Aniliidae
Aniliidae atau ular karang palsu ialah sebuah keluarga monotip[2] yang diwujudkan untuk genus monotip Anilius[3] yang mengandungi spesies A. scytale[4] yang ditemui di Amerika Selatan. Ular ini memiliki vestij girdel pelvis yang kelihatan sebagai sepasang taji kloaka. Ular ini melahirkan anak dari telur yang disimpan dalam tubuh. Makanannya terdiri khusus daripada amfibia dan lain-lain reptilia. Ada dua subspesies yang telah dikenalpasti setakat ini termasuk bentuk tipikal yang diperikan di sini.[4]
Aniliidae | |
---|---|
''Caiman crocodilus'' dan Anilius scytale oleh Maria Sibylla Merian | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Infraorder: | |
Keluarga: | Aniliidae Stejneger, 1907
|
Genus: | Anilius Oken, 1816
|
Spesies: | A. scytale
|
Nama binomial | |
Anilius scytale (Linnaeus, 1758)
| |
Sinonim | |
|
Keterangan
suntingSpesies ini ditemui di kawasan Amazon di Amerika Selatan, Guiana dan Trinidad dan Tobago. Ia merupakan ular bersaiz sederhana yang mencapai panjangnya sekitar 70 cm (27 inci). Ia dilaporkan melahirkan anak sendiri dan memakan kumbang, sesilia (amfibia pengorek tanah), amfisbenid (cicak tanap kaki), ular kecil, ikan, dan katak. Badannya berbentuk silinder dengan diameter yang sekata dan berjalur merah hitam terang-terang; ekornya pula sangat pendek. Ia juga mempunyai mata-mata halus di bawah sisik kepala yang besar. Ular ini dianggap sebagai ular yang paling menyerupai keadaan ular purba yang asal, disebabkan beberapa faktor antaranya ciri tengkoraknya yang seakan biawak.[5]
Subspesies
suntingSubspesies[4] | Pengarang takson[4] | Nama am | Taburan geografi |
---|---|---|---|
A. s. phelpsorum | Roze, 1958 | ||
A. s. scytale | (Linnaeus, 1758) |
Rujukan
sunting- ^ a b c McDiarmid RW, Campbell JA, Touré T. 1999. Snake Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference, vol. 1. Herpetologists' League. 511 pp. ISBN 1-893777-00-6 (series). ISBN 1-893777-01-4 (volume).
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaITIS-F
- ^ "Anilius". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada 14 August 2007.
- ^ a b c d "Anilius scytale". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada 14 August 2007.
- ^ Evolution – snake
Bacaan lanjut
sunting- Boos HEA. 2001. The snakes of Trinidad and Tobago. Texas A&M University Press, College Station, Texas. ISBN 1-58544-116-3.
- Martins M, Oliveira ME. 1999. Natural history of snakes in forests of the Manaus region, Central Amazonia, Brazil. Herpetological Natural History 6: 78-150. PDF.
Pautan luar
sunting- Aniliidae di TIGR Reptile Database. Dicapai pada 3 November 2008.