleh Britain dan kemudian beransur-ansur diserap ke dalam Empayar British. Gaya kesusasteraan dan seni bina yang berkembang pada sepanjang dua ribu tahun yang lalu amat berbeza dengan gaya di bahagian-bahagian negara yang lain. Politik India Selatan dikuasai oleh parti-parti politik kawasan yang lebih kecil, berbanding dengan parti-parti politik negara di kawasan yang lain.

Selepas mengalami naik turun pada dekad-dekad selepas kemerdekaan India, negeri-negeri India Selatan mencatat pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi pada tiga dekad yang lalu, berbanding dengan pertumbuhan dekad purata negara. India Selatan ditempatkan tertinggi daripada segi pembangunan sosioekonomi seperti kadar kesuburan dan infrastruktur, dengan kadar kesuburannya sebanyak 1.9 merupakan kadar yang paling rendah antara semua kawasan di India.[3] Walaupun demikian, ketaksamaan ekonomi, buta huruf, dan kemiskinan masih menjejaskan kawasan ini, sebagaimana dengan kawasan-kawasan yang lain di negara. Pertanian ialah penyumbang tunggal yang utama kepada keluaran dalam negeri bersih (KDNB), manakala teknologi maklumat (IT) merupakan teknologi yang berkembang dengan pesat.

Lihat juga

sunting
  1. ^ Indian languages (PDF) (Laporan). Ministry of Education, Government of India. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 28 May 2023. Dicapai pada 30 August 2023.
  2. ^ Census 2011 (Final Data) – Demographic details, Literate Population (Total, Rural & Urban) (PDF) (Laporan). Planning Commission, Government of India. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 January 2018. Dicapai pada 3 October 2018.
  3. ^ "National Family Health Survey". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-24. Dicapai pada 2009-09-13.

Pautan luar

sunting