Pulangkan
Pulangkan (Inggeris: "Return (It)") adalah single pertama nyanyian penyanyi Misha Omar dipetik daripada album kedua beliau, Aksara yang diterbitkan pada tahun 2004. Lagu ini juga terkenal sebagai lagu tema asal filem seram Pontianak Harum Sundal Malam.
"Pulangkan" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Misha Omar | ||||
daripada album Aksara OST Pontianak Harum Sundal Malam | ||||
Dilancarkan | 14 April 2004 | |||
Dirakamkan | Januari-Mac 2004 | |||
Format | CD | |||
Genre | Balada | |||
Panjang | 4:35 | |||
Syarikat | BMG Music Malaysia | |||
Penulis | Ajai, Shuhaimi Baba & Habsah Hassan | |||
Penerbit | Ajai | |||
Kronologi single Misha Omar | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Penerbitan
suntingRakaman
suntingPenerbit dan pengarah Shuhaimi Baba telah merencana filem seram "Pontianak Harum Sundal Malam" sejak tahun 2001, dan hanya dapat merealisasiskannya pada tahun 2002 setelah kelonggaran lembaga penapisan filem Malaysia terhadap genre filem seram. Pada asalnya Shuhaimi mempunyai beberapa nama untuk menyanyikan lagu tema filem ini, antaranya penyanyi Siti Nurhaliza namun beliau memberikan kebebasan kepada penulis lagu tema asal dan penerbit Ajai untuk memilih penyanyinya. Ajai menyatakan beliau menyesuaikan melodi asal Pulangkan setelah meneliti karekter nyanyian Misha Omar yang agresif dan penuh emosi sesuai dengan kehendak Shuhaimi supaya lagu ini disampaikan dengan penuh rasa dendam dan simpati kepada watak Pontianak, dan akhirnya Ajai mengusulkan nama penyanyi berkenaan kepada pihak produksi. Setelah itu juga Ajai terlibat dalam pembikinan album kedua Misha yang ketika itu dalam proses rakaman. Akhirnya, dengan kerjasama Pesona Pictures dan BMG, lagu "Pulangkan" dipilih untuk dinyanyikan Misha sempena album keduanya yang akan dilancarkan pada waktu yang sama dengan filem tersebut. Misha merakam lagu ini pada bulan November 2003 dengan penampilan penyanyi latar Izzad Izzudin yang sebelum ini pernah merakamkan lagu "Setia Ku Korbankan" (dendangan asal Fauziah Latiff) untuk runut drama "Kiranya Aku Tahu". Penulis lirik Habsah Hassan juga terlibat sebagai penulis lirik bersama Shuhaimi. Rakaman lagu ini menampilkan pemuzik handalan dengan memasukkan elemen alat muzik tradisional seperti gamelan dan gong.
Kredit Rakaman
suntingPenulisan Lagu
- Komposer : Ajai
- Lirik : Habsah Hasaan, Shuhaimi Baba
Pemuzik
- Gitar utama : Aznan Alias
- Gitar Bass : Kelly
- Dram : Ujang Exists
- Keyboard : Eddy Slam
- Biola : Joanne Yeoh Pei Sze
- Cello : Joseph Arnesto
- Seruling : Mohar
- Pemain Gamelan :
- Azizi Mohd Nor
- Khairul Khafiz Mazlan
- Nor Nadhia Ariffin
- Ab Razak Kawiah
- Wan Noraini Mustaffa
- Penyanyi Latar : Izzad Izzuddin (penampilan), Uji
Produksi
- Jurutera Rakaman : Che Mat
- Jurutera Adunan : Ramlan Marzuki
- Susunan Muzik : Eddy Slam , Ajai
- Koordinator Strings : Eddie Marzuki
- Studio Rakaman : Red Music Entertainment dan King Studio
Lagu
suntingTidak seperti lagu-lagu pop balada lain, lagu ini diseiramakan dengan bunyian "humming" Mariam/pontianak yang dilakonkan oleh aktres Maya Karin di dalam filem tersebut. Ini menjadikan struktur lagu ini seperti build-up di mana bahagian korusnya menampilkan pertembungan antara watak Mariam/pontianak (disampaikan oleh Misha) dan watak Marsani (lakonan Azri Iskandar dalam filem) sebagai antagonis disampaikan oleh penyanyi latar Izzad. Lagu ini menceritakan tentang derita hidup Mariam, wanita yang dibunuh dengan kejam dan hartanya dirampas oleh Marsani, orang yang berkuasa dan tidak bertanggungjawab setelah hajat Marsani untuk memperisterikan Mariam ditolak oleh wanita itu. Ia menyelitkan elemen marah, dendam dan penyesalan.
Video muzik
suntingVideo muzik lagu ini dirakam pada 24 Mac 2004 bertempat di The Shooting Valley, Glennmarie , Shah Alam dan diarahkan oleh Kamarul Nizam Abdul Rahman dari Pesona Pictures. Dengan bajet sebanyak RM15,000 , ia mengambil masa selama 16 jam termasuk beberapa waktu untuk rehat. Video muzik ini juga menyelitkan sedutan daripada filem PHSM. Busana dan tatarias Misha oleh Phenomena dan Belize, manakala dandanan oleh Shada.
Pencapaian
suntingPrestasi Carta
sunting1 | Lagu nombor satu dalam carta |
Carta belum diwujudkan atau ditamatkan | |
TD | Tarik diri di peringkat pencalonan |
Tahun | Posisi tertinggi | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
RIM MY | Spotify | MUZIK | ERA | Red 104.9 |
XFresh | HOT | Suria | RIA SG | Baik Banget ID | MM | ||
2004 | 1 | 1 | 1 | 1 | - | 1 |
Kronologi Carta
suntingMinggu | Carta | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
RIM MY | Spotify | MUZIK | ERA | Red 104.9 |
MM | |||||||
25 April 2004 | - | 18 | - | - | ||||||||
2 Mei 2004 | 18 | 11 | 15 | - | ||||||||
9 Mei 2004 | 16 | 8 | 10 | - | ||||||||
16 Mei 2004 | 10 | 6 | 9 | - | ||||||||
23 Mei 2004 | 3 | 1 | 3 | - | ||||||||
30 Mei 2004 | 1 | 1 | 1 | - | ||||||||
6 Jun 2004 | 1 | 1 | 1 | - | ||||||||
13 Jun 2004 | 1 | 1 | 1 | - | ||||||||
20 Jun 2004 | 1 | 2 | 3 | - | ||||||||
27 Jun 2004 | 1 | 1 | 3 | 1 | ||||||||
4 Julai 2004 | 2 | 1 | 2 | 1 | ||||||||
11 Julai 2004 | 2 | 3 | 2 | 1 | ||||||||
18 Julai 2004 | 3 | 8 | 3 | 1 | ||||||||
25 Julai 2004 | 3 | 3 | 3 | 1 | ||||||||
1 Ogos 2004 | 4 | 3 | 6 | 1 | ||||||||
8 Ogos 2004 | 5 | 2 | 8 | 1 | ||||||||
15 Ogos 2004 | 8 | 6 | 5 | 1 | ||||||||
22 Ogos 2004 | 4 | 4 | 12 | 2 | ||||||||
29 Ogos 2004 | 5 | 5 | 16 | 2 | ||||||||
5 September 2004 | 9 | 11 | 14 | 3 | ||||||||
12 September 2004 | 10 | 14 | 18 | 2 | ||||||||
19 September 2004 | 10 | 12 | 20 | 6 | ||||||||
26 September 2004 | 5 | 12 | - | 11 | ||||||||
3 Oktober 2004 | 7 | 18 | - | 15 | ||||||||
10 Oktober 2004 | 13 | 19 | - | 19 | ||||||||
17 Oktober 2004 | 15 | 17 | - | - | ||||||||
24 Oktober 2004 | 14 | - | - | - | ||||||||
31 Oktober 2004 | 18 | - | - | - | ||||||||
7 November 2004 | 15 | - | - | - | ||||||||
14 Oktober 2004 | 19 | - | - | - | ||||||||
21 November 2004 | 20 | - | - | - | ||||||||
28 November 2004 | 20 | - | - | - |
Penganugerahan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2004 | Anugerah Era 2004 | Lagu Pop Pilihan | Tercalon |
Video Muzik Pilihan | Tercalon | ||
Vokal Wanita Pilihan | Menang | ||
Anugerah Juara Lagu ke-19 | Separuh Akhir (Balada) | Mara | |
2005 | Vokal Terbaik | Menang | |
Kategori Balada | Menang | ||
Juara Keseluruhan | Tercalon | ||
Anugerah Planet Muzik 2004 | Lagu Terbaik | Tercalon | |
Lagu Paling Popular Serantau | Tercalon | ||
Hits 1 2004 Grand Finale | Lagu Terbaik | Menang | |
Persembahan Terbaik | Tercalon | ||
Anugerah Industri Muzik ke-12 | Lagu Terbaik | Tercalon | |
Anugerah MACP 2005 | Persembahan Lagu Bahasa Melayu Terbanyak | Tercalon | |
2011 | Anugerah Juara Lagu ke-26 | Video Parodi AJL Pilihan SMS (Peserta: Muhammad Alif) | Menang |