Anjing Chod

baka anjing dari Republik Czech
(Dilencongkan daripada Anjing Gembala Bohemia)

Anjing Chod,[a] anjing gembala Bohemia,[b] atau anjing gembala Czech[c] ialah anjing gembala biri-biri purba dan anjing pengawal yang berasal dari tempat yang kini Republik Czech. Sejak tahun 2019, anjing gembala Bohemia diiktiraf secara sementara oleh FCI dan Khidmat Ternakan Asasi AKC.[1][2][3]

Anjing Chod
Anjing gembala Bohemia
Nama lainAnjing gembala Bohemia
Anjing gembala Czech
Negara asalRepublik Czech
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah

sunting

Anjing gembala Bohemia ialah anjing gembala dan anjing pengawal yang peribumi di rantau Chod (sekitar Domažlice) di Bohemia barat daya.[4][5] Babad yang ditulis semasa pemerintahan Břetislav I menunjukkan bahawa orang Chod diketahui ditemani oleh anjing amat setia.[6] Semasa pemerintahan Raja Ottokar II (1253–1278), Kerajaan Bohemia merekrut orang Chod dari enklaf-enklaf etnik di dalam rantau Pergunungan Karpatos barat dekat dengan sempadan Slovakia, Poland, dan Ukraine barat daya zaman kini. Komuniti-komuniti ini ditempatkan semula untuk berkhidmat sebagai peronda sempadan di sepanjang sempadan di antara Bohemia dengan Bavaria.[5] Tidak ada pengetahuan sama ada ini merupakan anjing sama yang menemani orang Chod semasa penempatan semula atau jika baka ini dikembangkan tidak lama kemudian; walau bagaimanapun, lukisan zaman menunjukkan bahawa ia merupakan anjing gembala kecil berbulu panjang dengan telinga mencucuk.[6] Baka ini secepatnya menjadi sangat penting kepada orang Chod kerana ia membantu mereka dalam rondaan sempadan serta menggembala dan menjejaki buruan.[7] Menjelang tahun 1325, Raja Bohemia, Jan Lucemburský, mengakui, sebagai syarat penempatan semula dan perlindungan sempadan, bahawa leluhur orang Chod dikurniai keistimewaan penting yang membezakan mereka daripada rakyat lain, termasuk hak untuk memiliki anjing besar yang dilarang kepada petani biasa Bohemia.[4][5]

Anjing gembala Bohemia kemudian terus dikaitkan dengan orang Chod walaupun selepas perjanjian mereka dengan Kerajaan Bohemia diisytiharkan terbatal pada tahun 1695. J.A. Gabriel, yang menulis tentang orang Chod pada tahun 1864, memerihalkan orang tempatan sebagai "Psohlavci" ("kepala anjing") kerana panji mereka menampilkan siluet anjing gembala Bohemia dengan lapis bulu lebih panjang di leher.[8] Alois Jirásek, yang menulis dalam novel tahun 1884 "Psohlavci" mengenai pemberontakan orang Chod pada tahun 1695, menggunakan seekor anjing gembala Bohemia sebagai lambang panji untuk mereka.[4] Penulis Jindřich Šimon Baar menulis tentang "anjing Chod" dari rantau Hutan Bohemia pada tahun 1923, dengan menggambarkannya sebagai "anjing seimbang dan kuat yang digunakan untuk menjaga dan melindungi dan mengumpulkan lembu".[8]

Selepas Perang Dunia Kedua, baka ini hampir lenyap. Sekumpulan kecil penggemar mengemukakan cadangan pada tahun 1948 untuk mendapatkan pengiktirafan anjing Chod daripada FCI; walau bagaimanapun, terdapat sesetengah perselisihan pendapat mengenai piawaian baka dan usaha tidak lama kemudian diketepikan.[7][9]

Pada tahun 1984, hakim antarabangsa FCI Jan Findejs dan pakar kinologi Vilém Kurz bekerjasama untuk mengasaskan anjing gembala Bohemia semula. Iklan diletakkan dalam surat khabar Czech tempatan untuk mencari anjing gembala Bohemia dengan segelintir pemilik yang menampilkan diri. Anjing ditaksir dan dibandingkan dengan dokumen, bahan bertulis, dan lukisan zaman terpelihara. Matlamat utama adalah untuk menternak anjing sihat dengan perangai baik. Pada tahun 1985, perinduk pertama lahir dalam program ini.[7] Pada tahun 2000, buku pembaka ditutup kepada anjing yang tidak berdaftar sebelum ini. Setakat tahun 2019, terdapat sekitar 7,300 ekor anjing gembala Bohemia berdaftar.[9]

Walaupun penampilan mereka sedemikian, tiada bukti yang menunjukkan bahawa ia berkaitan dengan anjing gembala Jerman.[4]

Pengenalan ke Amerika Utara

sunting

Di Amerika Utara, kelab mengasaskan piawaian dengan objektif untuk memulakan program pembiakbakaan di Amerika Utara yang dikhususkan untuk amalan terbaik untuk takungan gen sihat dan pelbagai. Pada tahun 2022, salah seorang anggota pengasas kelab dan pemilik empat ekor anjing gembala Bohemia menjadi yang pertama di Amerika Utara yang membiakbakakan dan menyambut kelahiran anak anjing gembala Bohemia di Amerika Syarikat. Enam ekor jantan dan seekor betina dilahirkan di Illinois. Setakat tahun 2023, kira-kira 100 ekor anjing gembala Bohemia dianggarkan berada di Amerika Utara.[10]

 
Perinduk pertama di Illinois

Perihal

sunting

Penampilan

sunting
 
Anjing gembala Bohemia

Anjing gembala Bohemia ialah anjing bersaiz sederhana dan berbentuk segi empat tepat yang berdiri setinggi 48–55 sentimeter (19–22 in) pada paras kelasa dan berukuran kira-kira seberat 15–25 kg (33–55 lb). Bulu yang panjang dan tebal dan lapis bulu bawah kaya membolehkannya bertahan dalam cuaca teruk.[7] Warna bulu yang diingini ialah "hitam dan sawo matang".[9] Tubuhnya padat dan berperkadaran baik dengan telinga terletak tinggi-tinggi, kecil, runcing, dan tegak dan garis leher panjang dan anggun. Gaya jalan gemalai, ringan, dan tidak tergesa-gesa ialah salah satu ciri tipikal baka ini.[11]

Perangai

sunting

Anjing gembala Bohemia ialah anjing cergas dan pantas yang hebat sebagai anjing sukan dan anjing peliharaan keluarga serba ada.[7][9] Dengan pembelajaran pantas dan kemudahlatihan, anjing gembala Bohemia mudah terikat dengan kanak-kanak dan haiwan peliharaan lain. Baka ini tangkas dan mempunyai deria bau tajam yang menjadikannya anjing pencarian dan penyelamatan mahir atau teman hebat untuk orang kurang upaya dan anjing pemerhati cemerlang. Baka ini mempunyai perangai stabil, tenang, dan ramah yang membolehkannya menjadi baik dengan pemilik, keluarganya, dan terutamanya dengan kanak-kanak.[11]

Kesihatan

sunting

Anjing gembala Bohemia pada umumnya dianggap sebagai baka sihat dengan sedikit penyakit keturunan, sebahagiannya kerana garis panduan ketat yang diasaskan pada tahun 1990-an oleh kelab baka Czech.[7] Purata jangka hayat ialah 12–14 tahun.[9]

sunting
 
Lencana pengakap Czech

Siluet anjing gembala Bohemia digunakan pada lencana pertubuhan pengakap Czech Junák.[12]

Patung anjing terbesar ialah patung anjing gembala Bohemia yang direka bentuk oleh Michal Olšiak dekat dengan kampung Újezd di Wilayah Plzeň. Patung itu berukuran hampir setinggi empat meter dan sepanjang lapan meter.[13]

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: انجيڠ خود; Czech: chodský pes
  2. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا بوهيميا; bahasa Inggeris: Bohemian shepherd dog; Bohemian shepherd
  3. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا چيک; bahasa Inggeris: Czech sheepdog

Rujukan

sunting
  1. ^ "FCI breeds nomenclature: CHODSKY PES (364)" [Tatanama baka FCI: ANJING CHOD (364)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 16 Januari 2024.
  2. ^ "FCI-Standard N° 364 CHODSKÝ PES (Bohemian Shepherd Dog)" [Piawaian FCI No. 364 Anjing Chod (Anjing Gembala Bohemia)] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Králové, Hradec. Disemak oleh Renée Sporre-Willes. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 7 Mei 2019. Dicapai pada 16 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  3. ^ "Bohemian Shepherd" [Anjing Gembala Bohemia] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 16 Januari 2024.
  4. ^ a b c d "Historie plemene a chovu" [Sejarah baka dan pembiakbakaan] (dalam bahasa Czech). Kelab Sahabat Anjing Chod. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  5. ^ a b c Hignett, Kelly (5 Julai 2009). "A History of the Chodove People" (dalam bahasa en). From Borderland to Backcountry: Frontier Communities in Comparative Perspective. https://thevieweast.wordpress.com/2009/07/20/from-borderland-to-backcountry-conference-paperspendin/. Diperolehi 18 Januari 2025.
  6. ^ a b Panýrková, Iveta (17 November 2016). "Strážce českých lesů" [Penjaga hutan Czech] (dalam bahasa Czech). eCanis.cz. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  7. ^ a b c d e f Guy, Yossi (5 Februari 2022). "Bohemian Rhapsody" (dalam bahasa Inggeris). Dog News. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  8. ^ a b Kudrnáčová, Jana (29 Ogos 2022). "Chodsky Pes, Bohemian Shepherd" [Anjing Chod, Anjing Gembala Bohemia] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 16 Januari 2024.
  9. ^ a b c d e Kudrnáčová, Jana (5 Mac 2019). "Všestranný pohodář – to je chodský pes!" [Serba guna – itulah anjing Chod!] (dalam bahasa Czech). eCanis.cz. Dicapai pada 16 Januari 2024.
  10. ^ "From Dream to Reality" [Daripada Impian hingga Kenyataan] (dalam bahasa Inggeris). SchubertUS Kennel Bohemian Dogs In America. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  11. ^ a b "Standard chodského psa" [Piawaian Anjing Chod] (dalam bahasa Czech). Kelab Sahabat Anjing Chod. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  12. ^ "Scout's Honor/the Bohemian Shepherd" [Sumpah Pengakap/anjing gembala Bohemia] (dalam bahasa Inggeris). National Purebred Dog Day. 21 Februari 2021. Dicapai pada 15 Jun 2024.
  13. ^ Dobrovolná, Kateřina (15 Mac 2021). "Největší sochu psa najdete na vrchu Hrádek na Domažlicku. Obdivovat ji můžete zvenku i zevnitř" [Anda boleh temukan patung anjing terbesar di bukit Hrádek di Domažlice. Anda boleh kaguminya di dalam dan di luar] (dalam bahasa Czech). Český rozhlas. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2024. Dicapai pada 1 Februari 2024.