Aksara adalah album studio kedua oleh penyanyi Malaysia Misha Omar yang diterbitkan pada tahun 2004. Album yang membariskan lagu-lagu popular seperti "Pulangkan" dan "Dedebu Cinta" merupakan antara album yang terlaris pada tahun tersebut dan juga menjadi sinambungan kejayaan album debut penyanyi ini.

Aksara
Album studio oleh
Dilancarkan pada17 Mei 2004
GenrePop
Syarikat BMG Music (Malaysia)
BMG Music (Indonesia)
PenerbitAdnan Abu Hassan
Azlan Abu Hassan
Azmeer
Edrie Hashim
Ajai
Kronologi Misha Omar
Misha
(2002)
Aksara
(2004)
Misha Omar
(2008)
Single daripada 'Aksara'
  1. "Pulangkan"
    Dikeluarkan: 14 April 2004
  2. "Dedebu Cinta"
    Dikeluarkan: 21 Julai 2004
  3. "Tak Ingin Lagi"
    Dikeluarkan: 5 Oktober 2004
  4. "Riwayat Cinta"
    Dikeluarkan: 3 Februari 2005
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Album ini dipasarkan di Indonesia pada 20 Julai 2004 dengan mempertaruhkan lagu "Dedebu Cinta" sebagai single utama.

Pembikinan

sunting

Muzik pop menawarkan kebebasan dari segi pergerakan dan bunyi, tidak seperti muzik klasikal. Apabila menyanyi lagu klasikal, penyanyi membawakan apa yang tertera pada nota muzik dengan penuh ketelitian dan hati-hati. Bagaimanapun, muzik pop pula adalah cara anda menyampaikan liriknya dengan kesesuaian mengikut muzik dan ia dipanggil improvisasi. Dan dalam kebanyakan masa, penyanyi pop yang baik akan memastikan dia dekat dengan melodi. Cuma timing tidak perlu terlalu tepat. Dan semuanya perlu ada semata-mata untuk mendapatkan hasil nyanyian dengan naluri yang bebas dalam bunyi dan ritma. Itulah yang dapat digambarkan dalam album Aksara ini, sebuah koleksi lagu-lagu pop yang beremosi dan mewah rakamannya.

Aksara menampilkan Misha dalam bentuk yang lebih dinamik. Dia semakin kenal peletakan vokalnya, tahu range yang sesuai dengan suaranya hingga menghasilkan tone suara yang mudah digerakkan.Terbukti dalam kebanyakan lagu terutama yang fast-beat seperti "Tak Ingin Lagi" yang turut menampilkan Shazee dan "Lara Hati".

Trek "Dedebu Cinta" yang mempunyai ‘range’ melodi yang pelbagai, ia agak susah untuk menyanyikannya tetapi seronok mendengarnya, tambahan pula Misha menyuarakan karya Azlan Abu Hassan ini dengan cukup teruji. Album ini memuatkan tujuh lagu ballad sentimental yang langsung tidak membosankan sementara percubaan Misha untuk bekerjasama dengan komposer selain Adnan dan Azlan iaitu Azmeer dan Ajai nyata tidak sia-sia kerana berjaya membongkar kemampuan gadis Kelantan ini. Tiga lagu Adnan Abu Hassan masih berbisa untuk membawa nama Misha ke atas lagi. Adnan ‘kenal’ Misha, sebab itu hadirnya "Tiada Lagi Tangisan", "Bersatu Dalam Rindu" dan "Tiada Ruang Untukmu" walaupun bagi sesetengah ia masih tidak dapat menandingi fenomena "Bunga-bunga Cinta". "Lara Hati" oleh Azmeer perlu diberi perhatian kerana lagu ini bergerak amat perlahan permulaannya tetapi mendaki tinggi dengan iringan muzik hasil susunan Azmeer sendiri, memberikan nyawa untuk ini. Tentu sekali "Pulangkan" dari Ajai untuk Misha adalah sesuatu yang tepat kerana penyampaiannya cukup berhantu. Gemersik ballad ini dengan muzik terutama strings dengan sentuhan tradisional gamelan yang membuatkan lagu ini lebih asyik. Lagu ini dicipta khas sebagai lagu tema untuk filem seram Pontianak Harum Sundal Malam arahan Shuhaimi Baba.

Senarai runut

sunting
No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Dedebu Cinta"UcuAzlan Abu Hassan4:20
2."Bersatu Dalam Rindu"Mohariz YaakupAdnan Abu Hassan4:36
3."Tiada Lagi Tangisan"MoharizAdnan Abu Hassan5:12
4."Riwayat Cinta"SlennAjai4.36
5."Tak Ingin Lagi" (menampilkan Shazee Ishak) ShazeeAjai3.56
6."Tiada Ku Mengerti"Misha OmarChoi Jae Eun3.42
7."Lara Hati"Lukhman SAzmeer4.53
8."Hati Keliru"UcuAzlan Abu Hassan3.54
9."Tiada Ruang Untukmu"MoharizAdnan Abu Hassan4.40
10."Pulangkan" (menampilkan Izzad Izzuddin) Habsah Hassan & Shuhaimi BabaAjai4.34


Single

sunting
Petunjuk
Lagu yang layak bertanding di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu
1 Lagu nombor satu dalam carta
Carta belum diwujudkan atau ditamatkan
TD Tarik diri di peringkat pencalonan
Tahun Tajuk Posisi tertinggi
RIM MY Spotify MUZIK ERA Red
104.9
XFresh HOT Suria RIA SG Baik Banget ID MM
2004

Pulangkan menampilkan Izad Izuddin

1 1 1 1 - 1

Dedebu Cinta

1 11 4 4 9 1

Tak Ingin Lagi menampilkan Shazee Ishak

8 - - 1 - - -
2005

Riwayat Cinta

9 - 7 - - - 3

Produksi

sunting

Penerbit Eksekutif: Jean Lau
Penerbit: Adnan Abu Hassan, Ajai, Azlan Abu Hassan, Azmeer & Edrie Hashim
Studio Rakaman: SRD Villa Studio, Groovewroks Studio, Synchrosound Studio & Nearfiel Studio
Artiste & Repertoire: Edrie Hashim
Promosi: Erick, Sue Ann,Rina Baharin, Christine, Shahrin & Melissa Dhan
Mastering: Fauzi Marzuki @ Sonic Mastering Lab
Rekabentuk Album : Thomas Loke
Fotografi: CM Ho @ Millenium Penguin
Hakcipta Fotografi: Misha Omar Production
Pakaian: Ong's Collection
Rambut: Derrick & Team
Aksesori: Hallmark Jewelry
Pemuzik: Adnan Abu Hassan, Azlan Abu Hassan, Eddie Marzuki, Sham Kamikaze, Aznan Alias, Kelly, Ujang Exist, Firdaus Mahmud, Gary Gideon, Bong, Ajai & Azmeer
Jurutera Rakaman: Azlan Abu Hassan, Mat, Ramlan Marzuki,, Mohariz Yaakup, Amir, Zairie dan Calvin
Penyanyi Latar: Faniz, Azlan Abu Hassan, Adnan Abu Hassan & Ajai.
Artis Undangan: Shazee & Izzad Izuddin.

Penerimaan

sunting

Album ini berada di pasaran sebulan lewat daripada album solo Siti Nurhaliza berjudul Prasasti Seni namun lagu "Pulangkan" terlebih dahulu meraih populariti di carta radio berbanding lagu "Dialah Di Hati" nyanyian Siti. Sungguh pun begitu, hasil jualan album "Prasasti Seni" lebih memberansangkan berbanding album "Aksara" biarpun kedua-dua album silih berganti memasuki Top 10 Carta RIM dan kemudiannya menerima pensijilan platinum. Walau bagaimanapun album "Aksara" tidak memasuki carta RIM pada minggu pertama dipasaran disamping persaingan dari album "Prasasti Seni" yang masuk minggu keenam di kedudukan pertama carta tersebut. Hanya pada minggu pertama 8 Jun 2004 iaitu minggu ketiga album ini dipasaran ia melonjak terus ke tempat kedua melayakkan album ini menerima anugerah emas oleh BMG. Album ini terjual sebanyak 30,000 sepanjang 6 bulan pertama (melayakkan pensijilan emas) pada tahun 2004 dan hingga kini telah terjual sebanyak 75,000 unit (sekaligus mendapat pensijilan platinum). Di Indonesia album ini menyusul sejurus selepas album bungkusan semula Misha pada 2003. Jualan album ini mencecah 100,000 unit menjelang 2006.

Lagu "Pulangkan" merajai majoriti carta muzik di Malaysia ekoran populariti filem seram Pontianak Harum Sundal Malam serta ia merupakan lagu pertama Misha yang diperdengarkan pasca kejayaan album debut. Misha meraikan kemunculan album keduanya dengan mengadakan persembahan istimewa secara live di Planet Hollywood pada 23 & 24 Mei 2004 yang dihadiri ribuan peminat. Single kedua "Dedebu Cinta" meraih kedudukan Top 10 di majoriti carta muzik termasuk Red 104.9 fm dan Muzik.fm serta tiga minggu menjuarai carta Muzik Muzik. "Dedebu Cinta" juga menjadi single utama di pasaran Indonesia . Single ketiga iaitu "Tak Ingin Lagi" (menampilkan Shazee Ishak tidak mendapat siaran meluas akibat dibayangi populariti dua buah single pertama namun meraih kedudukan juara di stesen radio untuk belia - XFresh FM. Misha mempersembahkan lagu "Dedebu Cinta" ketika Anugerah Era 2004 dalam medley persembahannya bersama Anuar Zain, Ning Baizura & Glenn Fredley. Di majlis yang sama Misha diangkat sebagai penyanyi wanita paling popular tahun 2004 menerusi anugerah Vokal Wanita Pilihan menewaskan antara lain Siti Nurhaliza dan Krisdayanti. Single seterusnya "Riwayat Cinta" dikeluarkan sempena pemilihan lagu tersebut sebagai lagu tema filem debut lakonan Misha iaitu Gerak Khas 3 arahan Yusof Haslam pada 5 Februari 2005. Ketika itu nama Misha berada di puncak setelah kejayaan lagu "Pulangkan" di beberapa majlis anugerah. Penerbit Adnan Abu Hassan bertindak memberikan sebuah lagi lagu nyanyian Misha yang disifatkan sebagai berpotensi untuk hits iaitu "Tiada Lagi Tangisan" kepada penyanyi yang lebih senior iaitu Aishah. Lagu tersebut merupakan comeback penyanyi unggul 90an tersebut selepas 5 tahun menghilang, akibatnya lagu nyanyian Aishah itu bersaing populariti dengan lagu "Riwayat Cinta".

Secara keseluruhan album "Aksara" merupakan album yang disebut-sebut sepanjang tahun 2004 dan ia dicalonkan dalam 4 kategori di Anugerah Industri Muzik termasuk pencapaian membanggakan dicalonkan dalam kategori Rakaman Album Terbaik. Lagu "Pulangkan" diangkat sebagai Juara Kategori Balada dan Persembahan Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu sementara lagu-lagu lain yang tidak dijadikan single seperti "Tiada Aku Mengerti" & "Lara Hati" meraih perhatian secara digital di internet dan mobile.

Carta Album

sunting

Pensijilan Album

Carta

Carta (2004-2005) Kedudukan tertinggi
carta
Malaysia (Carta RIM) 1
Indonesia (Billboard Indonesia) 31[1]

Album bungkusan semula

sunting
Aksara - Repackaged
 
Album studio oleh
Dilancarkan pada7 April 2005
GenrePop
SyarikatBMG Music (Malaysia)
PenerbitAdnan Abu Hassan
Ajai
Kronologi Misha Omar
MTV Karaoke Bunga-bunga Cinta
(2004)
Misha Repackaged
(2005)
Misha Omar
(2008)
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

Album bungkusan semula ini diterbitkan untuk meraikan pencapaian jualan album Aksara yang melebihi 60,000 unit (taraf platinum). Album ini tidak memuatkan lagu baharu tetapi menyelitkan sebuah VCD MTV.

Untuk maklumat mengenai album MTV, sila rujuk Aksara - Repackaged: Bonus MTV

Single Sisipan (Promosi)

sunting
Tahun Lagu Nota
2005 Hati Keliru

Jerayawara Misha 2005

sunting

Bagi merancakkan promosi album bungkusan semula, BMG turut melancarkan jerayawara (road-tour) yang diberi nama "Sesi Ilham bersama Misha Omar" di seluruh Malaysia dan Indonesia dimana peminat berpeluang bertemu Misha dan menyaksikan persembahan khas. Jerayawara ini ditaja oleh Kao Corporation bagi mempromosikan produk tuala wanita Laurier, yang mana Misha dilantik menjadi jurucakap produk berkenaan.

Berikut adalah turutan acara program jerayawaya berkenaan:-

Senarai lokasi Jerayawara "Sesi Ilham Bersama Misha Omar 2005"
Tarikh Bandar Negeri Lokasi Artis pembukaan
Malaysia
21 Mei 2005 Shah Alam Selangor Shah Alam Convention Centre Saiful Bakeri
28 Mei 2005 Bangsar Kuala Lumpur Bangsar Shopping Centre
4 Jun 2005 Petaling Jaya Selangor Giant Kelana Jaya
10 Jun 2005 Georgetown Pulau Pinang Prangin Mall
18 Jun 2005 Bandar Hilir Melaka Mahkota Parade
25 Jun 2005 Seremban Negeri Sembilan Terminal One
11 Julai 2005 Johor Bahru Johor Plaza Angsana
Indonesia
28 Julai 2005 Bandung Jawa Barat NADA Musik Cihampelas
30 Julai 2005 Jakarta Pusat Jakarta Plaza Senayan
Malaysia
31 Julai 2005 Bukit Bintang Kuala Lumpur Planet Hollywood

Pencapaian

sunting
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2004 Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) Anugerah Emas   Malaysia - Jualan album melebihi 15,000 unit "Aksara" Menang
Anugerah Era 2004 Lagu Pop Pilihan "Pulangkan" Tercalon
Video Muzik Pilihan Tercalon
Vokal Wanita Pilihan Menang
Anugerah Juara Lagu ke-19 Separuh Akhir (Balada) Mara
2005 Vokal Terbaik Menang
Kategori Balada Menang
Juara Keseluruhan Tercalon
Anugerah MTV Asia Artis Pilihan Malaysia "Aksara" Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004 Penyanyi Wanita Popular Tercalon
Bintang Paling Popular (Top 5) Tercalon
Anugerah Planet Muzik 2004 Artis Wanita Terbaik Tercalon
Lagu Terbaik "Pulangkan" Tercalon
Lagu Paling Popular Serantau Tercalon
Hits 1 2004 Grand Finale Lagu Terbaik Menang
Persembahan Terbaik Tercalon
Anugerah Industri Muzik ke-12 Lagu Terbaik Tercalon
Persembahan Vokal Wanita Terbaik di dalam Album "Aksara" Tercalon
Rakaman Album Terbaik Tercalon
Album Pop Terbaik Tercalon
Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) Anugerah Platinum   Malaysia- Jualan album melebihi 50,000 unit Menang
Anugerah Juara Lagu ke-20 Separuh Akhir (Balada) "Dedebu Cinta" Kandas
Lagu Popular Pilihan SMS Tercalon
Hits 1 2005 Grand Finale Lagu Terbaik Tercalon
Persembahan Terbaik Tercalon
Anugerah MACP 2005 Persembahan Lagu Bahasa Melayu Terbanyak "Pulangkan" Tercalon
2006 Asosiasi Industri Rekaman Indonesia (ASIRI) Anugerah Platinum   Indonesia- Jualan album melebihi 30,000 unit "Aksara" Menang
2011 Anugerah Juara Lagu ke-26 Video Parodi AJL Pilihan SMS "Pulangkan" oleh Muhammad Alif Menang
Nota
Menerusi penyanyi Aishah, lagu Tiada Lagi Tangisan berjaya mara ke peringkat separuh akhir Muzik-muzik Kategori Balada di Anugerah Juara Lagu ke-20.
Bagaimanapun lagu ini kandas ke peringkat akhir. Lagu tersebut juga dicalonkan di Anugerah Era 2005 untuk kategori Lagu Pop Pilihan .

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting