Kelainan upaya, kehilangan upaya, kurang upaya atau ketakdayaan merupakan suatu keadaan yang dianggap mengurangkan fungsi atau keupayaan seseorang jika dibandingkan dengan ukuran biasa masyarakat. Istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada fungsi individu seperti kelemahan fizikal, deria, kognitif, intelektual atau kesihatan mental. Penggunaan ini dikaitkan dengan model ketakupayaan perubatan, dan bukan model ketakupayan sosial atau hak asasi manusia. Kehilangan upaya ini boleh terjadi sejak lahir atau kemudiannya. Individu yang mengalami keadaan ini digelar Orang Kelainan Upaya (OKU), atau lebih kontroversi, orang cacat atau terencat. Sesetengah orang pula menggunakan istilah orang istimewa.

Simbol antarabangsa untuk mudah disampai

Definisi

sunting
 
Tempat penjagaan anak-anak kehilangan upaya di Johor, Malaysia.

Kelainan upaya adalah istilah yang meliputi gangguan, keterbatasan kegiatan, dan pembatasan penglibatan. Gangguan adalah sebuah masalah pada fungsi tubuh atau strukturnya; suatu pembatasan kegiatan adalah kesulitan yang dihadapi oleh individu dalam melaksanakan suatu tugas atau tindakan, sedangkan halangan penglibatan merupakan masalah yang dialami oleh individu dalam keterlibatan dalam situasi kehidupan. Kelainan upaya ini difahamkan sebagai sebuah fenomena yang kompleks, yang mencerminkan interaksi antara ciri dari tubuh seseorang dan ciri dari masyarakat tempat tinggal individu tersebut.[1]

Orang Kurang Upaya ialah orang yang mempunyai kelainan fizikal dan/atau mental, yang dapat mengganggu atau merupakan rintangan dan hambatan baginya untuk melakukan kegiatan secara normal. Ketidakupayaan tersebut boleh datang secara:

  1. fizikal;
  2. mental; serta
  3. kedua-duanya.[2]

Ketidakupayaan tak tampak

sunting

Satu jenis kehilangan upaya ialah masalah-masalah ketidakupayaan yang tak tampak atau fizikal, lazimnya merujuk kepada penyakit-penyakit kronik yang menghambat kehidupan seharian, ketidakupayaan tak tampak dilihat boleh menghalang usaha seseorang untuk pergi ke sekolah, bekerja, dan bersosial. Beberapa contoh ketidakupayaan jenis ini yang dikelaskan termasuk ketidakupayaan intelek, gangguan spektrum autisme, gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif, gangguan mental, asma, sawan, alahan, migrain, artritis, dan sindrom keletihan kronik.[3]

Polisi mengikut negara

sunting

Di Malaysia

sunting

Orang Kurang Upaya (OKU) ditakrifkan sebagai individu "yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat." (AKTA OKU 2008).

Di Indonesia

sunting

Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 4 Tahun 1997 mengenai orang berkelainan upaya ("Penyandang Cacat") diwujudkan bertujuan untuk:

  • usaha peningkatan kesejahteraan sosial golongan cacat berlandaskan kepada fahaman Pancasila Republik dan Undang-Undang Dasar 1945.[4]
  • setiap golongan ini mempunyai peluang yang sama dalam segala aspek kehidupan dan penghidupan.[5]

Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia menilai Undang-Undang Nomor 4 Tahun 1997 tentang Penyandang Cacat (difabel) sudah tidak sesuai dengan paradigma terkini mengenai keperluan penyandang disabilitas dan merancang suatu rang undang-undang inisiatif DPR yang disasarkan terhadap golongan ini.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ (Inggeris) World Health Organization - Disabilities
  2. ^ (Indonesia) Halaman resmi BPKP - Unduhan UU RI No.4 Tahun 1997
  3. ^ "Invisible Disabilities: List & Information" (PDF). Disabled World. 2015-10-28. Dicapai pada 2021-02-15.
  4. ^ UU 4/1997 psl. 2
  5. ^ UU 4/1997 psl. 9