Jenis air untuk bersuci dalam Islam

(Dilencongkan daripada Air (bersuci))


Rencana ini adalah mengenai air dari segi kegunaan untuk bersuci dalam Islam. Untuk melihat gambaran umum mengenai air, sila lihat Air.

Agama Islam meletakkan air sebagai suatu benda yang suci lagi-lagi dalam kalangan penganut Muslim untuk melaksanakan ibadah sehari-harian. Walau bagaimanapun, Islam tidak menyatakan status semua air adalah suci dengan mengkategorikan semua sumber air kepada beberapa jenis:

  1. Air yang suci lagi menyucikan dan tidak makruh digunakan. Contohnya air mutlak (ﻤﻄﻠﻖ).
  2. Air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh digunakan iaitu air yang terjemur di di bawah kepanasan matahari. Contohnya air musyammas (ﻣﺸﻤﺲ).
  3. Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan air yang digelar musta'mal (ﻣﺴﺘﻌﻤﻞ), air yang berubah dengan suatu yang suci.
  4. Air bernajis yang dikenali sebagai air mutanajjis (ﻣﺘﻨﺠﺲ).

Pengertian bersuci

sunting
  • Ertinya Pada Bahasa

Membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang kekotoran. Sama ada benda itu najis ataupun tidak. Benda-benda yang najis seperti darah, bangkai, tahi dan sebagainya. Benda-benda yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-Iain.

  • Ertinya Pada Syarak

Menghilangkan halangan beribadat kerana ada hadas atau najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda dengan sebab terkena najis.

Alat-alat yang sah untuk bersuci

sunting
  1. Air mutlak
  2. Tanah yang suci
  3. Batu yang kesat lagi suci

Hukum bersuci

sunting

Ulamak telah sepakat bahawa bersuci daripada najis dan hadas adalah wajib.

Bahagian air

sunting

Air mutlak

sunting

Air mutlak (ﻤﻄﻠﻖ) adalah air yang suci dan boleh menyucikan. Air tersebut dikatakan mutlak disebabkan air itu adalah dalam bentuk keasliannya. Air tersebut masih dikatakan air mutlak walaupun ia sudah berubah disebabkan sudah lama terbiar, dimasuki tanah, lumut dan bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang.

Disenaraikan berikut adalah tujuh jenis air mutlak:

Apabila cukup sukatan atau timbangan air sebanyak dua kolah, maka air tersebut tidak dikira najis yang disebabkan oleh benda lain melainkan berubah dari segi warna, bau dan rasa. Air yang kurang dari sukatan tersebut akan dikira najis apabila jatuh najis ke dalamnya tidak kira berubah sama ada bau, warna ataupun rasa.

Ukuran dua kolah

sunting

Dua kollah (Arab: القلتان bersamaan dengan ukuran berikut:

  • Isi padunya lebih kurang 216 liter (48 imp gal; 57 US gal)* bersamaan dengan satu dan satu suku ( ) dhira tinggi, lebar dan dalam. (Satu dhira sama dengan 48 sentimeter).[1]
  • Lebih kurang berat bersamaan 13 tin minyak tanah.
  • Bekas Tempat segi ialah 23 2/3 inci panjang x 23 2/3 inci lebar dan 23 2/3 inci dalam = 7.65 kaki padu
  • Bekas yang bulat lebarnya 19 inci dalam 46 inci.
  • Bekas Tempat segi empat ialah 75 sm lebar dan 75 sm dalam

Air musta'mal

sunting

Air musta'mal (ﻣﺴﺘﻌﻤﻞ) adalah air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan yang lain. Boleh dikatakan juga air ini boleh diminum tetapi tidak sah untuk menyucikan sesuatu.

Air musta'amal yang diperolehi dari mengangkatkan hadas adalah air basuhan kali yang pertama pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah jatuh dari anggota badan. Air musta'amal dari konsep najis pula ialah jika air itu tidak berubah dan tidak bertambah. Air tumbuhan dan buah-buahan seperti pucuk kelapa yang dibuat nira atau akar-akar kayu, air dari batang tebu dan yang dihasilkan dari buahan seperti kopi dan koko.

Air Yang Bercampur

sunting

Air yang berubah dalam konsep tidak boleh menyucikan ialah yang berubah disebabkan oleh benda asing yang suci yang bercampur ke dalam air seperti kayu gaharu sehingga tidak berubah sehingga jelas digelar "air gaharu".

Berikut adalah cara air yang berubah:

  • Berubah dengan Taqdiri - Air yang berubah dengan Taqdiri iaitu air yang berubah hanya pada Taqdir sahaja yang tidak dapat dilihat akan perubahannya.
  • Berubah dengan Hissi - Air yang berubah pada Hissi iaitu berubah air itu dengan sesuatu yang dapat dilihat akan perubahannya.

Contoh cara menentukan hukum air yang bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan seperti air mawar yang telah hilang bau, rasa dan warnanya.

  • pada bau hendaklah ditentukan dengan bau gahara.
  • pada rasa hendaklah ditentukan dengan rasa delima.
  • pada warna hendaklah ditentukan dengan warna anggur.

Jika berubah dengan cara ini, maka hukumnya air musta'amal dan jika tidak, hukumnya adalah air mutlak.

Bagi air yang bercampur pula, terdapat dua cara air bercampur iaitu:

  • Majawir - cara Mujawir ialah apabila air yang berubah disebabkan termasuk ke dalamnya suatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya air yang dimasuki sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu adalah air mutlak.
  • Mukhalit - cara Mukhalit pula ialah apabila suatu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan, contohnya air dimasuki nila, maka dihukumnya air Musta'amal.

Air muqayyad

sunting

Air muqayyad (ﻣﻘﻴﺪ) pula ialah air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi. Qayyad Lazim juga turut dinamakan sebagai air mutaghayyir ( المياه متغير ) "almiahu Mutaghayyir" yang membawa pengertian air bervariasi.

Walau bagaimanapun, qayyad pada air terbahagi dua:

  • Qayyad Lazim - iaitu qayyad yang tidak bercerai sehingga menjadikannya berbeza langsung dari air mutlak seperti air kopi, air madu, air mawar.
  • Qayyad Munfak - iaitu qayyad yang bercerai iaitu yang tidak lazim bagi air seperti air hujan, air perigi. Maka, ia masih lagi hukumnya air mutlak.


Air musyammas

sunting

Air musyammas (ﻣﺸﻤﺲ) adalah air yang terjemur di bawah panas matahari bagi negeri-negeri beriklim panas. Hukum air tersebut hanya pada air yang diisi ke dalam bekas yang bukan emas dan perak.

Air tersebut hanya makruh ketika panas untuk digunakan pada badan dan makanan serta minuman. Walau bagaimanapun, air yang masih panas tersebut boleh digunakan untuk membasuh pakaian. Air yang sudah menyejuk tidak lagi makruh digunakan.

Air mutanajjis

sunting

Air mutanajjis (ﻣﺘﻨﺠﺲ) adalah air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolah. Air tersebut tetap dikira mutanajjis sekiranya air tidak berubah sifat bau, warna atau rasa tetapi tidak mencukupi dua kolah.

Air tersebut tidak dikira bernajis apabila jatuh ke dalamnya haiwan ataupun bangkai haiwan yang memang tidak berdarah seperti semut.

Contoh berikut tidak termasuk air mutanajis

sunting
  1. Termasuk bangkai (lihat perkara di bawah) najis yang dimaafkan dengan syarat tidak sengaja dicampakkan.
  2. Air atau bahan cecair yang lain termasuk najis yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar walaupun daripada najis mughalazah.
  3. Air yang lebih daripada dua kolah dengan syarat tidak berubah sifat air itu.

Contoh bangkai binatang yang najis tetapi dimaafkan

sunting
  1. Lalat
  2. Kumbang
  3. Kala
  4. Lipas
  5. Cicak
  6. Binatang-binatang yang tidak mengalir darahnya jika dibelah atau dikoyakkannya.

Air Qaid Lazim

sunting

Air yang ada kaitan dengan jenama-jenama lain untuk memperkenalkannya. Kalau tidak disebut orang tidak akan faham.

  • Contohnya:

a. Air Kelapa

b. Air Tebu

c. Air Mawar

d. Air Kopi

Hukum Air Qaid Lazim

sunting

Suci hanya pada dirinya sahaja tetapi tidak sah digunakan untuk menyucikan yang lain.

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting
  1. ^ ibn Naqib al-Misri, Ahmad (1994). "Purification". Umdat al-Salik [Reliance of the Traveller]. Terjemahan Nuh Ha Mim Keller (ed. 2). Maryland, AS: Amana Publications. m/s. 52–56. ISBN 0-915-957-72-8.