Syura (penyanyi)
Zuraidah Badron (lahir 6 Oktober 1986) atau Syura merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1] Dilahirkan di Johor Bahru, Johor, Syura memulakan kerjaya muziknya pada 2000 apabila beliau menandatangani kontrak rakaman bersama Fantasia Music City (FMC) di mana beliau menerbitkan lima album.[1] Pada tahun 2013, Syura merupakan salah seorang daripada 20 peserta MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua di mana beliau meraih gelaran juara. Beliau kembali aktif dalam bidang muzik dengan menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke-4 di mana beliau tersingkir di konsert minggu ketujuh.[2][3][4][5]
Syura | |
---|---|
Kelahiran | Zuraidah binti Badron 6 Oktober 1986 |
Nama lain | Syura Badron |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2000–kini |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, R&B, Pop Etnik, Ghazal, Keroncong, Dangdut |
Syarikat rakaman | FMC Music |
Pengkarya berkait | Siti Nordiana, M. Daud Kilau |
Kerjaya
suntingSelepas memendam hasrat hampir empat tahun untuk bergelar penyanyi, akhirnya niat Syura termakbul apabila dilamar Fantasia Music City (FMC) untuk bernaung di bawah bumbung mereka. Syura menjadi penyanyi wanita kedua di bawah payung FMC selepas Siti Nordiana.[1]
Meskipun sudah bergelar penyanyi namun Syura masih memendam rasa terkilan apabila bapanya, Badron Sakimin tidak mampu melihat kelibatnya beraksi di persada dunia hiburan. Ini kerana bapanya meninggal dunia pada November 1999 kerana bapanya di antara pendorong utama Syura bergiat dalam persada seni selain ibunya dan keluarga.
Syura mula berminat menyanyi ketika berusia 10 tahun apabila banyak menyertai pertandingan nyanyian. Malah, beliau kerap menerima hadiah utama sehingga pernah penganjur pertandingan enggan menerima penyertaannya berikutan kejayaan yang sering dikecapinya. Ketika berusia hanya 14 tahun,[1] Syura pada mula tidak menyangka diterima menjadi artis di bawah FMC apabila diperkenalkan komposer terkenal yang juga pemenang Anugerah Juara Lagu, Jari yang melihat persembahannya. Lebih mengejutkan, Syura dipilih tanpa diuji bakat seperti yang dilakukan kebanyakan penyanyi sebelum ini.
Syura yang pernah bergelar juara sebanyak lima kali dalam Pertandingan Nyanyian Lagu Asli anjuran Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Johor ternyata gembira apabila album sulungnya yang berkonsepkan pop komersil, balada dan Irama Malaysia berjudul Aroma. Album ini siap sepenuhnya pada Jun 2000 dan dikeluarkan pada 1 September 2000. Menurutnya, walaupun sudah bergelar penyanyi namun ia bukan tiket untuk mengenepikan pelajaran yang dianggap penting sebagai aset pada masa hadapan. Katanya, dunia nyanyian adalah untuk memenuhi minatnya manakala pelajaran tetap menjadi keutamaan, malah jika ada sebarang tawaran pertunjukan ia akan diterima pada hujung minggu sahaja.
Sejak itu nama Syura terus meniti populariti hingga pernah digelar sebagai Noraniza Idris Junior. Syura terus digilap bakat hingga menjadi pengembang seni budaya tradisional Melayu. Pada tahun 2007, Syura meraih anugerah Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-14 menerusi album Syahda Berdendang, malahan album tersebut juga dicalonkan untuk kategori Album Terbaik.
Syura merupakan antara wakil Malaysia yang terpilih mengambil bahagian dalam D’Academy Asia musim kedua di Indonesia. Selain Syura, lima lagi peserta yang bakal mewakili Malaysia ialah Asmidar serta bekas peserta Dangdut Star, Elda Susanti, Roger, Jiwa, dan Zizi Kirana.[6] Pada tahun 2014, beliau melancarkan dua lagu baru, "Gantung" dan "Ajari Aku Cinta".[7]
Syura melancarkan single terbaharunya, "Ego" pada Oktober 2018, ia menandakan lagu pertama yang dicipta sendiri oleh beliau.[8] Namun ia menjadi kegagalan komersial.[9][10][11][12][13][14]
Pada tahun 2019, beliau menjadi salah seorang peserta kumpulan Wasap bersama Amir Raja Lawak dan Wan Gegau dalam rancangan Muzikal Lawak Superstar di Astro Warna.[15]
MasterChef Selebriti Malaysia 2
suntingSetelah sekian lama menyepi dari kaca TV, Syura kembali hadir menerusi penglibatan beliau didalam rancangan MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua yang turut menampilkan beberapa selebriti terkenal Malaysia seperti Rozita Che Wan (Che Ta), Datuk Aznil Nawawi, Norish Karman, Celina Khor dan Michael Ang. Menerusi rancangan ini, Syura berjaya menempatkan diri beliau bersama Celina sebagai finalis seterusnya muncul sebagai juara MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua.
Gegar Vaganza 2017
suntingSyura merupakan salah seorang daripada 12 peserta Gegar Vaganza musim 2017. Beliau tersingkir pada konsert minggu ketujuh.[16][17][18]
Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 4) | |||||
---|---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu tugasan | Penyanyi asal | Kedudukan | Keputusan |
Minggu 1 | Masihkah Kau Ingat | "Nazam Berkasih" | Dirinya sendiri | Ke-9 | SELAMAT |
Minggu 2 | Sekali Dengar Terus Melekat | "Ku Pendam Sebuah Duka" | Khadijah Ibrahim | Ke-4 | SELAMAT |
Minggu 3 | Berani Ke Tidak | "Knock Knock" | Elizabeth Tan | Ke-6 | SELAMAT |
Minggu 4 | Berdua Lebih Baik | "Selasih Ku Sayang" (duet bersama Bob) | Ahmad Jais & Rafeah Buang | Ke-9 | SELAMAT |
Minggu 5 | Kaum Kerabat | "Sepi Sekuntum Mawar Merah" | Ella | Ke-5 | SELAMAT |
Minggu 6 | Jangan Kata Tak Tahu | "Kau Tetap Dalam Anganku" | Azie | Ke-6 | SELAMAT |
Minggu 7 | Goyang Kaki Goyang Tangan / Runut Bunyi | Pusingan 1: "Dokter Cinta" Pusingan 2: "Cinta Antara Benua" |
Dewi Dewi Arni Nazira |
Ke-5 | TERSINGKIR |
Kehidupan peribadi
suntingSyura telah berkahwin dengan sepupunya Mohd. Fadhly Md. Yassin pada 29 Mac 2006.[19] Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani (lahir pada 2007), Nurul Qaisara Sofea (2009) dan Muhammad Irfan Aryan (2011).[1][20]
Syura telah bercerai buat pertama kali pada 29 September 2014 dan telah kembali merujuk pada 10 November tahun yang sama. Namun pada 9 Ogos 2015, mereka kembali bercerai buat kali kedua atas sebab yang tidak didedahkan.[21][22][23]
Pada Disember 2017, Syura mendedahkan bahawa beliau menderita penyakit misteri yang dijangkiti di Indonesia. Menurutnya dalam satu laporan berita: "Saya pergi ke Jakarta untuk merakamkan lagu baru, tetapi semasa dalam penerbangan di sana, saya muntah tiga kali. Pada waktu petang, saya menderita kekejangan,". Keadaan itu menyebabkan beliau hilang berat badan 12kg.[24][25] Beliau dilaporkan telah pulih sepenuhnya daripada penyakit yang dihidapinya. Menurutnya, beliau dibawa oleh rakan penyanyi, Bob Yusof untuk berubat secara tradisional bagi memulihkan dirinya yang sering berdepan dengan mimpi pelik.[26]
Diskografi
suntingAlbum studio
suntingTajuk | Butiran album |
---|---|
Aroma |
|
Aruda |
|
Balaghah |
|
Syahda Berdendang |
|
Khazanah Pujangga |
|
Simbolik Cinta |
|
Album duet
suntingTajuk | Butiran album |
---|---|
Firus (bersama Siti Nordiana) |
|
Senandung Melayu (bersama M. Daud Kilau) |
|
Single
suntingTahun | Judul Lagu | Kedudukan tertinggi carta | Album | ||
---|---|---|---|---|---|
Era | Muzik.fm | Muzik-muzik | |||
2000 | "Kasih Tidak Terjamah" | — | — | 9 | Aroma |
"Rindu Ini Kesakitan" | — | — | — | ||
2001 | "Jiwa Tersiksa Menahan Rindu" | — | — | — | |
"Persoalan Yang Kau Tinggalkan" | — | — | — | ||
"Bakawali" duet bersama Siti Nordiana |
— | — | 2 | Firus | |
"Habibah Maisara" duet bersama Siti Nordiana |
— | — | — | ||
"Ghazal Bulan Di Riba" duet bersama Siti Nordiana |
— | — | — | ||
"Tersimpul Hatiku" | — | — | — | Pilihan Bestari Patrick Khamis | |
"Keronchong Bila Cinta Didusta" duet bersama Amy Grand |
— | — | — | ||
2002 | "Tenung-tenung Renung-renung" duet bersama M. Daud Kilau |
— | — | 10 | Senandung Melayu |
"Dendang Pusaka" duet bersama M. Daud Kilau |
— | — | 10 | ||
"Joget Burung Merpati" duet bersama M. Daud Kilau |
— | — | |||
2003 | "Usah Kau Pergi" | — | — | 15 | Aruda |
"Kau dan Aku" | — | — | 1 | ||
"Nafas Pesona" | — | — | — | ||
2004 | "Nazam Berkasih" | — | — | 9 | Balaghah |
2005 | "Ghazal Perindu" duet bersama Jay Jay |
— | — | 9 | |
"Istana Nursuci" | — | — | — | ||
"Habib Ya Habib" | — | — | — | ||
"Rembulan Merah" | — | — | — | ||
2006 | "Joget Gadis Melayu" | — | — | 8 | Syahda Berdendang |
"Candak" | — | — | 6 | ||
2007 | "Mahligai Mawar" duet bersama Siti Nordiana |
— | — | — | |
"Syurga Perindu" | — | — | 18 | ||
"Dejavu" | — | — | 18 | Khazanah Pujangga | |
2008 | "Mendung" | — | — | — | |
"Pujangga Merindu" | — | — | 11 | ||
2014 | "Ajari Aku Cinta" | — | — | — | Simbolik Cinta |
"Gantung" | — | — | — | ||
2018 | "Ego" | — | — | — | Ego (Single) |
Filemografi
suntingTelevisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Sepahtu Reunion Al-Puasa | Julie | Astro Warna | Artis Jemputan: Episod "Along Boleh Tolong" |
2019 | Muzikal Lawak Superstar | Peserta | Kumpulan Wasap | |
Sepahtu Reunion Live | Sri | Artis Jemputan: Episod "Sri Mersing The Return" | ||
2020 | Sepahtu Reunion Al-Raya | Afifah | Artis Jemputan: Episod "Ratapan Si Yatim Piatu" | |
2021 | Sepahtu Reunion Al-Puasa | Fasha | Artis Jemputan: Episod "Kaca Atau Permata" |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2001 | Anugerah Era 2001 | Lagu Etnik / Global Pilihan Terbaik | Bakawali , Duet Bersama Siti Nordiana | Tercalon |
2001 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 | Artis Baru Wanita Popular | Syura | Tercalon |
Anugerah Industri Muzik ke-9 | Album Pop Etnik Terbaik | Syura & Siti Nordiana, Firus | Tercalon | |
2002 | Anugerah Industri Muzik ke-10 | Album Pop Etnik Terbaik | Syura & M. Daud Kilau, Senandung Melayu | Tercalon |
Anugerah Juara Lagu ke-17 | Etnik Kreatif | Tenung Tenung Renung Renung, Senandung Melayu | Tercalon | |
2004 | Anugerah Industri Muzik ke-12 | Album Pop Etnik Terbaik | Syura, Balaghah | Tercalon |
Anugerah Juara Lagu ke-19 | Etnik Kreatif | Nazam Berkasih, Balaghah | Tercalon | |
2005 | Anugerah Era 2005 | Lagu Etnik / Global Pilihan Terbaik | Nazam Berkasih, Balaghah | Tercalon |
2006 | Anugerah Industri Muzik ke-14 | Album Terbaik | Syura, Syahda Berdendang | Tercalon |
Album Pop Etnik Terbaik | Menang | |||
Anugerah Juara Lagu ke-21[a] | Etnik Kreatif | Candak, Syahda Berdendang | Tercalon | |
2008 | Anugerah Industri Muzik ke-16 | Album Pop Etnik Terbaik | Syura, Khazanah Pujangga | Tercalon |
Catatan
sunting- ^ Pada AJL 21, Syura tidak dapat membuat persembahan atas masalah kesihatan, dan beliau digantikan oleh Siti Nordiana.
Rujukan
sunting- ^ a b c d e Zaidi Mohamad (18 Januari 2016). "Syura terkenang zaman dilabel penyanyi kampung". Berita Harian. Dicapai pada 17 Julai 2016.
- ^ Syarridzuan Abdul Rashid (12 Disember 2017). "Orang seram tengok saya: Syura". Berita Harian. Dicapai pada 17 Julai 2018.
- ^ Norhayati Nordin (28 Disember 2019). "Syura berdepan laluan sukar untuk kemunculan semula". Harian Metro. Dicapai pada 17 Julai 2020.
- ^ Norhayati Nordin (19 Februari 2018). "Syura keluar zon selesa". Harian Metro. Dicapai pada 17 Julai 2018.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (15 Oktober 2018). "Serius kembangkan bakat". Harian Metro. Dicapai pada 17 Julai 2019.
- ^ Georgie Joseph (19 September 2016). "Syura galas tugas berat". Harian Metro. Dicapai pada 17 Julai 2020.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (18 Disember 2014). "Syura kecewa". Harian Metro. Dicapai pada 17 Julai 2015.
- ^ Amirul Haswendy Ashari (18 Julai 2018). "Syura cuba cipta lagu sendiri". Harian Metro. Dicapai pada 17 Julai 2019.
- ^ Dennis Chua (8 Oktober 2018). "#Showbiz: Syura hurt new song labelled 'lagu bodoh'". New Straits Times. Dicapai pada 17 Julai 2019.
- ^ Norhayati Nordin (2 Januari 2020). "Syura nyanyi lagu bodoh katanya..." Harian Metro. Dicapai pada 17 Julai 2020.
- ^ Feride Hikmet Atak (18 Oktober 2018). "Apa sebenarnya mereka mahu? - Syura". Berita Harian. Dicapai pada 17 Julai 2019.
- ^ Amri Hassan (8 Oktober 2018). ""Tak Suka Tak Ada Masalah!" - Netizen Hencap Syura, Gelar Single Barunya Lagu Bodoh". Astro Gempak. Dicapai pada 17 Julai 2019.
- ^ Amri Hassan (21 Oktober 2018). "Syura atasi kecewa, serba salah dengan 'Ego'". Berita Harian Singapura. Dicapai pada 17 Julai 2019.
Meskipun kecewa dengan sambutan bagi dua single sebelum ini, Syura berusaha mempertingkatkan mutu vokal malah keluar dari zon selesa bagi mencipta lagu dan menulis lirik sendiri buat single terkini 'Ego'.
- ^ Khaleeda Rashikin (5 Oktober 2018). ""Artis bukan badut..." - Jawab Syura bila single baru dikata 'lagu bodoh'". Media Hiburan. Dicapai pada 17 Julai 2019.
- ^ Norhayati Nordin (2 Januari 2020). "Fokus mantapkan kerjaya seni". Harian Metro. Dicapai pada 17 Julai 2020.
- ^ Farhana Ab Rahman (11 Disember 2017). "Syura gagal ke final GV4". Berita Harian. Dicapai pada 17 Julai 2018.
- ^ Nor Akmar Samudin (13 Disember 2017). "'Rasa ralat sangat'". Harian Metro. Dicapai pada 17 Julai 2018.
- ^ Norhayati Nordin (26 November 2017). "Syura risau ada yang dengki". Harian Metro. Dicapai pada 17 Julai 2018.
- ^ Niezam Abdullah (31 Disember 2006). "Redup suram dan tawa ria 2006". Utusan Online. Dicapai pada 18 Oktober 2012.
- ^ Norhayati Nordin (25 Mac 2020). "Masa erat kasih sayang". Berita Harian. Dicapai pada 17 Julai 2020.
- ^ Mohd Al-Qayum Azizi (18 Januari 2016). "Masih sayangkan bekas isteri, bekas suami dedah Syura desak diceraikan". mStar Online. Dicapai pada 17 Julai 2016.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (2 Mac 2020). "Lelaki kenalah bertanggungjawab: Syura". Berita Harian. Dicapai pada 17 Julai 2020.
- ^ Zaidi Mohamad (13 Januari 2016). "Syura mengaku cerai talak dua". Berita Harian. Dicapai pada 17 Julai 2017.
- ^ Dennis Chua (11 Disember 2017). "(Showbiz) Syura lost 12 kg due to mystery illness". New Straits Times. Dicapai pada 17 Julai 2018.
- ^ Georgie Joseph (11 Disember 2017). "Syura hidap penyakit misteri". Harian Metro. Dicapai pada 17 Julai 2018.
- ^ "'Bob bawa saya berubat tradisional' - Syura pulih daripada penyakit misteri". Astro Awani. 30 Mei 2018. Dicapai pada 17 Julai 2018.