Calvin Coolidge
John Calvin Coolidge, Jr. (Jawi: جون کيلۏين کوليج⹁ جونيئر ) ialah ahli politik dan peguam Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-30, dari 1923 hingga 1929.
Calvin Coolidge کيلۏين کوليج | |
---|---|
Dalam jawatan 2 Ogos 1923 – 4 Mac 1929 | |
Naib Presiden | Tidak Ada (1923-1925) Charles G. Dawes, (1925-1929) |
Didahului oleh | Warren G. Harding |
Digantikan oleh | Herbert Hoover |
Maklumat peribadi | |
Lahir | John Calvin Coolidge Jr. 4 Julai 1872 Plymouth, Vermont |
Mati | 5 Januari 1933 Northampton, Massachusetts |
Kewarganegaraan | Amerika |
Parti politik | Republikan |
Pasangan | Grace Goodhue (k. 1905) |
Anak |
|
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Tandatangan | |
Beliau menggantikan Presiden Warren G. Harding yang meninggal dunia ketika masih dalam jawatan.
Masa kecil
suntingJohn Calvin Coolidge Jr. lahir di Plymouth, Windsor County, Vermont pada 4 Julai 1872, tepat pada hari kemerdekaan Amerika Syarikat.
Beliau anak John Calvin Coolidge, Sr. dan Victoria Moor, seorang pemilik toko di sebuah kampung. Ayahnya juga berkedudukan sebagai penjaga keamanan kampungnya.
Awal kerjaya
suntingSetelah tamat sekolah tinggi dengan prestaasi cum-laude, Calvin Coolidge mulai berkecimpung dalam bidang hukum dan politik. Lambat laun dan secara teratur, beliau maju dalam dunia politik daripada anggota Dewan Kota sampai Gabenor negara bahagian Massachusetts Parti Republik. Sewaktu duduk sebagai Gabernor Massachusetts; namanya menjadi terkenal di seluruh Amerika Syarikat kerana usahanya yang keras menentang pemogokan polisi Boston dan pembentukan Syarikat Buruh Polisi Kota itu.
Semasa presiden
suntingCalvin Coolidge menjadi Presiden pada 1923 setelah Presiden Harding meninggal dunia, ia menjabat Wakil Presiden di bawah Presiden Harding. Berita bahawa ia telah terpilih menjadi Presiden, diterimanya pada pukul tiga setengah pagi, pada 3 Ogos 1923, sewaktu ia berkunjung ke rumah ayahnya di Vermont. Di bawah sinar lampu minyak tanah, ayahnya menyaksikannya mengangkat sumpah Presiden, sambil ia meletakkan tangannya pada Kitab Suci orang tuanya.
Sebagai presiden, Calvin Coolidge memperlihatkan tekadnya untuk mempertahankan norma-norma moral dan ekonomi lama, di tengah-tengah kemakmuran yang dialami rakyat Amerika. Beliau menolak menggunakan kekuasaan ekonomi pemerintah Federal untuk membatasi kemakmuran ekonomi yang semakin bertambah, ataupun untuk memperbaiki keadaan pertanian dan beberapa industri yang merosot. Dalam amanatnya yang pertama kepada kongres, beliau menyeru agar Amerika Syarikat menjauhkan diri daripada persoalan-persoalan luar negeri, agar pajak dipotong, penghematan dijalankan, dan membatasi bantuan kepada pengusaha-pengusaha pertanian.
Presiden Coolidge segera menjadi popular. Pada 1924, dalam pemilihan presiden, ia mendapat 54 peratus lebih banyak daripada jumlah semua suara.
Ada satu pendapat yang mengatakan bahawa kekuatan politik yang dimiliki Presiden terletak pada kemampuannya memilih saat yang tepat, baik untuk berbuat sesuatu atau tidak sama sekali. Hal tersebut dianggap menyenangkan bagi para pengusaha yang tidak mau diganggu. Demikian juga bagi sebagian besar kalangan masyarakat yang menganggap bahawa pemerintahan di Amerika Syarikat terlalu birokratik.
Presiden Calvin Coolidge terkenal karena kejenakaannya dan sifatnya yang pendiam, dan juga karena ia dengan keras menjalankan penghematan dalam pemerintahan.
Setelah masa kepresidenan
suntingSetelah meninggalkan Rumah Putih pada 1929, Presiden Calvin Coolidge menjadi seorang Pengarah insurans hayat, dan menulis artikel-artikel yang dimuat dalam banyak surat khabar. Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung pada 5 Januari 1933 dan meninggalkan isterinya, serta dua orang putera.
Rujukan
sunting- Buku Presiden - Presiden Amerika Serikat, diterbitkan oleh Dinas Penerangan dan Kebudayaan Amerika Serikat, Jakarta (2003)