Awalan ITU
Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) memperuntukkan awalan pengenal untuk semua jenis stesen radio dan televisyen. Awalan ITU juga membentuk asas untuk pengenalan pendaftaran pesawat. Awalan-awalan ini ditetapkan melalui persetujuan antarabangsa, oleh itu berfungsi sebagai kod negara. Pengenal boleh terdiri daripada sebanyak mana huruf dan angka tetapi setiap negara hanya boleh menggunakan pengenal yang bermula dengan aksara-aksara yang diperuntukkan kepadanya.
Sungguhpun demikian, terdapat sebilangan negara yang tidak mematuhi sepenuhnya peraturan tersebut. Stesen-stesen penyiaran di Australia diperuntukkan awalan VL tetapi tidak menggunakannya, sementara Kanada "meminjam" CB dari Chile untuk kegunaan stesen-stesen Perbadanan Penyiaran Kanada hasil perjanjian dengan kerajaan Chile.
Awalan pengenal yang belum dan tidak boleh diperuntukkan
suntingAwalan-awalan pengenal berikut masih belum digunakan tetapi boleh diperuntukkan pada masa akan datang oleh ITU. (x = mana-mana huruf; n = mana-mana angka dari 2 hingga 9.)
- E6, E8, E9, H5, J9, On, S4, T9*, Un, V9, Xn, YZ*, Z4–Z9, 4N*.
(* menandakan awalan yang dipulangkan kepada ITU.)
Mengikut garis panduan ITU masa kini, awalan-awalan pengenal berikut tidak boleh diperuntukkan.[1] Awalan-awalan berkenaan adakalanya digunakan secara tidak rasmi, seperti pengendali radio amatur yang beroperasi di kawasan diragukan atau mana-mana negeri yang tiada awalan rasmi (cth. S0 di Sahara Barat atau 1A di ibu pejabat Kesatria Malta di Rom). (x = mana-mana huruf; n = mana-mana angka dari 2 hingga 9.)
- Qx: tiada awalan bermula dengan Q kerana mudah dikelirukan dengan kod Q.
- x0, x1, 0x, 1x: tiada awalan berangka 1 atau 0 kerana mudah dikelirukan dengan huruf I atau O.
- nn: awalan dua angka belum lagi dipertimbangkan oleh ITU.
Jadual peruntukan siri-siri pengenal antarabangsa
suntingCatatan
sunting- ^ Perbadanan Penyiaran Kanada (CBC) mengendali majoriti besar stesen-stesen yang pengenalnya bermula dengan CB.
- ^ a b c Siri yang diperuntukkan kepada pertubuhan antarabangsa.
- ^ a b c d e Peruntukan sementara mengikut No. S19.33: (Pada selang masa antara persidangan radiokomunikasi, Setiausaha Agung dibenarkan menguruskan persoalan berkenaan perubahan dalam peruntukan siri-siri pengenal secara sementara, dan tertakluk pada pengesahan oleh persidangan seterusnya.)
- ^ Tiga kod huruf yang bermula dengan adalah untuk singkatan komunikasi iaitu kod Q, dan maka itu tidak digunakan sebagai awalan pengenal.
- ^ a b c d Peruntukan separa siri.
Rujukan
sunting- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-18. Dicapai pada 2007-05-18.