Pelvis
Pelvis (berasal dari perkataan Latin yang bermaksud 'besen') ialah sejenis struktur anatomi yang terdapat dalam kebanyakan vertebrat, iaitu struktur bertulang atau girdel pelvis yang mencantumkan hilir tulang belakang dengan kaki belakang, dan juga kawasan tubuh badan (kulit daging) yang dibentuk oleh struktur tersebut. Otot-otot dan tisu du bawah girdel pelvis dipanggil lantai pelvis. Epifisis tulang paha yang bundar iaitu ;kepala' berartikulat dengan tulang pelvis pada sendi pinggul di asetabulum.[1]
Rangka pelvis
suntingGirdel pelvis juga dikenali sebagai rangka pelvis atau pelvis bertulang. Ia merupakan struktur berbilang tulang yang bersimetri dwisisi dan terdiri daripada os coxa, sakrum dan koksiks. Bahagian atas atau hadapan pelvis dipanggil inlet pelvis, dan tepinya brim pelvis. Girdel pelvis dalam mamalia ada celah di tengah-tengah, lebih besar bagi yang betina daripada yang jantan. Anak melalui celah ini ketika dilahirkan.
Struktur seakan pelvis yang terdapat pada burung dan dinosaur dipanggil sinsakrum.
Rongga pelvis dan pelvis kecil
suntingRongga yang dibentuk oleh girdel pelvis sehingga brim pelvis juga dikenali sebagai rongga pelvis. Kawasan tubuh yang dibentuk oleh girdel pelvis dan rongga pelvis dipanggil pelvis kecil (atau pelvis sejati).
Oleh sebab pelvis berbentuk cekung, satu lagi rongga terbentuk oleh pelvis di atas dan di hadapan brim pelvis. Ini dipanggil pelvis besar (atau pelvis palsu). Sesetengah pihak menganggapnya tergolong dalam ronga pelvis, manakala yang lain pula menganggapnya dalam rongga abdomen.
Sejarah evolusi
suntingPelvis boleh disusur-galurkan kepada girdel pelvis pada vertebrat purba, dan sirip kembar ikan yang merupakan antara kordata yang terawal.[2]
Rujukan
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pelvis |
- ^ Princeton Review (29 July 2003). Anatomy Coloring Workbook, Second Edition. The Princeton Review. m/s. 49. ISBN 978-0-375-76342-7. Dicapai pada 30 July 2012.
- ^ William K. Gregory, The American Naturalist, Vol. 69, No. 722 (1935), pp. 193-210, University of Chicago Press. [1]