Akim Ahmad

Penyanyi, pelakon, model iklan dan komposer Malaysia
(Dilencongkan daripada Afiq Hakim Ahmad)

Afiq Hakim bin Ahmad (lahir 18 Januari 1991 bersamaan 2 Rejab 1411) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia dan juga salah seorang bekas pelajar daripada program rancangan realiti TV Akademi Fantasia musim ketujuh. Sebagai komposer dan penulis lirik, beliau menggunakan nama pena Hang Nadim dan Bulan Penuh. Beliau juga merupakan anak saudara kepada penyanyi 1980-an dan 1990-an iaitu "Sofie S" dan pemain bass kumpulan rock 90-an iaitu Mat Mega yang terkenal dengan lagu "Bayangan Gurauan" dan "Takdir Dan Waktu".

Akim Ahmad
Kelahiran
Afiq Hakim bin Ahmad

(1991-01-18) 18 Januari 1991 (umur 33)
Nama lainAkim, Hang Nadim & Bulan Penuh
PekerjaanPenyanyi, pelakon, model iklan, komposer
Tahun aktif2009–kini
PasanganStacy Anam (k. 2016)
Anak-anak3
Saudara
  • Mat Mega (bapa saudara)
  • Sofie S (bapa saudara)
Kerjaya muzik
GenrePop, pop rock, balada
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Astro Entertainment
Nova Music Malaysia
Pengkarya berkait
Hafiz Suip, Aril Pilus, Mila Jirin, Anith Aqilah, Stacy Anam, Adira Suhaimi, Akim & The Majistret, Rika Riana.

Beliau berasal dari Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Namun kini, beliau menetap di Kuala Lumpur, Malaysia.

Kelab peminat Akim telah diberi nama Gerakan Penyokong Afiq Hakim (GAFIM). Beliau sekarang sedang aktif bersama kugiran beliau iaitu Akim & The Majistret.

Pada 5 Februari 2016, Akim telah berkahwin dengan penyanyi Stacy Anam yang juga pemenang rancangan Akademi Fantasia musim keenam selepas Stacy memeluk Islam. Mereka mengikat tali pertunangan pada 26 September 2015. Majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup di Kota Kinabalu.

Sejak 2014 beliau menubuhkan The Majistret , Akim Ahmad telah di senarai sebagai salah seorang frontman dan vokalis terbaik di Malaysia. Menggunakan nama Hang Nadim & Bulan Penuh (Pencipta Lagu Selamanya - Usop) di dalam bidang penciptaan lagu, Akim juga berjaya mendapat sambutan pendengar apabila kebanyakkan lagu ciptaan beliau untuk kumpulannya Akim & The Majistret ataupun untuk penyanyi lain menjadi Hits.

Akademi Fantasia 7

sunting

Akim atau nama penuhnya Afiq Hakim Ahmad diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim ketujuh bersama-sama dengan tiga belas pelajar yang lain.

Beliau juga ialah salah seorang pelajar yang berjaya mara ke peringkat akhir bagi musim ketujuh bersama Hafiz, Aril, Yazid dan Isma. Pada 16 Mei 2009, beliau menang tempat ketiga dalam rancangan tersebut.

Konsert Tema Lagu Ked.
Minggu 1 Pilihan Pelajar "Hatiku Kau Luka" nyanyian asal Alleycats Ke-9
Minggu 2 Medley "Satu" nyanyian asal Dewa 19 & "Buronan Cinta" nyanyian asal The Lima Ke-5
Minggu 3 70an-80an "Anak Gembala" nyanyian asal Dato' Sudirmam Haji Arshad Ke-5
Minggu 4 Tribute Amy Search & Dato' Siti Nurhaliza "Destinasi Cinta" nyanyian asal Dato' Siti Nurhaliza Ke-5
Minggu 5 Duet "Jika Kau Tiada" nyanyian asal Yusry KRU & Erra Fazira
;duet bersama Farah Anuar
Ke-4
Minggu 6 Memoir Band "Aurora" nyanyian asal Estranged Ke-3
Minggu 7 Aneka Lagu "Situasi" nyanyian asal Bunkface Ke-5
Minggu 8 Teater Muzikal "Titah Sultan" nyanyian asal Adlin Aman Ramlie Ke-5
Minggu 9 Lagu Dua Bahasa "Larut" nyanyian asal Dewa 19 Ke-2
"I'm Yours" nyanyian asal Jason Mraz
Minggu Akhir Grand Finale "Bengang" nyanyian asal Akim
  • Lagu: Amir
  • Lirik: Syeikh Qalam
Ke-3
"Bencinta" nyanyian asal Faizal Tahir

Nyanyian

sunting

Setelah keluar dari Akademi Fantasia, Akim mengeluarkan single pertama "Bengang" dan telah memenangi Most Downloaded Song Award daripada Hotlink semasa AJL24 yang lalu. Single ke-2 beliau yang juga ciptaan sendiri berjudul "Inilah Cinta" dijadikan lagu tema untuk iklan Wall's Cornetto dengan tema Take A Chance Show Your Love. Akim juga telah mengeluarkan singlenya yang ke-3 iaitu "Janji" yang dicipta oleh dirinya sendiri dan menjadi OST drama di TV3, "Begitukah Cinta" slot Akasia.

  1. "Bengang" (2009)
  2. "Kau dan Aku" - duet bersama Mila OST "Kau dan Aku" (2009)
  3. "Kisah Kita Berdua" - duet bersama Mila dan Aril OST "Kau dan Aku" (2009)
  4. "Kita Pasti Menang" - duet bersama Aril OST "Kau dan Aku" (2009)
  5. "Juara" - duet bersama 5 Ikon Remaja (Iklan Brands Generasi Hebat) (2009)
  6. "Jumbo Gajah Biru" - duet bersama Mila OST "Jumbo Gajah Biru" (2010)
  7. "Inilah Cinta" (2010)
  8. "Menunggu (Sumpah)" (2010)
  9. "Rindu Yang Telah Pergi" - duet bersama Black & AG (Lagu Raya) (2010)
  10. "Salam Lebaran" - duet bersama Various Artists (Lagu Raya) (2010)
  11. "Kau Ku Temu" - duet bersama Aril, Anith Aqilah dan Hafiz OST "Kau dan Aku 2" (2010)
  12. "Bawa Kau Pergi" OST "Kau dan Aku 2" (2010)
  13. "Usah Resah" OST "Kau dan Aku 2" (2010)
  14. "Kau Ilhamku" (Cover lagu Man Bai) OST "Kau dan Aku 2" (2010)
  15. "Untukmu" - duet bersama Hafiz dan Aril OST "Kau dan Aku 2" (2010)
  16. "Jahatnya Cinta" - duet bersama Stacy menjadi lagu tema Cornetto (2011)
  17. "Janji" (2011)
  18. "Warkah" - duet bersama Aril, Hafiz & Aznil Nawawi (Lagu Raya) (2011)
  19. "Bayangan Ilham" - duet bersama Nera, Ray & Ira (Lagu Raya) (2011)
  20. "La La La" - duet bersama Adira OST "Elly & Epit" (2011)
  21. "Mesti Ada Cinta" - duet bersama Fiq (2012)
  22. "Hoore! Hoore!" - duet bersama Nurfarah dan Kilafairy (Cover lagu Sudirman) OST "Hoore! Hoore!" (2012)
  23. "Merisik Khabar" - duet bersama Nurfarah (Cover lagu Sudirman) OST "Hoore! Hoore!" (2012)
  24. "Daya Cinta" (2012)
  25. "Kembali" - duet bersama Stacy OST "Cinta Itu Milikku" (2012)
  26. "Seandainya" OST "Sepah the Movie" (2012)
  27. "Menunggu" (2013)
  28. "Popstar" - duet bersama Daiyan Trisha Lagu Tema "Ceria Popstar" (2013)
  29. "Kaca Dan Pertama" - duet bersama Dina Nadzir Lagu Tema "Benci Vs Cinta" (2013)
  30. "Dunia & Syurga" (2014)
  31. "Mewangi" - Akim & The Majistret (2014)
  32. "Jika Pedih" OST "Lagenda Budak Setan 3: Kasyah" (2014)
  33. "Potret" - Akim & The Majistret (2015) (Pemenang AJL30)
  34. "Berdua Sahaja" - duet bersama Soo Wincci (2015)
  35. "Obses" - Akim & The Majistret (2015)
  36. "Hanya Padamu" - Akim Ahmad (Solo) (2016)
  37. "Lygophobia" - Akim & The Majistret (2016)
  38. "Rentak Bahagia" - duet bersama Stacy (2016)
  39. "Anugerah" - Akim & The Majistret (2017)
  40. "Stereotaip" - Akim & The Majistret (2018)
  41. "Rampas" - Akim & The Majistret (2018)
  42. "Aku Kau Dan Muzik" - duet bersama Stacy (2020)
  43. "Ritma & Rima" - duet bersama Stacy (2023)

Pada tahun 2012, Akim telah melancarkan album sulungnya yang bertajuk "Akim Ahmad" yang memuatkan 10 buah lagu iaitu "Inilah Cinta", "Daya Cinta", "Bengang", "Mesti Ada Cinta" duet bersama Fiq, "Menunggu", "Tentang Dia", "Janji", "Yang Nyata", "Dunia & Syurga" dan "Kembali" duet bersama Stacy.

Diskografi

sunting

Album studio

sunting
Album solo
Album bersama The Majistret

Lakonan

sunting

Selain bakat beliau dalam bidang nyanyian, Akim juga pernah diundang untuk berlakon dalam beberapa drama terbitan ASTRO. Akim terlebih dahulu muncul di kaca TV menerusi lakonan pertama beliau yang digandingkan bersama penyanyi Mila Jirin iaitu drama berjudul Kau & Aku terbitan ASTRO Ria. Selain itu, Akim juga muncul menerusi drama mini pada Oktober 2010 dan bergandingan bersama pelakon remaja Juliana Evans iaitu drama Inilah Cinta, yang dipetik daripada single Akim.

Seterusnya, Akim juga diberi kesempatan untuk memberi peluang berlakon dalam drama Slot Zehra di TV3 iaitu drama berjudul Kampung Girl, drama yang diadaptasikan daripada novel tersebut. Beliau juga memegang watak utama di samping gandingan bersama dengan pelakon Nad Zainal. Drama itu telah mencapai lebih daripada 4 juta penonton kerana gandingan mereka yang serasi. Atas permintaan ramai, mereka akhirnya muncul menerusi telefilem sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri iaitu Kampung Girl Raya yang disiarkan di TV3 pada pertengahan tahun 2014.

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Jumbo Gajah Biru Jumbo alih suara versi Bahasa Malaysia
2012 Hoore! Hoore! Johari
  • Kau & Aku (2009) sebagai Akim
  • Kau & Aku 2 (2010) sebagai Akim
  • Inilah Cinta (2010)
  • Cornetto Inikah Cinta? (2010) sebagai Akim
  • Kampung Girl (2013) sebagai Ashraff Khairi
  • Kifarah 2: Sakat (2014) sebagai Zack
  • OMG (Ohsem Music Group) Musim 1 sebagai Cika
  • OMG (Ohsem Music Group) Musim 2 sebagai Cika

Telefilem

sunting
  • Saham Neraka
  • Dua Dalam Satu
  • Abang Long Vs Kak Yong
  • Kampung Girl Raya (2014)
  • OMG Ke Laut (2014)
  • Jodoh Tak Salah Alamat (2018) sebagai Luqman

Televisyen

sunting

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2009 Akademi Fantasia Musim ke-7 Tempat ke-3 Menang
2010 Anugerah Juara Lagu ke-24 Finalis "Bengang" Tercalon
Lagu Muat Turun Terlaris Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-22 Artis Baru Lelaki Popular Akim Tercalon
Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
2013 Festival Filem Malaysia ke-25 Pelakon Harapan Lelaki Terbaik Hoore! Hoore! Tercalon
Anugerah Industri Muzik ke-20 Rakaman Album Terbaik Akim Ahmad Tercalon
2014 Anugerah MeleTOP Era[1] Penyanyi MeleTOP Akim Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Artis Duo / Berkumpulan Popular (bersama Stacy) Menang
Anugerah MACP[2] Anugerah Komposer Muda Berpotensi Menang
Anugerah Industri Muzik ke-21[3][4][5][6] Vokal Terbaik Lelaki Dalam Lagu "Mewangi" Menang
2015 Anugerah MeleTOP Era Lagu MeleTOP Era Menang
Penyanyi MeleTOP Akim Tercalon
Grup / Duo MeleTOP (bersama The Majistret) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 Penyanyi Lelaki Popular Menang
Artis Duo / Berkumpulan Popular (bersama The Majistret) Menang
Anugerah Melodi Artis Lelaki Pilihan Tercalon
Artis Dinamik Tercalon
2016 Anugerah MeleTOP Era Grup / Duo MeleTOP (bersama The Majistret) Akim Menang
Anugerah Juara Lagu Ke-30 Juara "Potret" Menang
Anugerah Industri Muzik ke-22 Vokal Terbaik Lelaki Dalam Lagu Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 Artis Duo / Berkumpulan Popular (bersama The Majistret) Akim Tercalon
Anugerah Melodi Personaliti Muzik Melodi Tercalon
Personaliti Pasangan Sensasi Melodi Akim & Stacy Menang
2017 Anugerah MeleTOP Era Grup / Duo MeleTOP (bersama The Majistret) Akim Tercalon
Anugerah Juara Lagu Ke-31 Finalis "Obses" Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Artis Duo / Berkumpulan Popular (bersama The Majistret) Akim Menang
2018 Anugerah MeleTOP Era Grup / Duo MeleTOP (bersama The Majistret) Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Artis Duo / Berkumpulan Popular (bersama The Majistret) Tercalon
2022 Anugerah Juara Lagu ke-36 Naib Juara - Cinta (Penulis Lirik/Komposer- Hang Nadim) Akim & Stacy Menang

Pengacaraan & komedi

sunting
  • Menyertai Liga Lawak Superstar TV3 musim pertama dan menjadi juara dalam kumpulan OMG bersama Anas Ridzuan
  • Hos Mencari Ramli TV3 Musim kedua dan ketiga
  • Hos rancangan bual bicara #KedaiGunting TV9

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Senarai Penuh Calon Top 5 Anugerah Meletop Era Diarkibkan 2014-01-17 di Wayback Machine. gua. 16 JAN 2014, 07:39PM.
  2. ^ Akim Ungguli Anugerah Komposer Muda Berpotensi MACP. mStar. Isnin, 24 November 2014 - 9:25 AM.
  3. ^ Siti Nurhaliza Terima Pencalonan Terbanyak AIM 21. mStar. Rabu, 22 Oktober 2014 - 10:59 AM.
  4. ^ Senarai Penuh Top 5 Pencalonan Anugerah Industri Muzik AIM 21. Sensasi Selebriti (budiey). 22 OCT, 2014.
  5. ^ 'No More' cipta sejarah di AIM21, Siti raih trofi ke-12 vokal terbaik. Astro Awani. Disember 07, 2014 11:10 MYT.
  6. ^ Senarai Penuh Keputusan Anugerah Industri Muzik ke-21. Sensasi Selebriti (budiey). 7 DEC, 2014.

Pautan luar

sunting