Anjing pemburu Hamilton
Anjing pemburu Hamilton[b] ialah satu baka anjing pemburu bau yang pada asalnya dikembangkan oleh pengasas Kelab Kenel Sweden, Count Adolf Hamilton. Leluhurnya menyertakan beberapa ekor anjing pemburu Jerman serta anjing pemburu rubah Inggeris dan harrier. Baka ini diiktiraf oleh Kelab Kenel Sweden, Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI), dan Khidmat Ternakan Asasi American Kennel Club.
Nama lain | Anjing pemburu rubah Sweden Foxhound Sweden[a] | ||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Hamilton | ||||||||||||||||||
Negara asal | Sweden | ||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Penampilan
suntingCiri
suntingAnjing pemburu Hamilton ialah anjing bersaiz sederhana dengan bingkai cukup seimbang dan berotot. Ia mempunyai lapis bulu pendek dan padat yang triwarna, biasanya menampilkan gabungan tanda hitam, sawo matang, dan putih. Penampilan distingtif baka ini, sekali dengan gaya jalan anggunnya, mencerminkan kedua-dua keupayaan fungsi dan daya tarikan estetiknya.[1][2] Anjing jantan patut setinggi 53–61 sentimeter (21–24 in) dan betina setinggi 49–57 sentimeter (19–22 in).[1] Ia pada umumnya berukuran seberat 23–27 kilogram (51–60 lb).[3]
Perangai
suntingAnjing pemburu Hamilton, yang terkenal kerana deria bau tajam dan kemahiran perburuannya, dibiakbakakan untuk memburu kelinci dan rubah,[4] terutamanya dalam menjejak bau bersendirian[5] di pelbagai rupa bumi Sweden, termasuk hutan tebal, padang terbuka, atau gunung berceranggah.[perlu rujukan] Deria bau tajam anjing pemburu Hamilton membolehkannya menjadi cemerlang dalam kebanyakan tugas perburuan; walau bagaimanapun, ia telah dibiakbakakan untuk enggan menjejak rusa.[6]
Anjing pemburu Hamilton ramah dan mempunyai sifat suka bergaul. Walaupun ia mempunyai naluri perburuan kuat, ia juga merupakan teman setia dan penyayang. Baka ini cenderung untuk menjalin ikatan kuat dengan anggota keluarganya dan pada umumnya baik dengan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, baka ini dapat menjadi degil dan sosialisasi dan pelatihan awal adalah penting untuk memastikan bahawa naluri perburuan anjing disalurkan dengan betul.[6][7]
Sejarah
suntingPenggunaan anjing pemburu bau di Sweden bertarikh kembali sekurang-kurangnya ke tahun 1500-an apabila anjing Eropah Timur disangkakan dibawa ke Skandinavia. Terdapat sedikit perselisihan pendapat tentang leluhur anjing pemburu Hamilton dan pelbagai pihak berkuasa telah mencadangkan anjing pemburu asli Sweden, anjing pemburu Switzerland dan Jerman seperti anjing pemburu Holstein atau anjing pemburu Hanover, anjing pemburu Kurzeme Latvia yang kini pupus, anjing pemburu rubah Inggeris, dan harrier.[5][3] Pada lewat abad ke-19, Count Adolf Patrick Hamilton, seorang pegawai berkuda Sweden dan presiden pertama Kelab Kenel Sweden, mendedikasikan usaha beliau untuk mengembangkan baka yang cemerlang dalam perburuan dan penjejakan dan, dalam pertunjukan anjing tahun 1886, beliau mempersembahkan dua ekor anjing yang kemudian dianggap sebagai anjing pemburu Hamilton pertama.[1][5][8] Hasilnya ialah anjing dengan binaan teguh yang sangat sesuai untuk pandu arah pelbagai rupa bumi di kawasan desa Sweden.[3][9] Walaupun sebagai anjing pemburu popular di Sweden, baka ini jarang di luar Skandinavia.[3] Baka ini, yang pada asalnya hanya dipanggil anjing pemburu Sweden, seperti anjing pemburu Schiller dan anjing pemburu Hygen, kemudiannya dinamai semula anjing pemburu Hamilton sempena penciptanya pada tahun 1921 apabila ia diiktiraf oleh Kelab Kenel Sweden pada tahun 1921.[8][1] Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) mengiktiraf anjing pemburu Hamilton pada tahun 1955 dan baka ini kini merupakan sebahagian daripada Khidmat Ternakan Asasi American Kennel Club.[1][10][11]
Budaya popular
suntingMenurut cerita rakyat Sweden, bunian Tomten dibantu oleh seekor anjing pemburu Hamilton bernama Karo.[3]
Lihat juga
suntingCatatan
sunting- ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو روبه سوءيدن; فوکسهاءون سوءيدن ; bahasa Inggeris: Swedish foxhound
- ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو هاميلتون ; Svensk: hamiltonstövare ; bahasa Inggeris: Hamilton hound
Rujukan
sunting- ^ a b c d e "FCI-Standard N° 132 HAMILTONSTÖVARE" [Piawaian FCI No. 132 Anjing Pemburu Hamilton] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Sporre-Willes, Renée. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 2 Oktober 2017. Dicapai pada 12 Mac 2024.
- ^ Mason, Walter Esplin (1915). Dogs of All Nations [Anjing dari Semua Bangsa] (dalam bahasa Inggeris). San Francisco, California, Amerika Syarikat: H. Judd. m/s. 92. OCLC 1148609.
- ^ a b c d e Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1993). The Atlas of Dog Breeds of the World [Atlas Baka Anjing di Dunia] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 487. ISBN 9780866225519. OCLC 29808679.
- ^ Jansson, Mija; Laikre, Linda (12 September 2018). Janke, Axel (penyunting). "Pedigree data indicate rapid inbreeding and loss of genetic diversity within populations of native, traditional dog breeds of conservation concern" [Data pedigri menunjukkan pembiakbakaan dalam cepat dan kehilangan kepelbagaian genetik dalam populasi baka anjing tradisional asli yang dalam kebimbangan pemuliharaan]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 13 (9): e0202849. Bibcode:2018PLoSO..1302849J. doi:10.1371/journal.pone.0202849. ISSN 1932-6203. PMC 6135370. PMID 30208042. S2CID 52194695.
- ^ a b c Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 102–103, 107. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
- ^ a b "About Hamiltonstovare" [Tentang Anjing Pemburu Hamilton]. Hamiltonstovare Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Mac 2024.
- ^ Morris, Seren (28 Februari 2021). "The 24 Least Obedient Mid-Size Dog Breeds" [24 Baka Anjing Bersaiz Sederhana Paling Kurang Patuh]. Newsweek (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Mac 2024.
- ^ a b Hörter, Ria (2013). "Count Adolf Patrik Hamilton and the Hamiltonstövare". Masterminds (PDF). Dogs Magazine (dalam bahasa Inggeris). m/s. 218–224.
- ^ "Hamiltonstövare Facts - Wisdom Panel™ Dog Breeds" [Fakta Anjing Pemburu Hamilton - Baka Anjing Wisdom Panel™]. Wisdom Panel™ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Mac 2024.
- ^ "Hamiltonstovare - Dog Breed Information" [Anjing Pemburu Hamilton - Maklumat Baka anjing]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Mac 2024.
- ^ "FCI breeds nomenclature: HAMILTONSTÖVARE (132)" [Tatanama baka FCI: ANJING PEMBURU HAMILTON (132)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 12 Mac 2024.