Farah Anuar
Farah Diana Anuar (lahir 25 Januari 1985) atau lebih dikenali dengan gelaran Farah AF2[2] atau Farah Breep Breep, ialah seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau mencapai populariti dengan menduduki tempat ke-4 dalam musim ke-2 Akademi Fantasia. Sebelum menyertai rancangan realiti TV Akademi Fantasia, beliau telah menyertai rancangan Suara Jati Malaysia pada tahun 2002 dan telah memenangi tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut.
Farah Diana Anuar | |
---|---|
Kelahiran | Farah Diana binti Anuar 25 Januari 1985 [1] |
Nama lain | Farah AF2, Farah Breep Breep, Farah Diana Anuar |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 2002–kini |
Pasangan | Johan Johari (k. 2011) |
Anak-anak | 3 |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, R&B |
Instrumen | Vokal |
Pengkarya berkait | Akademi Fantasia Musim 2 |
Farah memiliki tiga orang anak perempuan yang bernama Elsa Johan yang dilahirkan pada 15 Ogos 2012 [3] dan Mya Johan yang dilahirkan pada 13 September 2015 & Ara Johan yang dilahirkan pada 2 Oktober 2020 hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta Johan Johari. Mereka berkahwin pada 15 Julai 2011 [4].
Suami beliau merupakan seorang usahawan di Pulau Pinang merupakan anak seorang guru (Bersara) iaitu Puan Salma Sulaiman. Farah kini menetap di Pulau Pinang bersama keluarga mertua dan berulang-alik ke Kuala Lumpur setiap minggu kerana beliau aktif dalam bidang pengacaraan untuk rancangan Assalamualaikum di TV AlHijrah.
Diskografi
suntingSingle
sunting- Antara Dua (2005)
- Best of Farah Breep...Breep! (2006)
- Fantasia (2009)
Biodata
sunting- Latar Belakang Keluarga : Farah dilahirkan di Kuala Lumpur dan menetap di Putrajaya sebelum berpindah ke Pulau Pinang setelah mendirikan rumahtangga. Keluarganya berasal dari negeri Kedah (Sungai Petani sebelah Ayah dan Guar Cemphedak di sebelah Ibu. Ayahnya Anuar Ali merupakan bekas Pengawal Keselamatan di Syarikat Media Prima (TV3) dan Ibunya Puan Farizah Abd Majid merupkan kakitangan Perkhidmatan Awam (Bersara). Beliau merupakan anak ketiga dalam 6 orang adik beradik. Beliau menpunyai seorang kakak iaitu Intan Norafniza Anuar, seorang abang Ashman Asyrul Anuar, 2 orang adik perempuan iaitu Najwa Anuar, Aimi Syahirah Anuar dan seorang adik lelaki iaitu Aizuddin Anuar (Dikenali sebagai Deeno).
- Pendidikan : Farah mendapat mendidikan di SMK Convent Bukit Nenas di kuala Lumpur kemudian berjaya menyambung Pelajaran ke peringkat Diploma dalam Muzik (Diploma in Music) di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Namun beliau menanguhkan pengajian beliau selepas mendapat tawaran untuk menyertai Program Akademi Fantasia Musim ke 2.
- Biodata & Kerjaya: Hobi beliau ialah Menyanyi, membaca majalah dan beriadah. Makanan /minuman kegemaran beliau ialah Masakan ibu/ jus oren, jus mangga panas. Beliau sangat meminati penyanyi Ziana Zain dan juga pelakon iaitu Rosyam Nor dan Erra Fazira. Beliau memulakan profesion selepas tamat Akademi Fantasia sebagai Penyanyi, Pengacara dan Jurucakap Produk seperti Power Roots, Intimate, Syahirah, Forever Living.
- Pengacaraan : Farah pernah mengacarakan beberapa rancangan terbitan Astro seperti Fulus Mania (Durian Runtuh) di Astro Ria, Ku Mohon (Astro Ria), Rasa Halal Orient di Astro Oasis Musim 1 hingga 5 (Astro Oasis), di RTM sebagai pengacara Generasi Asli 1Malaysia, Di TV9 sebagai Pengacara bual pagi Nasi Lemak Kopi O dan kini di TV AlHijrah sebagai pengacara rancangan bual pagi "Assalamualaikum". Selain itu, beliau pernah menjadi pengacara jemputan di Karpet Merah Konsert 3 Diva dan pengacara rancangan agama Pendakwah Muslimah terbitan TV AlHijrah.
- Album : Beliau menpunyai 2 buah album Solo dan 2 buah album Kompilasi.
- Album Solo : "Antara Dua (2005)" dan "Fantasia (2009)"
- Album Kompilasi : iaitu "Album Kompilasi Evo 01 AF(2004)" dan "The best of Farah Breep Breep (2006)"
- Penampilan Khas dalam Filem & Drama: Beliau pernah berlakon untuk beberapa episod untuk drama bersiri "Akademi" (2005 arahan Rashid Sibir) & membuat penampilan khas bersama Zahid AF2 untuk Filem "Man Laksa" (arahan Mamat Khalid) dan pernah menbintangi Telemovie "Popular" (2007 arahan Woo Ming Jin)" memegang watak utama.
- Model & Iklan : Beliau pernah membuat penampilan khas untuk Iklan raya Maxis bersama Zahid Af2, Duta produk untuk Coke, Ultimate, Syahirah & Forever Living.
- Pencapaian-
- Menang tempat Ke-3 Pertandingan Suara Jati Malaysia (2003).
- Pemenang tempat Ke-4 Akademi Fantasia Musim 2 (2004).
- Artis Harapan Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 12 (2005).
- Hadiah Penghargaan Top 10 New Singers Prize di Festival Muzik Asia-Shanghai (2005).
- Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH (2005).
- Finalis Top 5 Penyanyi Wanita Popular ABPBH (2005).
- Finalis Top 5 Penyanyi Wanita Pilihan Anuagerah Era (2005).
- Finalis Ikon Malaysia 2007 dan berjaya ke Separuh Akhir Ikon Malaysia (2007).
- Finalis Pengacara Mingguan Wanita (2019).
- Menang Pengacara Pilihan (Undian penonton) Mingguan Wanita (2019).
Judul Lagu | Komposer | Album | Tahun | Pencapaian |
---|---|---|---|---|
1. Tangisan Dalam Kerinduan | Adnan Abu Hassan | Antara Dua | 2005 | - Juara carta Muzik-Muzik selama beberapa minggu.
- Berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 2005. - Menang Lagu Balada Popular Pilihan SMS separuh Akhir Muzik-Muzik 2005 - Juara carta radio beberapa stesen seperti ERA fm & Muzik fm |
2. Antara Dua | Adnan Abu Hassan & Fariz | Antara Dua | 2005 | - Berjaya ke peringkat akhir Hits1 (Finalis di tempat keempat)
- Hits di beberapa stesen radio seperti Hot FM, Era FM & Muzik FM |
3. Jalan Terakhir | Adnan Abu Hassan & Fariz | Antara Dua | 2005 | - Juara Carta XFresh FM selama beberapa minggu
- Hits di stesen Radio Sinar FM |
4. Mengejar Pelangi | Adnan Abu Hassan | Antara Dua | 2005 | |
5. Milikmu Sepenuhnya | Sharon Paul | Antara Dua | 2005 | |
6. Usah Kau Berpaling | Sharon Paul | Antara Dua | 2005 | |
7. Menari Bersamaku | Juliza Adzlizan | Antara Dua | 2005 | |
8. Mengapa...Janji Manismu | Gubahan semula (Adnan Abu Hassan) | Antara Dua | 2005 | |
9. Kalimah Indera | Edrie Hashim | Fantasia | 2009 | |
10. Cinta Ini | Aidit Alfian & Ad Samad | Fantasia | 2009 | |
11. Kau Yang Bernama Cinta | Ajai & Abie | Fantasia | 2009 | |
12. Tak Pernah Ada | Alim The Times & Bakhtiar Effendy | Fantasia | 2009 | |
13. Cinta Lagi | Ajai | Fantasia | 2009 | - Tercalon dalam Muzik-Muzik |
14. Fantasia | Aidit Alfian & Ad Samad | Fantasia | 2009 | |
15. Grafiti Cinta | Alim The Times & Loloq | Fantasia | 2009 | |
16. Gembira Hidup Ini | Ajai & Abie | Fantasia | 2009 | - Hits di beberapa stesen radio seperti Hot FM, Era FM & Muzik FM
- OST Soundtrack Filem Kayangan |
17. Tak Tahu Antara Dua (Ft. Adam Af2) | Edry KRU | Adam 2 (Adam) | 2007 | - Hits di beberapa stesen radio seperti Hot FM, Era FM & Muzik FM |
18. Perang Cinta (Ft. Ella) | Loloq | Ratu Rock (Ella) | 2005 | |
19. Warisan Hawa | Edry KRU | Lagu Tema | 2011 | Lagu tema Ustazah Pilihan (Astro Oasis) |
20. Sehati Sejiwa (New Version) | LY & Baiduri | Lagu OST | 2013 | Lagu Tema OST Filem Cinderella 2013 |
Pencapaian di Akademi Fantasia Musim Ke 2 Lagu Tugasan di konsert Akademi Fantasia
Minggu | Lagu Tugasan | Kedudukan sebelum konsert | Kedudukan selepas konsert | Nota |
---|---|---|---|---|
1 | Seandainya Masih Ada Cinta (Dayang Nurfaizah) | 10 (3 terendah) | 5 (top 5) | Naik 5 Tangga |
2 | Tua Mengejar Kita (Fauziah Latif) | 10 (3 terendah) | 7 | Naik 3 Tangga |
3 | Janji Manismu (Aishah) | 12 (Paling rendah) | 4 (top 5) | Naik 8 Tangga |
4 | Dancing Queen (Abba) | 10 (2 terendah) | 3 (top 3) | Naik 7 Tangga |
5 | Tenda Biru (Dessy Ratnasari) | 9 (2 terendah) | 4 (top 5) | Naik 5 Tangga |
6 | Ya Maulai (Siti Nurhaliza) | 8 (2 terendah) | 4 (top 5) | Naik 4 Tangga |
7 | Jangan Kau Mimpi (Siti Sarah) | 7 (2 terendah) | 6 | Naik 1 Tangga |
8 | Bebas Berlari (Nora) | 7 (paling rendah) | 1 (Juara) | Naik 6 tangga |
9 | Mengapa (Nicky Astria) | 6 (paling rendah) | 2 (Naib Juara) | Naik 4 tangga |
10 | Sk8er Boi" (Avril Lavigne)
Tangisan Dalam Kerinduan (Lagu baru) |
4 (3 terendah) | 4 (3 terendah) | Kekal di tempat ke 4 |
Beliau juga telah mendendangkan lagu Menghitung Hari (kris Dayanti) untuk Konsert Reunion AF2 yang diadakan sebulan selepas tamat Program akademi fantasia musim ke 2.
Carta Kedudukan & Penyingkiran selepas konsert
Kedudukan | Konsert Mingguan | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | |||||
1 | Linda | Mas | Mas | Nurul | Zahid | Linda | Zahid | Farah | Adam | Zahid | ||||
2 | Kaer | Linda | Linda | Mas | Kaer | Zahid | Bob | Adam | Farah | Linda | ||||
3 | Mas | Adam | Kaer | Farah | Mas | Bob | Kaer | Kaer | Zahid | Adam | ||||
4 | Adam | Kaer | Farah | Linda | Farah | Farah | Mas | Zahid | Kaer | Farah | ||||
5 | Farah | Zarina | Adam | Kaer | Nurul | Nurul | Adam | Bob | Bob | Bob | ||||
6 | Zarina | Zahid | Fitri | Zahid | Adam | Kaer | Farah | Mas | Mas | Kaer | ||||
7 | Bob | Farah | Zahid | Adam | Linda | Adam | Linda | |||||||
8 | Zahid | Nurul | Bob | Anding | Zarina | Mas | Nurul | |||||||
9 | Nurul | Fitri | Anding | Zarina | Bob | Zarina | ||||||||
10 | Anding | Anding | Zarina | Bob | Anding | |||||||||
11 | Fitri | Bob | Nurul | Fitri | ||||||||||
12 | Edlin | Edlin | Edlin |
- Minggu 1 dan Minggu 2 tiada penyingkiran berlaku. Edlin Terselamat 2 konsert berturut-turut
- Dalam Konsert ke 9, Linda yang tersingkir di konsert ke 8 diserap masuk semula melalu proses AFMASUK dan mendapat undian tertinggi dalam kalangan peserta yang tersingkir dan berjaya menenmpatkan diri sebagai finalis akhir AF2 dan memeberi cabaran kepada 5 peserta asal akhir af2. Farah merupakan satu-satunya peserta wanita yang berjaya ke peringkat akhir bersama 4 peserta lelaki sebelum Linda diserap semula ke dalam AF2.
Beliau merupakan peserta paling konsisten dalam af2 kerana seringkali mendapat undian terendah sebelum konsert tetapi undian beliau akan naik mendadak ke kedudukan 5 teratas sejurus selepas konsert menyebabkan menjadikan beliau antara peserta wanita paling berjaya kerana satu2 nya peserta yang tidak tersingkir selepas menyaksikan seorang demi seorang perserta wanita tersingkir dari konsert mingguan.
Semasa beliau menyanyikan lagu "Mengapa" di konsert ke 9 AF2, beliau mendapat perhatian dan tepukan gemuruh penonton kerana beliau menyanyikan lagu tersebut dengan mengekalkan key asal penyanyi original dan sehingga kini belum ada penyanyi yang dapat menandingi beliau menyanyikan lagu tersebut dengan key yang sama. video beliau untuk lagu mengapa telah mendapat tontonan melebihi 1 juta viewers di Youtube dan mendapat review dari beberapa youtubers antarabangsa dari negara2 lain yang turut memuji kehebatan vokal beliau.
Rujukan
sunting- ^ Rezeki semakin murah.
- ^ Farah AF2 makan secawan nasi untuk kurus, Oleh: NOR FADZILAH BAHARUDIN, © Utusan Melayu (M) Bhd
- ^ "Gambar Farah AF Selamat Lahirkan Anak Perempuan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-09-29.
- ^ "Bahtera romantis Farah, Oleh Zaidi Mohamad 10/07/2011". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-09-29.
Pautan luar
sunting- ASTRO.
- Farah dan Johan, cinta pandang pertama, Oleh KHADIJAH IBRAHIM
- Sibuk Membesarkan anak-anak. Ini jawapan Farah af2 selepas 15 tahun menghilang dalam bidang nyanyian
- Lama Menghilang. ini kisah terkini Farah Breep Breep
- Duka Farah Terubat
- Farah AF2 tak risau bersaing dengan BBNU
- Farah AF2 selamat lahirkan anak kedua
- Farah Breep Breep test Market
- Konsert Reunion AF2 ogos ini mengimbau selepas 10 tahun AF2
- Farah AF2 mahu buat kemunculan semula
- Farah AF2 kongsi 10 tahun tinggal bersama keluarga mertua