Lacertilia
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di en (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Lacertilia merupakan suborder yang terdiri daripada sejumlah 5600 spesies[1] reptilia Squamata yang terdapat di semua benua kecuali Antartika, dan juga kebanyakan gugusan pulau di tengah lautan. Suborder ini ditakrifkan sebagai semua ahli Lepidosauria (reptilia yang bertindih-tindih sisiknya) yang bukan Sphenodontia (iaitu tuatara) atau ular, yakni gred evolusi.[2]
Rumpun cicak dan biawak | |
---|---|
Ikut arah jam dari kiri atas: sesumpah Yaman (Chamaeleo calyptratus), biawak monitor batuan (Varanus albigularis), mengkarung lidah biru am (Tiliqua scincoides), cicak Itali (Podarcis sicula), tokek ekor daun gergasi (Uroplatus fimbriatus), dan cicak tanpa kaki (Anelytropsis papillosus) | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Reptilia |
Order: | Squamata |
Suborder: | Lacertilia* Günther, 1867 |
Keluarga | |
Many, see teks | |
Kumpulan yang termasuk | |
Taburan Lacertilia semua spesies | |
Dari segi kladistik termasuk tetapi dari segi tradisional taksa dikecualikan | |
Sinonim | |
Sauria Macartney, 1802 |
Lacertilia, iaitu cicak, biawak dan sebagainya, lazimnya berkaki dan bertelinga luaran, sedangkan ular pula ketiadaan dua sifat tersebut. Akan tetapi, oleh sebab ditakrifkan secara negatif sebagai mengecualikan ular, Lacertilia ketiadaan ciri yang unik sebagai satu kumpulan. Cicak, biawak dan ular berkongsi tulang kuadrat boleh gerak yang membezakan mereka dengan Sphenodontia yang mempunyai tengkorak diapsid yang lebih primitif dan keras. Kebanyakan (bukan semua) cicak dan biawak boleh memutuskan ekornya untuk melarikan diri dari pemangsa, iaitu autotomi. Penglihatan, termasuk penglihatan warna, juga agak berkembang maju bagi kebanyakan haiwan ini yang lazimnya berkomunikasi dengan bahasa gerak-geri atau warna-warni yang cerah pada tubuhnya, di samping secara feromon.
Kepanjangan dewasa spesies-spesies dalam suborder ini adalah sependek beberapa sentimeter seperti sumpah-sumpah seperti Brookesia micra dan cicak seperti Sphaerodactylus ariasae hingga sepanjang 3 m (9.8 ka) yang dimiliki oleh biawak Komodo. Yang pupus pula ada yang jauh lebih panjang, misalnya mosasaur akuatik yang mencapai 17 m (56 ka), dan biawak gergasi Megalania yang dianggarkan menecah 7 m (23 ka).
Evolusi dan perhubungan
suntingPemeliharaan tubuh amniot 'reptilia' asas oleh Lacertilia membuat orang senang menganggap sebarang haiwan yang seumpamanya, baik yang hidup mahupun yang pupus, sebagai cicak atau biawak juga. Itu sebenarnya tidak benar kerana Lacertilia sebagai ahli Squamata merupakan sebahagian kumpulan yang ditakrifkan dengan sebaiknya.
Makhluk-makhluk amniot purba dari luaran seakan-akan biawak, tetapi mempunyai tengkorak yang keras dan seakan kotak dengan bukaan untuk mata dan lubang hidung, iaitu keadaan anapsid. Bentuk tengkorak ini dikekalkan oleh tuntung. Anapsid-anapsid purba kemudiannya menimbulkan dua kelompok baru dengan lubang-lubang tambahan pada tengkoraknya untuk membuka ruang untuk dan menambat otot rahang yang lebih besar. Golongan sinapsid yang berfenestra tunggal juga menimbulkan pelikosaur seakan-akan biawak yang merangkumi Dimetrodon, dan terapsid yang merangkumi sinodon dari mana berevolusinya mamalia moden.
Tuatara moden mengekalkan tengkorak lepidosaur asas yang membezakannya dengan Lacertilia walaupun banyak persaman luaran. Squamata, termasuk ular dan semua Lacertilia, meringankan lagi tengkorak dengan menghapuskan margin bawah pada bukaan bawah tengkorak.
Tinggalan fosil terawal yang diketahui akan Lacertilia adalah milik iguania Tikiguania estesi yang ditemui di Bentukan Tiki di India, yang berasal dari peringkat Karnia dalam usia Trias sekitar 220 juta tahun dahulu.[3]
Kepelbagaian
suntingDi dalam suborder Lacertilia terdapat empat suborder yang umum dikenali, iaitu: Iguania, Gekkota, Amphisbaenia dan Autarchoglossa, dengan "bengkarung buta" dalam famili Dibamidae yang tidak tentu kedudukannya. Biarpun lazimnya terkecuali dari Lacertilia, ular biasanya dikelaskan sebagai klad dengan pangkat suborder yang seumpamanya.[4]
Iguania
sunting- Famili Agamidae
- Famili Chamaeleonidae – sumpah-sumpah
- Famili Corytophanidae
- Famili Crotaphytidae
- Famili Hoplocercidae
- Famili Iguanidae – iguana dsb.
- Famili Opluridae – iguana Malagasy
- Famili Phrynosomatidae
- Famili Polychrotidae
- Famili Tropiduridae
Gekkota
sunting- Famili Eublepharinae – cicak berkelopak mata
- Famili Gekkonidae – cicak
- Famili Pygopodidae – cicak berkaki tunggul
Pengelasan
suntingSuborder Lacertilia (Sauria) – (cicak dan biawak)
- Famili †Bavarisauridae
- Famili †Eichstaettisauridae
- Infraorder Iguania
- Famili †Arretosauridae
- Famili †Euposauridae
- Famili Corytophanidae (biawak berkepala kask)
- Famili Iguanidae (iguana)
- Famili Phrynosomatidae (Biawak tanpa telinga, berduri, pokok, bertompok sisi dan bertanduk)
- Famili Polychrotidae (anoles)
- Famili Leiosauridae (rujuk Polychrotinae)
- Famili Tropiduridae (biawak tanah subtropika)
- Famili Liolaemidae (rujuk Tropidurinae)
- Famili Leiocephalidae (rujuk Tropidurinae)
- Famili Crotaphytidae (biawak berkolar dan harimau)
- Famili Opluridae (iguanid Madagascar)
- Famili Hoplocercidae (Cicak kayu, ekor tombol)
- Famili †Priscagamidae
- Famili †Isodontosauridae
- Famili Agamidae (agama)
- Famili Chamaeleonidae (sumpah-sumpah)
- Infraorder Gekkota
- Famili Gekkonidae (cicak)
- Famili Pygopodidae (cicak tanpa kaki)
- Famili Dibamidae (cicak buta)
- Infraorder Scincomorpha
- Famili †Paramacellodidae
- Famili †Slavoiidae
- Famili Scincidae (bengkarung)
- Famili Cordylidae (biawak berekor duri)
- Famili Gerrhosauridae (biawak bersadur)
- Famili Xantusiidae (biawak malam)
- Famili Lacertidae (tokek atau cicak sejati)
- Famili †Mongolochamopidae
- Famili †Adamisauridae
- Famili Teiidae (tegu dan ekor cambuk)
- Famili Gymnophthalmidae (cicak bercermin mata)
- Infraorder Diploglossa
- Famili Anguidae (biawak kaca)
- Famili Anniellidae (biawak tanpa kaki Amerika)
- Famili Xenosauridae (biawak bersisik tombol)
- Infraorder Platynota (Varanoidea)
- Famili Varanidae (biawak benggala)
- Famili Lanthanotidae (biawak tanpa telinga)
- Famili Helodermatidae (biawak Gila dan biawak bermanik)
- Famili †Mosasauridae (biawak laut)
Rujukan
sunting- ^ Reptile Database. Retrieved on 2012-04-22
- ^ Gibbons, J. Whitfield; Gibbons, Whit (1983). Their Blood Runs Cold: Adventures With Reptiles and Amphibians. Alabama: University of Alabama Press. m/s. 164. ISBN 978-0-8173-0135-4.
- ^ Datta, P.M. and Ray, S. (2006). "Earliest lizard from the Late Triassic (Carnian) of India". Journal of Vertebrate Paleontology. 26 (4): 795–800. doi:10.1671/0272-4634(2006)26[795:ELFTLT]2.0.CO;2.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Squamata Oppel, 1811. the Integrated Taxonomic Information System. ITIS.org
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Lacertilia |
- Data berkenaan Sauria di Wikispesies
- Lizard Gallery