Parti Pekerja-Pekerja Malaysia
Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (bahasa Inggeris: Malaysian Workers' Party) merupakan parti politik berhaluan kiri di Malaysia.
Parti Pekerja-Pekerja Malaysia | |
---|---|
![]() | |
Singkatan | PPM/ MWP |
Pemimpin | Ganga Nayar(pengasas) |
Ditubuhkan | 1978 |
Dibubarkan | 2015 |
Didahului oleh | Parti Buruh Malaya |
Digantikan oleh | Parti Amanah Negara |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur, wilayah persekutuan |
Akhbar | - |
Sayap belia | - |
Keanggotaan (2015) | 15,000 |
Ideologi | rakyat |
Warna | hijau, kuning muda |
Dewan Negara: | 0 / 70 |
Dewan Rakyat: | 0 / 222 |
Dewan Undangan Negeri: | 0 / 600 |
Laman sesawang | |
- | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya - |
Parti ini ditubuhkan pada tahun 1978 oleh Ganga Nayar, yang gagal memenangi kerusi yang ditandinginya iaitu kawasan Parlimen Sungai Besi dan DUN Sungai Way pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 ke-5.
Selepas pilihanraya di tahun 80an, parti ini telah dorman dan tidak bertanding mana-mana pilihanraya. Nama parti ini naik semula pada tahun 2015, semasa berlaku kejadian di mana sebahagian bekas ahliParti Islam Se-Malaysia yang telah keluar parti itu, cuba mendaftar sebuah parti baru dengan nama Parti Progresi Islam, tetapi ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana penggunaan perkataan Islam. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana Islam adalah hak untuk semua yang beragama Islam dan penggunaan nama itu pada parti politik hanya boleh menyebabkan kekeliruan. [1]
Berikutan dengan itu, gerakan Harapan Baru mengambil keputusan untuk mengambil alih Parti Pekerja-Pekerja Malaysia, dan dilancarkan semula sebagai Parti Amanah Negara yang diadakan dalam satu majlis yang diadakan pada 16 September 2015.[2], [3]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Parti Pekerja tidak boleh dijenamakan sebagai Parti Amanah - Nur Jazlan.
- ^ GHB ambil alih Parti Pekerja Malaysia.
- ^ "Parti Pekerja jadi Parti amanah Negara". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-22. Dicapai pada 2015-11-04.
- Profil Ganga Nayar Diarkibkan 2007-05-19 di Wayback Machine. Perkhidmatan Perpustakaan & Hubungan Info Bernama Diarkibkan 2007-09-30 di Wayback Machine