Bahasa Czech
Bahasa Cekh (Čeština ['ʧɛʃ.cɪ.na]) adalah salah satu bahasa Slavik Barat, bersama dengan bahasa Slovak, Poland, Pomerania (Kashubia), dan Sorbia Lusatia. Bahasa ini dituturkan oleh kebanyakan orang di Republik Cekh dan oleh orang-orang Cekh di seluruh dunia (lebih kurang 12 juta penutur pada jumlahnya). Bahasa Cekh adalah amat serupa dengan bahasa Slovak dan pada kadar yang lebih kecil, dengan bahasa Poland. Bahasa Cekh dan Slovak biasanya dapat saling difahami. Bagaimanapun, penutur-penutur yang dilahirkan selepas sekitar tahun 1985 mungkin menghadapi kesulitan untuk memahami beberapa perkataan (khususnya perkataan-perkataan yang berasal daripada bahasa Hungary) yang amat berbeza atau memahami bahasa bertuturan pantas. Kebanyakan dewasa yang bertutur dalam bahasa Cekh dan Slovak mampu memahami satu sama lain tanpa kesusahan laksana mereka telah rutinnya terdedah kepada kedua-dua bahasa dalam televisyen dan radio kebangsaan Cekhoslovakia sehingga pembubaran Cekhslovakia pada tahun 1993. Televisyen Cekhslovakia, khususnya saluran-saluran TV komersilnya, masih amat popular di kalangan penonton di Slovakia. Sebaliknya, disebabkan oleh imigrasi Slovakia yang semakin bertambah, bahasa Slovak telah disebarluaskan ke seluruh Republik Cekh.
Bahasa Cekh | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Czech (bahasa Inggeris) | |||||||
čeština | |||||||
Asli kepada | Republik Cekh dan sebagai bahasa minoriti juga di Amerika Syarikat, Kanada, Jerman dan Slovakia | ||||||
Kawasan | Eropah Tengah | ||||||
Penutur bahasa | 12 juta | ||||||
Indo-Eropah
| |||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | Republik Cekh, Kesatuan Eropah | ||||||
Dikawal selia oleh | Institut Bahasa Cekh | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | cs | ||||||
ISO 639-2 | cze (B) ces (T) | ||||||
ISO 639-3 | ces | ||||||
| |||||||
Sebagaimana dengan kebanyakan bahasa Slavik (kecuali kata nama am dalam bahasa Bulgaria moden dan bahasa Macedon, banyak perkataan (khususnya, kata nama, kata kerja, dan kata adjektif) mempunyai banyak bentuk (fleksi). Dari segi ini, bahasa-bahasa Cekh dan Slavik adalah lebih serupa dengan bahasa Indo-Eropah, bahasa asalnya, berbanding dengan bahasa-bahasa lain dalam keluarga yang sama yang telah hilang kebanyakan fleksinya. Tambahan pula dalam bahasa Cekh, peraturan-peraturan morfologi adalah terlalu tidak nalar dan banyak bentuk mempunyai kelainan-kelainan rasmi dan basahan, serta kekadangnya kelainan separa rasmi. Urutan kata menggunakan fungsi yang serupa dengan penekanan dan artikel dalam bahasa Inggeris. Kerapnya, kesemua pilih atur perkataan adalah mungkin. Sedangkan kebanyakan pilih atur berkongsi maksud yang sama, ia adalah berbeza kerana pilih-pilih atur berbeza dari segi artikulasi fokus topik. Sebagai contoh: Češi udělali revoluci (Orang-orang Cekh memberontak), Revoluci udělali Češi (Adalah orang-orang Cekh yang memberontak), dan Češi revoluci udělali (Orang-orang Cekh ada memberontak).
Fonologi bahasa Cekh mungkin menimbulkan masalah kepada para penutur bahasa-bahasa yang lain. Umpamanya, sesetengah perkataan tidak mempunyai vokal: zmrzl (pepejal beku), ztvrdl (terkeras), scvrkl (terkecut), čtvrthrst (sesuku genggam), blb (orang bodoh), vlk (serigala), and smrt (kematian). Contoh umum untuk ini ialah frasa "strč prst skrz krk" yang bermaksud "masukkan jari ke dalam kerongkong" atau "Smrž pln skvrn zvlhl z mlh." yang bermaksud "Morel yang penuh dengan bintik-bintik, akibat dibasahi kabut". Bagaimanapun, konsonan-konsonan l dan r berfungsi sebagai sonoran dan oleh itu, memenuhi peranan vokal (fenomena yang serupa juga terjadi dalam bahasa Inggeris Amerika; umpamanya, bird disebut sebagai [brd] dengan r silabik). Ia juga mencirikan konsonan ř, sepatah fonem bahasa Cekh yang dikatakan unik dan agak susah bagi orang-orang asing membunyikan. Kepada telinga orang asing, bunyinya amat serupa dengan zh, walaupun anggaran yang lebih baik ialah r bergulung yang bergabung dengan zh. Secara kebetulan, bunyi ini (rž) juga kekadang digunakan sebagai ortografi dalam umpamanya, piagam diraja Rudolf II, Maharaja Rom Holy sejak tahun 1609. Huraian fonetik bunyi ini ialah "getaran alveolar bukan sonoran yang kuat" yang boleh mengambil bentuk, baik tanpa bunyi (pada hujung perkataan atau di sebelah konsonan tanpa bunyi) mahupun berbunyi (di tempat-tempat lain). Transkripsi IPAnya ialah [r̝], tetapi ini telah dipertikaikan kerana tidak mewakili bunyi ř yang betul.
Lihat juga
suntingPautan luar
suntingWikipedia Bahasa Czech, ensiklopedia bebas |
Cari Bahasa Czech dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Wikipedia Bahasa Czech, ensiklopedia bebas |
Kamus
sunting- Laman web Seznam Slovník: Kamus berbilang bahasa
- Laman web Wordbook: Kamus berbilang bahasa
- Laman web Cekh.dicts.info: Kamus-kamus Cekh bebas
- Laman web Slovnik.cz: Kamus berbilang bahasa
- Kamus bahasa Cekh-Inggeris Webster – bahasa Cekh transliterasi
Kursus dan buku frasa dalam talian
sunting- Kursus ringkas di Pendidikan BBC
- Buku frasa bahasa Cekh-Inggeris-Jepun, dengan sebutan
- Sebutan bahasa Cekh di UniLang Wiki Diarkibkan 2006-09-27 di Wayback Machine
- Bahasa, abjad, dan sebutan bahasa Cekh di Omniglot
- Gambaran keseluruhan bahasa Cekh
Diakritik
suntingLain-lain
sunting- Laman web rasmi Republik Cekh
- Bahasa dan budaya Cekh di www.bohemica.com
- Forum Cekh – untuk semua orang yang minat akan Republik Cekh
- Laporan Etnolog untuk bahasa Cekh
- Institut Bahasa Cekh Diarkibkan 2005-04-28 di Wayback Machine (Czech)