Phoenix Bangkit

(Dilencongkan daripada (Album) Phoenix Bangkit)

Phoenix Bangkit merupakan album studio solo keenam oleh penyanyi dan penulis lagu Malaysia, M. Nasir, dikeluarkan pada 12 Jun 2001 oleh Warner Music Malaysia.[1][2]

Phoenix Bangkit
Kulit album, direkabentuk oleh Mohd Foad Hassan.
Album studio oleh
Dilancarkan pada12 Jun 2001
Dirakamkan pada1999–2001
StudioStudio Ronggeng
Genre
Panjang54:00
SyarikatWarner Music Malaysia
Penerbit
Kronologi M. Nasir
Srikandi Cintaku
(1999)
Phoenix Bangkit
(2001)
Sang Pencinta
(2006)
Single daripada Phoenix Bangkit
  1. "Raikan Cinta"
    Dikeluarkan: Mei 2001
  2. "Masirah"
    Dikeluarkan: September 2001
  3. "Phoenix Bangkit Dari Abu"
    Dikeluarkan: Disember 2001
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dirakamkan dengan kerjasama akrab daripada Warner Music, album ini mempunyai pengaruh Arab dan mengangkat kisah unggas mitos Asia sebagai teras utama.[3] Ini merupakan album pertama beliau bersama Warner Music selepas mengikat kontrak bersama label itu. Ia mendapat sambutan dan menjadi kejayaan komersial, telah terjual sebanyak 35,000 unit sekaligus menerima ulasan positif dan bercampur daripada pengkritik muzik. Antara lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Raikan Cinta", "Phoenix Bangkit Dari Abu" dan "Masirah". Sebuah konsert khas juga telah diadakan bagi mempromosikan album ini. Pada tahun 2002, Phoenix Bangkit memenangi 4 daripada 8 pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-9.

Penerbitan

sunting

Phoenix Bangkit amat dipengaruhi oleh M. Nasir.[4][5] Ia mengambil masa hampir dua tahun untuk disiapkan. Untuk album ini, beliau mengambil cerita rakyat Timur Tengah dan China mengenai burung Phoenix yang mempunyai jangka hayat yang panjang.[4] Menurut mitos itu, selepas burung itu mati, dia bangkit menjadi abu, kemudian menjadi sejenis ulat sebelum bangkit semula sebagai seekor burung yang lebih kuat dan gemilang.[4] Dalam temubual bersama Utusan Malaysia, M. Nasir berkata Phoenix Bangkit bertolak daripada hasratnya untuk mempelbagaikan lagu-lagu berentak nusantara, katanya: "Selepas mengasilkan album Canggung Mendonan kira-kira tujuh tahun lalu, saya sudah terfikir untuk melakukan sesuatu untuk album seterusnya".[6]

Album ini juga mengandungi pengaruh Arab menurut M. Nasir dalam temubual bersama Harian Metro: "Album ini masih tidak lari dari harapan dan cita-cita saya yang mahu membuat album berbentuk tarian ketimuran".[4] Menurutnya lagi, kebanyakan lagu di dalam Phoenix Bangkit dirakamkan pada 1997, namun diberi gubahan baru.[4] Beliau menyumbangkan enam daripada 10 lirik lagu dalam album ini, manakala selebihnya ditulis oleh Loloq, S. Amin Shahab dan Seth.[1] Phoenix Bangkit ialah album pertama M. Nasir bersama Warner Music Malaysia selepas tidak lagi bernaung di bawah BMG Music Malaysia.[4][7] Kulit album direkabentuk oleh pelukis Mohd Foad Hassan dengan fotografi disediakan oleh Din Arshad.

Gaya muzik

sunting

Phoenix Bangkit mempunyai konsep muzik dan lirik yang berhubungkait antara satu sama lain.[8] Lagu-lagu dalam album ini memberikan ciptaan yang stailis terhadap melodi yang akrab dengan Melayu di Nusantara dengan elemen-elemen muzik Timur Tengah yang menghantar persoalan dan menuntut penghayatan.[9] Lirik disampaikan dengan perlambangan dan menampilkan ikon-ikon sejarah dari tamadun Timur Tengah yang diketahui umum.[1]

Misalnya lagu "Hijab Kekasih", berkisar kepada penghabisan pandangan seorang kekasih terhadap kekasihnya supaya jangan cari yang lain kerana dia memang tercipta untuknya.[4] "Masirah" pula menyingkap semangat perjuangan rakyat Palestin lantaran kerakusan rejim zionis. Lagu ini bermula dengan petikan puisi Perancis, kemudian dilatari muzik peribumi Palestin, dan diakhiri dengan doa dan harapan dalam bahasa Arab.[7] Manakala "Raikan Cinta" ialah mengenai pancaroba Siti Hajar dan Nabi Ismail di kering pasir Jaziratul Arab.[7]

Keluaran dan sambutan

sunting

Phoenix Bangkit dikeluarkan pada 12 Jun 2001 dan menjadi kejayaan komersial apabila ia berjaya terjual sebanyak 15,000 unit.[10] Jualan album ini kemudian meningkat kepada 35,000 pada November 2001.[11] Antara lagu-lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Raikan Cinta", "Masirah" dan "Phoenix Bangkit Dari Abu".[10]

Menulis untuk Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain menganggap album ini sebagai sebuah "karya unggul M. Nasir dan merupakan sebuah interpretasi kesinambungan budaya antara Nusantara dan Timur Tengah".[1] Huzz, juga dari akhbar sama memberi penarafan lima bintang dalam senarai gred A untuk album ini.[10] Dalam ulasan retrospektif beliau untuk Berita Harian, Roslen Fadzil berkata: "Phoenix Bangkit bertaraf dunia dan patut sangat diletakkan sebaris album lain dalam rak artis world music di gedung hiburan".[12]

Untuk mempromosikan album ini, M. Nasir mengadakan Konsert Phoenix Bangkit yang pada mulanya berlangsung pada 5 Oktober 2001[13] di Suntex City, Singapura, bagaimanapun ia diadakan pada 21 Oktober akibat masalah kesihatan yang dihadapinya.[14] Dalam konsertnya ini, beliau menyampaikan lagu-lagu yang dimuatkan dalam Phoenix Bangkit.[15] Konsert ini telah dihadiri seramai 3,000 penonton.[16]

Senarai runut

sunting
No.TajukPenulisMasa
1."Raikan Cinta"M. Nasir5:15
2."Masirah"M. Nasir/S. Amin Shahab5:04
3."Sahabat Gua"M. Nasir5:50
4."Phoenix Bangkit Dari Abu"M. Nasir5:24
5."Bila Rumi Menari"M. Nasir5:42
6."Dah Lagu Tu!"M. Nasir4:24
7."Melawan Arus"M. Nasir5:43
8."Langgam Pak Dogo"M. Nasir/Loloq6:23
9."Oh! ... Anak"M. Nasir/Loloq4:07
10."Hijab Kekasih"M. Nasir/Seth6:04
Jumlah masa: 54:00


Tenaga kerja

sunting

Kredit diperoleh daripada catatan media album.[17]

Penyanyi dan pemuzik
  • M. Nasir - vokal (trek 1–10), harmonium (trek 3), perkusi (trek 1 dan 9)
  • Hidayat Nasir - vokal undangan (trek 2)
  • Shafie Nasir - vokal undangan (trek 2)
  • Masirah - vokal undangan (trek 2)
  • Tok Mat Sungai Congkak - vokal undangan (trek 2)
  • Marlia Musa - vokal undangan (trek 7)
  • Bob Lokman - vokal undangan (trek 8)
  • Sabri Yunus - vokal undangan (trek 8)
  • Ya Bin Daud - vokal undangan (trek 8)
  • Eija (Anugerah) - vokal latar (trek 1, 2, 3, 4, 7, 8 dan 9)
  • Juanita Ismail - vokal latar (trek 2 dan 5)
  • Rohimi Subeng - vokal latar (trek 2 dan 5)
  • Arab - vokal latar (trek 1, 2, 3, 7, 8 dan 9)
  • Tam Spider - vokal latar (trek 2, 4 dan 8)
  • Usop - vokal latar (trek 4)
  • Nan - gitar (trek 1, 2, 3, 4, 6, 7 dan 8), loop
  • Rafi - gitar (trek 5, 9 dan 10)
  • Jay Jay - bes (trek 3, 5, 6, 9 dan 10)
  • Yan - bes (trek 1, 2, 4, 7 dan 8)
  • Gary Gideon - dram
  • Ojay Jaya Rahmat - gendang (trek 6 dan 9)
  • Lian Phooi Woo - cello
  • Mohar - seruling
  • Syed Omar - gambus
  • Emmanuel Rey - oboe (trek 2)
  • Ramli Jawa - gendang, perkusi, rebana
  • Tony Alberto - perkusi
  • Firdaus - keyboard (trek 2, 4 dan 8)
  • Zul Mahat - keyboard (trek 1, 3, 5, 6, 7, 9 dan 10)
  • Ramli M.S. - akordion (trek 10)
  • Zarul Albakri - harp (trek 6)
  • Eddie Marzuki - mandolin (trek 3), string
  • Razak Rahman - seruling soprano (trek 10)
  • Chin Ying Yuen - viola
  • Terence Ong - viola
  • Ahmad Razli Ayub - violin
  • Azlan Che Othman - violin
  • Helena Ong - violin
  • Maya Musayeva - violin
  • Radzali Mustafa - violin
  • Yip Siew Keen - violin
  • Mat Zain - rebana
  • Mohd Sahimi - rebana
  • Mohd Zamri - rebana
  • Rock - rebana
Teknikal
  • M. Nasir - penerbit
  • Aznan Alias - penerbit bersama
  • Tony Alberto - penerbit bersama
  • Nasser Abu Kassim - penerbit eksekutif
  • Rudy Ramawy - penerbit eksekutif
  • Zaini Nordin - pengurus A&R
  • Mohd Foad Hassan - konsep, rekabentuk kulit album
  • Roslan Aziz - pengadun (trek 2)
  • Ahmad Zairi - pengadun
  • Greg Henderson - pembantu pengadun (trek 2)
  • Mohd Hafiz - pembantu pengadun
  • Din Arshad - fotografi
  • Keon - pengurus produk
  • Eddie Marzuki - gubahan
  • Marlin - rakaman (trek 5 dan 10)
  • Ridzwan Hashim - rakaman
  • Sunny - rakaman (trek 8 dan 9)
  • Azlee Yusman - rakaman, suntingan
  • Hanafi Hamdan - rakaman, suntingan
  • CL Toh - mastering
  • Mastering One - mastering
  • Studio Ronggeng - studio rakaman, suntingan
  • Synchrosound Studios - pengadun

Sejarah keluaran

sunting
Negara Tarikh keluaran Format Label
Malaysia 12 Jun 2001 CD, kaset, muat turun digital,[18] media penstriman,[19] Warner Music Malaysia

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2001 Anugerah Juara Lagu ke-16 Etnik Kreatif "Raikan Cinta" Tercalon [20]
2002 Anugerah Industri Muzik ke-9 Persembahan Vokal Lelaki Terbaik Di Dalam Album Phoenix Bangkit Menang [21]
Kulit Album Terbaik Menang
Rakaman Album Terbaik Tercalon
Album Pop Terbaik Menang
Album Terbaik Menang
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu "Phoenix Bangkit Dari Abu" Tercalon
Lagu Terbaik "Raikan Cinta" Tercalon
"Masirah" Tercalon
Anugerah Planet Muzik 2002 Album Terbaik Phoenix Bangkit Menang [22]
[23]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d Ku Seman Ku Hussain (28 Jun 2001). "Phoenix Bangkit...karya unggul M. Nasir". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-09. Dicapai pada 9 Disember 2018.
  2. ^ Burung Phoenix (23 September 2001). "Phoenix Bangkit keluar dari kepompong". Berita Minggu. Dicapai pada 7 Disember 2019.
  3. ^ Abie Abdullah (9 Julai 2001). "Phoenix Bangkit berkonsep ketimuran". Harian Metro. Dicapai pada 7 Disember 2019.
  4. ^ a b c d e f g "M. Nasir bangkit". Harian Metro. 19 Mei 2001. Dicapai pada 7 Mei 2018.
  5. ^ Daryl Goh (29 Jun 2001). "Living the rhythm of life" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 7 Mei 2018.
  6. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (10 Julai 2001). "M. Nasir - Pelbagaikan muzik Nusantara". Utusan Malaysia. Dicapai pada 7 Mei 2018.
  7. ^ a b c Saharudin Musthafa (27 Mei 2001). "Jiwa Melayu M. Nasir - Mencari akar dan merungkai polemik Melayu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 7 Mei 2018.
  8. ^ "Muzik: Kreativiti M. Nasir". Berita Harian. 2 Julai 2001. Dicapai pada 7 Mei 2018.
  9. ^ Rosli Manah (19 Mei 2001). "M. Nasir beralih kepada irama Arab". Utusan Malaysia. Dicapai pada 7 Mei 2018.
  10. ^ a b c Huzz (24 Jun 2001). "Kenapa album M. Nasir dapat taraf lima bintang". Utusan Malaysia. Dicapai pada 7 Mei 2018.
  11. ^ Adly Syairi Ramly; Sheryl Stothard (November 2001). PHOENIX BANGKIT: BACK TO ROOTS? (dalam bahasa Inggeris). TONE. m/s. 46–49 – melalui Prahara Seni.
  12. ^ Roslen Fadzil (25 Jun 2001). "Bawa Phoenix Bangkit ke tahap dunia". Berita Harian. Dicapai pada 7 Mei 2018.
  13. ^ Hanim Mohd Salleh (1 September 2001). "Kelainan M. Nasir papar unsur ketuhanan dalam lagu". Berita Harian Singapura. Dicapai pada 7 Mei 2018.
  14. ^ "M. Nasir pentingkan kepuasan peminat". Utusan Malaysia. 8 Oktober 2001. Dicapai pada 7 Mei 2018.
  15. ^ "Konsert Phoenix Bangkit di Singapura". Utusan Malaysia. 26 September 2001. Dicapai pada 7 Mei 2018.
  16. ^ Saharudin Musthafa (28 Oktober 2001). "M. Nasir masih belum tergugat". Utusan Malaysia. Dicapai pada 7 Mei 2018.
  17. ^ Phoenix Bangkit (catatan media). M. Nasir. Warner Music Malaysia. 2001. 8573-88187-2.CS1 maint: others (link)
  18. ^ "Phoenix Bangkit, album by M. Nasir". iTunes Store (MY). Apple. Dicapai pada 7 Mei 2018.
  19. ^ "Phoenix Bangkit by M. Nasir". Spotify. Dicapai pada 7 Mei 2018.
  20. ^ Rosli Manah; Khadijah Ibrahim (1 Januari 2002). "Juara Lagu 2001 - Kesinambungan monopoli muzik etnik". Utusan Malaysia. Dicapai pada 7 Mei 2018.
  21. ^ "Apa kata pemenang anugerah". Utusan Malaysia. 22 April 2002. Dicapai pada 7 Mei 2018.
  22. ^ Rosli Manah (25 Januari 2002). "Penyanyi bersaing di Anugerah Planet Muzik". Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  23. ^ "M. Nasir, Siti Nurhaliza bag major awards" (dalam bahasa Inggeris). NSTP e-Media. 29 Januari 2002. Dicapai pada 7 Mei 2018.

Pautan luar

sunting