Barisan Pembebasan Rakyat Kebangsaan Karenni
Barisan Pembebasan Rakyat Kebangsaan Karenni (Inggeris: Karenni National People's Liberation Front, singkatan KNLPF) ialah sebuah kumpulan pemberontak nasionalis komunis dan Karenni yang aktif di Negeri Kayah, Myanmar (Burma). Ia bersetuju untuk menjadi pasukan pengawal sempadan tajaan kerajaan pada 8 November 2009 walaupun ia kekal aktif di bawah nama KNPLF.[8] Bermula dari 13 Jun 2023, ia telah memutuskan untuk menukar pihak kepada Tentera Pembebasan Kebangsaan Karen (KNLA), Tentera Karenni (KA), Pasukan Pertahanan Kebangsaan Karenni (KNDF), dan Angkatan Pertahanan Rakyat (PDF) dan memerangi rejim tentera.
Barisan Pembebasan Rakyat Kebangsaan Karenni | |
---|---|
Kawasan utama | Negeri Kayah Sempadan Myanmar-Thailand |
Ideologi | Marxisme-Leninisme[1] Sosialisme revolusionari[2] Nasionalisme Karenni Federalisme |
Saiz | 2,000 (2021)[3] |
Sekutu | Sekutu-sekutu Negara: Sekutu-sekutu bukan Negara:
|
Lawan | Lawan-lawan Negara:
Lawan-lawan bukan Negara:
|
Pertempuran dan peperangan |
|
Bendera |
Sejarah
suntingKNPLF telah ditubuhkan pada tahun 1978, apabila sekumpulan pejuang sayap kiri berpecah daripada Tentera Karenni kerana perbezaan ideologi. Pada tahun 1983, di bawah kepimpinan CPB, KNPLF bersama Kayan New Land Party dan Pertubuhan Pembebasan Kebangsaan Negeri Shan (Inggeris: Shan State National Liberation Organization) membentuk perintah wilayah pusat.[2] Kumpulannya mengekalkan hubungan rapat dengan Parti Komunis Burma (CPB), menerima latihan, bekalan, dan sokongan bersenjata daripada kumpulan itu sehingga pelucutan senjatanya pada tahun 1989.[8]
Pada tahun 1989, perjanjian gencatan senjata telah dirundingkan antara Majlis Pemulihan Undang-undang dan Ketenteraman Negeri (SLORC) dan KNPLF, yang telah dimuktamadkan pada tahun 1994.[8] Kumpulan itu sejak itu telah membantu askar kerajaan memerangi kumpulan pemberontak bersenjata lain, terutamanya Tentera Karenni, dan pada 8 November 2009, kumpulan itu bersetuju untuk berubah menjadi "pasukan pengawal sempadan".[9]
KNPLF telah dituduh menggunakan askar kanak-kanak dan periuk api pada masa lalu,[10] dengan seorang askar kanak-kanak bernama Koo Reh pada usia 13 tahun berkata:
Saya sedang menonton filem itu [di pawagam], dan dia [perekrut] duduk dan bercakap dengan saya. Dia kata kalau saya join saya senang dan dapat gaji dan uniform. Saya tidak ingat namanya tetapi dia dari KNPLF. Saya bersetuju untuk menyertai. Dia bercakap dengan ramai orang di pawagam, seorang demi seorang, 20 atau 25 orang, dewasa, wanita, lelaki. Kira-kira enam orang pergi bersamanya. Yang lebih tua 16 atau 17, yang muda 11, 12 atau 13. Saya pulang ke rumah tetapi tidak memberitahu ibu saya, kemudian saya pergi bersamanya.[11]
Rujukan
sunting- ^ Beng, Ooi Kee (2014). ISEAS Perspective: Selections 2012–2013 (dalam bahasa Inggeris). Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 107. ISBN 978-981-4519-26-7. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 September 2022. Dicapai pada 11 May 2020.
- ^ a b Aik Ni (Phyuu) (7 September 2020). "ပြန်လည်နိုးထလာတဲ့ ကရင်နီပြည်က ဖီးနစ်ငှက်" (dalam bahasa Burma). Dicapai pada 26 May 2024.
- ^ Khin, Aung; Aung, Nyan Lin (9 December 2021). "ကရင်နီကာကွယ်ရေးတပ်ဖွဲ့". Voice of America (dalam bahasa Burmese). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 July 2022. Dicapai pada 3 July 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Intense clash in Mese, Karenni State". Democratic Voice of Burma (dalam bahasa Burmese). 20 June 2023.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "The 4K, the clash in Mese, and the military movement of Karenni State". People's Spring (dalam bahasa Burmese). 20 June 2023.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Davis, Anthony (2022-02-22). "Wa an early winner of Myanmar's post-coup war". Asia Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada October 7, 2022. Dicapai pada 2022-09-24.
- ^ J, Esther (10 November 2023). "After attacking military target in Karenni State, KNDF and KNPLF announce launch of 'Operation 1107'". Myanmar Now. Diarkibkan daripada yang asal pada November 10, 2023. Dicapai pada 10 November 2023.
- ^ a b c "Karenni National People's Liberation Front". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 May 2017. Dicapai pada 27 February 2016.
- ^ Murray, Lucy; Byardu, Beh Reh (25 March 2005). "Karenni rebels dig in for last stand". Asia Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2005. Dicapai pada 29 November 2018.CS1 maint: unfit URL (link)
- ^ "Geneva Call – Karenni National Peoples Liberation Front (KNPLF)". Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016. Dicapai pada 27 February 2016.
- ^ "Sold to be Soldiers: The Recruitment and Use of Child Soldiers in Burma: VI. Child Soldiers in Non-State Armed Groups". www.hrw.org. Human Rights Watch. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 May 2017. Dicapai pada 29 November 2018.