Apsis

(Dilencongkan daripada Apastron)

Apsis ialah titik jarak terpanjang atau terpendek orbit bereliptikal sesuatu objek dari tumpuan tarikannya, iaitu lazimnya pusat jisim sistem.

Apsides 1) Apoapsis; 2) Periapsis; 3; Fokus

Titik hampiran terdekat (titik di mana dua jasad adalah paling rapat dengan satu sama lain) dipanggil periapsis atau peripusat, dari perkataan Yunani περὶ, peri yang bererti "keliling". Titik perjalanan terjauh pula dipanggil apoapsis (ἀπό, apó, "dari", yang menjadi ἀπ-, ap- atau ἀφ-, aph- masing-masing sebelum vokal tak berhembusan atau berhembusan), apopusat atau apapsis. Sebatang garis lurus yang dilakar melalui periapsis dan apoapsis dipanggil garis apsis. Inilah paksi major elips, iaitu garis yang melalui bahagian terpanjang dalam elips.

Istilah terbitan juga digunakan untuk mengenal pasti jasad yang diorbitkan, terutamanya perigi dan apogi, iaitu orbit-orbit di keliling Bumi (Yunani γῆ, , "bumi"); dan perihelion dan aphelion, iaitu orbit-orbit di keliling Matahari (Yunani ἥλιος, hēlios, "matahari"). Ketika program Apollo diusahakan, istilah-istilah perisintion dan aposintion digunakan untuk memaksudkan bulan.[1]

Formula

sunting
 
Unsur-unsur orbit Kepler: F ialah periapsis, H ialah apoapsis, dan garis merah di antaranya ialah garis apsis.

Formula-formula berikut mencirikan periapsis dan apoapsis sesebuah orbit:

  • Periapsis: kelajuan maksimum   pada jarak minimum (periapsis)  
  • Apoapsis: kelajuan minimum   pada jarak maksimum (apoapsis)  

manakala, selaras dengan hukum pergerakan planet Kepler (pengabadian momentum sudut) dan pengabadian tenaga, kuantiti-kuantiti berikut adalah malar untuk sesebuah orbit:

yang mana:

  •   ialah paksi separuh major
  •   ialah parameter graviti standard
  •   ialah keeksentrikan, bertakrif  

Diingatkan bahawa bagi penukaran dari ketinggian di atas permukaan kepada jarak antara sesebuah orbit dan primernya, jejari jasad pusatnya harus ditambah, begitu juga sebaliknya.

Min aritmetik bagi dua jarak pengehad ialah kepanjangan paksi separuh major  . Min geometrik bagi dua jarak tersebut ialah kepanjangan paksi separuh minor  .

Min-min geometrik bagi dua kelajuan pengehad ialah  , iaitu kelajuan yang sepadan dengan tenaga kinetik yang ditambah pada tenaga kinetik yang sedia ada di mana-mana kedudukan orbit, akan membolehkan jasad pengorbit untuk berlepas (punca kuasa dua hasil kedua-dua kelajuan tersebut ialah halaju lepas setempat).

Keistilahan

sunting
Jasad Hampiran terapat Hampiran terjauh
Am Periapsis/Peripusat Apoapsis
Galaksi Perigalaktikon Apogalaktikon
Bintang Periastron Apastron
Lubang hitam Perimelasma/Peribotra/Perinigrikon Apomelasma/Apobotra/Aponigrikon
Matahari Perihelion Afelion
Utarid Perihermion Apohermion
Zuhrah Periciterion/Periciterean/Perikrition Apociterion/Apociterean/Apokrition
Bumi Perigi Apogi
Bulan Periselen/Perisintion/Perilun Aposelen/Aposintion/Apolun
Marikh Periareion Apoareion
Musytari Perizen/Perijov Apozen/Apojov
Zuhal Perikron/Perisaturnium Apokron/Aposaturnium
Uranus Periuranion Apouranion
Neptun Periposeidion Apoposeidion
Pluto Perihadion Apohadion

Perihelion and aphelion Bumi

sunting

Bagi orbit Bumi yang mengelilingi Matahari, waktu apsis paling wajar dinyatakan dari segi waktu relatif dengan musim, kerana inilah yang menentukan sumbangan orbit berelips kepada paksaan bermusim, iaitu perubahan tahunan dalam penyuriaan di atas atmosfera. Paksaan ini dikawal terutamanya oleh kitaran tahunan keserongan matahari, iaitu kesan kecondongan paksi putaran Bumi yang relatif dengan satah orbit. Kini, perihelion berlaku kira-kira 14 hari selepas solstis musim sejuk hemisfera utara. Waktu perihelion mara dari musim ke musim, sehingga melengkapkan satu kitaran lengkap dalam masa 22,000 hingga 26,000 tahun, sebagai sumbangan kepada kitaran Milankovitch, iaitu paksaan zaman ais yang dipanggil liukan.

Selain hari, kita juga boleh menyatakan penentuan waktu perihelion relatif dengan ekuinoks vernal sebagai sudut sesaran orbit, iaitu longitud periapsis. Bagi orbit Bumi, inilah longitud perihelion yang mencapai 282.895 darjah pada tahun 2000[2].

Hari dan jam[A] (UTC) perihelion dan afelion untuk tahun-tahun terpilih:[3]

Tahun Perihelion Afelion
Tarikh Jam Tarikh Jam
2007 3 Januari 20:00 7 Julai 00:00
2008 3 Januari 00:00 4 Julai 08:00
2009 4 Januari 15:00 4 Julai 02:00
2010 3 Januari 00:00 6 Julai 11:00
2011 3 Januari 19:00 4 Julai 15:00
2012 5 Januari 00:00 5 Julai 03:00
2013 2 Januari 05:00 5 Julai 15:00
2014 4 Januari 12:00 4 Julai 00:00
2015 4 Januari 07:00 6 Julai 19:00
2016 2 Januari 23:00 4 Julai 16:00
2017 4 Januari 14:00 3 Julai 20:00
2018 3 Januari 06:00 6 Julai 17:00
2019 3 Januari 05:00 4 Julai 22:00
2020 5 Januari 08:00 4 Julai 12:00

Catatan dan rujukan

sunting
  1. ^ Data sumber hanya menentukan jamnya; nilai minit dalam jadual sekadar pemegang tempat.
  1. ^ "Apollo 15 Mission Report". Glossary. Dicapai pada October 16 2009. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-05. Dicapai pada 2010-01-03.
  3. ^ Earth's Seasons Equinoxes, Solstices, Perihelion, and Aphelion - 2000-2020 —Balai Cerap Tentera Laut Amerika Syarikat, Jabatan Aplikasi Astronomi; 2003-10-30 (dicapai pada 2007-05-06).

Pautan luar

sunting