Anugerah Era 2006
Anugerah Era 2006 (AE2006) adalah majlis penganugerahan tahunan yang dianjurkan oleh Astro menerusi Era FM pada 9 September 2006. Ia mengiktiraf karyawan seni muzik Malaysia dan negara tetangga. Pemenang dipilih melalui borang undian sah, laman web dan sistem pesanan ringkas. Pemilihan artis yang tercalon berdasarkan kepada lagu-lagu yang diputarkan dari 1 Jun 2005 hingga 31 Mei 2006. Berbanding sebelum ini yang menampilkan hos secara ensembel penyampai radio Era, tahun ini menyaksikan Linda Onn bergandingan bersama pelawak Saiful Apek sebagai pengacara bersama.
AE2006 masih mengekalkan 12 kategori yang sama seperti tahun lalu, iaitu Vokal Lelaki Pilihan, Vokal Wanita Pilihan, Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan, Lagu Rock Pilihan, Lagu Pop Pilihan, Irama Global Pilihan, Lagu Nasyid Pilihan, Artis Inggeris Tempatan Pilihan, Muzik Video Pilihan, Artis Harapan Pilihan, Band Pilihan dan Pilihan Kaki Wayang. Pencalonan peringkat pertama telah memperlihatkan Raja SMS, Mawi mendominasi tujuh kategori. Antaranya Artis Harapan Pilihan, Vokal Lelaki Pilihan, Irama Global Pilihan dan Video Muzik Pilihan. Siti Nurhaliza sekadar mendapat tiga pencalonan iaitu Vokal Wanita Pilihan, Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan dan Lagu Pop Pilihan. Undian peringkat pertama Anugerah Era bermula pada 15 Jun 2006 dan berakhir pada 15 Julai. Undian dibuat melalui laman web rasmi Era ataupun dengan mendapatkan borang undian daripada Skuad ERA Avanza. Tema tahun ini ialah Fesyen Dalam Muzik dengan secara khususnya kami memilih Denim dan Kulit sebagai pencerahan tema. Bersempena dengan AE2006, dua konsert telah diterbitkan. Konsert Pra Anugerah Era 2006 yang memaparkan persembahan daripada finalis-finalis AE206 akan disiarkan pada 28 Ogos dan 2 September 2006, manakala bagi penutup AE2006 pula, Konsert Gemilang Anugerah ERA telah disiarkan pada 16 September 2006.[1]
Mawi yang mendapat sorakan gemuruh setiap kali namanya diumumkan, memenangi 5 anugerah yang dipertandingkan serta turut menerima Anugerah Artis Pilihan SMS DiGi yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000, piala, telefon bimbit berteknologi EDGE bersama talian pascabayar DiGi. Mawi juga memenangi Anugerah Carta Era menerusi lagu Aduh Saliha yang mengungguli Carta Era sepanjang tempoh kelayakan.
Persembahan
sunting- Mawi & M. Nasir - "Lagu Jiwa Lagu Cinta"
- Search - "Nyata & Maya"
- Ning Baizura -
- Pretty Ugly - "Diari Seorang Lelaki"
Calon dan pemenang
suntingNama-nama pemenang terletak di atas setiap senarai dan berhuruf tebal. «»
Anugerah Carta ERA
sunting- Aduh Saliha - (nyanyian oleh Mawi)
Anugerah Seni ERA
suntingdiberikan kepada seniwati :-
Anugerah Artis Pilihan SMS Digi
suntingArtis Harapan Pilihan
suntingVokal Lelaki Pilihan
suntingVokal Wanita Pilihan
suntingVokal Duo/Berkumpulan Pilihan
sunting- Mawi & M. Nasir
- Nikki Palikatt menampilkan Zahid Baharuddin
- Ruffedge
- Spider & Ella
- Too Phat menampilkan Siti Nurhaliza
Band (Kugiran) Pilihan
suntingArtis Inggeris Tempatan Pilihan
sunting- Doul menampilkan Adibah Noor
- Estranged
- Jaclyn Victor
- Pop Shuvit
- Too Phat
Lagu Etnik/Global Pilihan
sunting- Aduh Saliha - Mawi
- Dendang Sahutan - To'Ki & Andy
- Habib Ya Habib - Syura
- Hantaran Hati - Bob Yusrizan & Rosiah Chik
- Racau Sang Khalifah - Noraniza Idris & Liza Hanim
Lagu Nasyid Pilihan
sunting- Kehidupan - In-Team & Nazrey Johani
- Nawaitu - Rabbani
- Satu Misteri - Brothers menampilkan Yasin Sulaiman & Waheeda
- Tanpamu - In -Team
- Wahai Kawan - Raihan
Lagu Rock Pilihan
sunting- Aduh Tsumawi - Amuk
- Diari Seorang Lelaki - Pretty Ugly
- Dunia Batinku - Ella & Spider
- Iris - Awie
- Jujur- Radja
Lagu Pop Pilihan
sunting- Biarlah Rahsia - Siti Nurhaliza
- Caramu - Nikki Palikatt menampilkan Zahid Baharuddin
- Kasih - Dayang Nurfaizah
- Kian - Mawi
- Lagu Jiwa Lagu Cinta - Mawi & M. Nasir
Video Muzik Pilihan
sunting- Gemilang - Jaclyn Victor
- Kasih Maafkan - Dayang Nurfaizah
- Lagu Jiwa Lagu Cinta - Mawi & M. Nasir
- Mungkir Bahagia - Hazami
- Tak Tahu – Adam
Pilihan Kaki Wayang ERA
sunting- Baik Punya Cilok (Astro Shaw /Tayangan Unggul)
- Bujang Senang (Line Clear)
- Castello (Suhan)
- Gol & Gincu (Red Comm)
- Pontianak Harum Sundal Malam II (Pesona)
Rujukan
sunting- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 2015-03-16.