Anjing pemburu bau gunung Bavaria

baka anjing dari Jerman
(Dilencongkan dari Anjing pemburu gunung Bavaria)

Anjing pemburu bau gunung Bavaria, anjing pemburu bau gunung Bayern, anjing pemburu gunung Bavaria, atau anjing pemburu gunung Bayern[a] ialah satu baka anjing dari Jerman. Sebagai anjing pemburu bau, ia telah digunakan di Jerman sejak awal abad ke-20 untuk menjejak buruan terluka.

Anjing pemburu bau gunung Bavaria
Nama lainAnjing pemburu bau gunung Bayern
Anjing pemburu gunung Bavaria
Anjing pemburu gunung Bayern
Negara asalJerman
Trait
Tinggi Jantan 47–52 cm (19–20 in)
Betina 44–48 cm (17–19 in)
Bulu pendek, padat, atau mirip dawai
Warna merah rusa, sawo matang, perang kekuning-kuningan, perang berangan, kepala/muka/telinga hitam
Anjing (Canis lupus familiaris)

Perihal

sunting

Kepala anjing pemburu gunung Bavaria adalah kuat dan memanjang. Tengkoraknya agak lebar dan sedikit berkubah. Ia mempunyai stop jelas dan batang hidung sedikit melengkung. Muncungnya patut lebar dengan rahang padu, dan bibirnya patut sepenuhnya melitupi mulut. Hidungnya hitam atau merah gelap dengan lubang hidung lebar. Telinganya terletak tinggi-tinggi dan sederhana panjang. Telinganya lebih lebar di dasar dan membulat di hujung dan jelas tergantung di sisi kepala. Tubuhnya lebih panjang sedikit daripada tingginya dan sedikit terangkat di punggung. Lehernya sederhana panjang, kuat, dengan sedikit gelambir. Garis atasnya menyerong sedikit ke atas dari kelasa ke sukuan belakang. Dadanya terbentuk dengan baik, panjang, sederhana lebar, dan menurun dengan baik dengan sedikit lipatan. Ia mempunyai krup panjang dan agak lurus dan belakang padu. Ekornya pula terletak tinggi-tinggi, sederhana panjang, dan tergantung ke paras keting, terangkat separas dengan tanah atau tergantung ke bawah.[perlu rujukan]

Anjing pemburu bau gunung Bavaria ialah anjing bersaiz sederhana yang biasanya berukuran seberat 20–30 kg (44–66 lb). Jantan adalah setinggi 47–52 cm (18.5–20.5 in), sementara betina pula adalah setinggi 44–48 cm (17.5–19 in).[1][2]

Lapis bulunya pendek, tebal, dan licau, terbentang rapat-rapat dengan tubuh, dan sederhana kasar. Lapis bulunya lebih halus pada kepala dan telinga, lebih kasar dan lebih panjang pada abdomen, tungkai, dan ekor. Lapis bulunya terdapat dengan cahaya warna perang kekuning-kuningan bertopeng hitam, merah, atau brindle, kadang-kadang dengan tanda putih pada dada.[3][4][5]

Perangai

sunting

Anjing pemburu gunung Bavaria adalah tenang, yakin, dan sangat rapat dengan keluarganya tetapi menyendiri terhadap orang asing. Apabila berburu, ia berkeras, tekun, dan bersungguh-sungguh.[6] Ia tidak kerap terlihat sebagai anjing peliharaan; kebanyakannya masih digunakan sebagai pemburu dan penjejak.[7]

Kesihatan

sunting

Sebuah kajian tahun 2009 mendapati pekali pembiakbakaan dalam sebanyak 4.5% dalam kalangan anjing berdaftar pada antara tahun 1992 dengan tahun 2004, iaitu angka paling rendah antara tiga baka anjing pemburu bau yang dikaji.[8]

Sejarah

sunting

Anjing gunung Bavaria dikembangkan pada abad ke-19 melalui pembiakbakaan silang antara anjing pemburu Hanover dengan anjing pemburu Tirol dan anjing pemburu lain.[3] Hasilnya ialah anjing pemburu yang unggul untuk kerja di pergunungan, yang lebih kecil dan lebih tangkas di rupa bumi gunung putus-putus.[6][7] Anjing gunung Bavaria mengkhusus dalam penjejakan buruan besar terluka seperti rusa dengan mengikuti jejak darah yang ditumpahkan oleh mangsa selepas ditembak.[9][3]

Pada tahun 1912, Klub für Bayrische Gebirgsschweißhunde ("Kelab untuk Anjing Pemburu Bau Gunung Bavaria") ditubuhkan di München.[1][2] Selepas itu, baka ini memperoleh kepopularan di Austria dan di Hungary.[9]

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو باءو ݢونوڠ باۏاريا; انجيڠ ڤمبورو باءو ݢونوڠ باييرن; انجيڠ ڤمبورو ݢونوڠ باۏاريا; انجيڠ ڤمبورو ݢونوڠ باييرن; Jerman: bayerischer Gebirgsschweißhund; bahasa Inggeris: Bavarian mountain scent hound; Bavarian mountain scenthound; Bavarian mountain hound

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "FCI - Standard Nr. 217 BAYERISCHER GEBIRGSSCHWEISSHUND" [Piawaian FCI No. 217 Anjing Pemburu Bau Gunung Bavaria] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 22 September 2017. Dicapai pada 13 April 2024.
  2. ^ a b "FCI-Standard N° 217 BAYERISCHER GEBIRGSSCHWEISSHUND (Bavarian Mountain Scent Hound)" [Piawaian FCI No. 217 Anjing Pemburu Bau Gunung Bavaria] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Chris Seidler. Dipinda oleh Christina Bailey. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 22 September 2017. Dicapai pada 13 April 2024.CS1 maint: others (link)
  3. ^ a b c Morris, Desmond (2001). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. ISBN 978-1-57076-219-2.
  4. ^ Fogle, Bruce (1995). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. cetakan semula). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 978-0-78940-149-6.
  5. ^ "Breed Standards : Bavarian Mountain Hound | United Kennel Club (UKC)" [Piawaian Baka: Anjing Pemburu Gunung Bavaria | United Kennel Club (UKC)]. United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 April 2024.
  6. ^ a b Alderton, David; Morgan, Tracy (2002). Dogs: Smithsonian Handbooks [Anjing: Buku Panduan Smithsonian] (dalam bahasa Inggeris) (ed. semakan). DK Publishing. m/s. 37. ISBN 978-0-7894-8981-4.
  7. ^ a b Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (Mac 1990). The Atlas of Dog Breeds of the World [Atlas Baka Anjing di Dunia] (dalam bahasa Inggeris) (ed. semakan ke-2). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 978-0-86622-899-2.
  8. ^ Voges, S.; Distl, Ottmar (16 September 2009). "Inbreeding trends and pedigree analysis of Bavarian mountain hounds, Hanoverian hounds and Tyrolean hounds" [Trend pembiakbakaan dalam dan analisis pedigri bagi anjing pemburu bau gunung Bavaria, anjing pemburu bau Hanover, dan anjing pemburu Tirol]. Journal of Animal Breeding and Genetics (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 126 (5): 357–365. doi:10.1111/j.1439-0388.2009.00800.x. ISSN 1439-0388. PMID 19765162. S2CID 20820229.
  9. ^ a b "Hunderasse: Bayrischer Gebirgsschweißhund" [Baka Anjing: Anjing Pemburu Bau Gunung Bavaria] (dalam bahasa Jerman).