Abdul Ghani Samsudin
Datuk Wira Ustaz Abdul Ghani Samsudin ialah seorang agamawan dan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu kelahiran Melaka. Beliau kini merupakan Timbalan Penasihat Umum Parti Amanah Negara (AMANAH) sejak penubuhan parti itu pada 2015.
Datuk Wira Ustaz Haji Abdul Ghani Samsudin D.C.S.M. (Melaka) | |
---|---|
Timbalan Penasihat Umum Parti Amanah Negara | |
Menyandang jawatan 2015 | |
Presiden | Mohamad Sabu |
Penasihat Umum | Ahmad Awang |
Didahului oleh | jawatan baharu |
Yang Dipertua Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa Cawangan Malaysia | |
Dalam jawatan 2013–2016 | |
Presiden | Yusuf al-Qaradawi |
Timbalan | Ahmad Awang |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Digantikan oleh | Abdul Hadi Awang |
Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia | |
Dalam jawatan 1999–2003 | |
Didahului oleh | Ahmad Awang |
Digantikan oleh | Mohd Saleh Ahmad |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1946 (umur 77–78)\ Masjid Tanah, Melaka |
Parti politik | Parti Amanah Negara Parti Islam Se-Malaysia (sehingga 2015) |
Pekerjaan | Ahli politik, Ulama |
Pendidikan dan kerjaya
suntingAbdul Ghani mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah, Melaka dan Madrasah Aljunied, Singapura sebelum mengikuti pengajian di Maahad Buuth Islamiyah al Azhar, Mesir (1965-1967). Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir (1967-1974) dan memperolehi Sarjana (Syariah) dalam bidang perbandingan mazhab dan undang-undang.
Sekembalinya ke Malaysia, Abdul Ghani berkhidmat sebagai guru agama di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah, Melaka. Setahun mengajar di Melaka, beliau kemudiannya menjadi pensyarah di Institut Teknologi MARA (ITM), Shah Alam dan berkhidmat selama 7 tahun. Pada awal 80-an, beliau dipindahkan ke ITM Cawangan Sabah, Kota Kinabalu. Sekitar 6 bulan kemudian, beliau mendapat perintah keluar dari Sabah dalam tempoh 48 jam oleh Ketua Menteri, Datuk Harris Salleh dan kembali ke ITM Shah Alam seketika. Kemudian, beliau berpindah ke Fakulti Pendidikan Universiti Malaya pada 1981 sehingga bersara pada 2001.
Penglibatan dalam masyarakat
suntingBeliau terlibat dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sehingga pernah diamanahkan sebagai Timbalan Presiden pada awal 80an. Beliau juga bergiat aktif dalam Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan diangkat sebagai Yang Dipertuanya pada 1999-2003, menggantikan Ustaz Ahmad Awang. Kemudian, beliau turut mengasaskan dan memimpin sebuah lagi pertubuhan ulama, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA). Beliau turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 2019 di bawah pimpinan Yang Dipertua, Ustaz Nik Omar[1].
Politik
suntingAbdul Ghani menyertai Parti Islam Se-Malaysia selepas memimpin ABIM. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS (1999-2010). Beliau keluar PAS pada 2015 dan menyertai Parti Pekerja Malaysia (PPM) sebelum parti itu bertukar nama menjadi Parti Amanah Negara[2]. Sejak menyertai AMANAH, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Penasihat Umum[3].
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Kawasan | Nama | Parti | Undi | Nama | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | P095 Tanjong Karang | Abdul Ghani Samsudin | PAS | 8,742 | Noh Omar | UMNO | 17,750 | 9,008 |
2008 | N8 - Sungai Burong | Abdul Ghani Samsudin | PAS | 6,162 | Mohd Shamsudin Lias | UMNO | 8,872 | 2,710 |
Anugerah dan pengiktirafan
sunting- Melaka
- Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) - Datuk Wira - 2018[4]
Lihat juga
sunting- [[Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia|Kesatuan Ulama Islam Sedunia]
Beliau ahli Kesatuan Ulama Mislimin Sedunia dan pernah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Pemegang Amanah Kesatuan Ulama Sedunia selama 2 penggal dari 2010-2014- 2014-2018].
Rujukan
sunting- ^ Anne Muhammad (31 Januari 2019). "Pertikaian baru Yadim: Banyak lantikan orang politik, kata Ezam". Malaysiakini. Dicapai pada 8 Julai 2021.
- ^ "PPM dibarisi pemimpin berpengalaman". Parti Amanah Negara. Media Oren Production. 3 September 2015. Dicapai pada 8 Julai 2021.
- ^ Nazura Ngah (11 Disember 2019). "Husam dilantik semula, Dr Siti Mariah penuhi kuota Wanita". BHarian. Dicapai pada 8 Julai 2021.
- ^ Bernama (13 Oktober 2018). "Lima menteri Pakatan kini bergelar Datuk Seri". Astro Awani. Dicapai pada 8 Julai 2021.