Konsert Phoenix Bangkit

Konsert Phoenix Bangkit M. Nasir Singapura 2001 ialah konsert oleh M. Nasir. Ia berlangsung pada 21 Oktober 2001 di Suntec City, Singapura bagi mempromosikan album keenamnya, Phoenix Bangkit yang dikeluarkan pada 11 Jun 2001.[1] Senarai lagu yang dipersembahkan termasuk lagu-lagu dari album Phoenix Bangkit serta lagu-lagu dari album-albumnya yang lain. Konsert ini menjadi kejayaan komersial.[2][3]

Konsert Phoenix Bangkit M. Nasir Singapura 2001
Konsert oleh M. Nasir
LokasiSuntex City, Singapura
Album berkaitanPhoenix Bangkit
Tarikh21 Oktober 2001[a]
Tempoh masa2 jam
Jumlah persembahan1
Kehadiran3,000
Kronologi konsert M. Nasir

Konsert

sunting

Berikutan kejayaan komersial album Phoenix Bangkit yang dilancarkan pada 11 Jun 2001, M. Nasir mengumumkan akan mengadakan sebuah konsert khas bagi mempromosikan album ini. Konsert ini merupakan lanjutan daripada konsert sama yang disiarkan di ntv7 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-44 pada 31 Ogos 2001, yang mana ia menjadi kontroversi apabila Lembaga Penapisan Filem (LPF) memotong segmen deklamasi puisi dalam persembahan untuk siaran televisyen.[1][4]

Konsert Phoenix Bangkit M. Nasir pada mulanya dijadualkan akan berlangsung di Suntex City, Singapura pada 5 Oktober 2001.[5] Bagaimanapun ia ditunda selepas M. Nasir dibawa ke hospital akibat penyakit batu karang.[6] Seperti konsertnya sebelum ini, beliau membuat persiapan dan berlatih dua bulan lebih awal untuk memastikan mempunyai stamina semasa di pentas. M. Nasir dalam temubual bersama Utusan Malaysia berkata beliau tidak terfikir untuk menangguhkannya malah berharap dapat beraksi seperti yang dijadualkan.[7]

Konsert Phoenix Bangkit diadakan secara rasmi pada 21 Oktober 2001 di Suntex City. Penganjur konsrrt membenarkan pemegang tiket konsert yang bertarikh 5 Oktober menggunakan tiket tersebut untuk konsert pada 21 Oktober. Lebih 3,000 keping tiket telah dijual di Singapura. Konsert ini diadakan bagi mempromosikan album Phoenix Bangkit yang memuatkan lagu yang mempunyai sentuhan muzik Timur Tengah dan Asia Barat.[7]

Dalam konsert ini, M. Nasir membawakan lagu-lagu daripada album Phoenix Bangkit dengan lagu-lagu hit seperti "Raikan Cinta", "Phoenix Bangkit Dari Abu" dan "Langgam Pak Dogo". Selain itu, beliau mengimbas kembali lagu-lagu popularnya seperti "Ekspres Rakyat", "Andalusia" dan "Kias Fansuri" yang turut mengetengahkan 15 pemuzik termasuk penyanyi latar.[1][7] Persembahan M. Nasir juga turut diiringi oleh seorang pemain gendang Sunda yang diterbangkan khas dari Indonesia.

Pelakon dan pelawak Sabri Yunus bersama kumpulan dikir baratnya turut diundang menjayakan persembahan dikir barat dan sketsa. M. Nasir turut mengundang adiknya, Zoul untuk menjayakan persembahan. Beliau pada asalnya mahu menghimpunkan ahli asal kumpulannya, Kembara, iaitu A. Ali dan S. Sahlan namun tidak dapat berbuat demikian kerana mereka berdua sudah ada komitmen.[8] Konsert ini menjadi kejayaan komersial apabila ia dihadiri seramai 3,000 penonton.[7][2]

Senarai lagu

sunting
Phoenix Bangkit
  1. "Raikan Cinta"
  2. "Masirah"
  3. "Sahabat Gua"
  4. "Phoenix Bangkit Dari Abu"
  5. "Bila Rumi Menari"
  6. "Dah Lagu Tu!"
  7. "Melawan Arus"
  8. "Langgam Pak Dogo"
  9. "Oh!... Anak"
  10. "Hijab Kekasih"[b]
Srikandi Cintaku
  1. "Andalusia"
  2. "Kias Fansuri"
Canggung Mendonan
  1. "Sentuhan Listrikmu"
Saudagar Mimpi
  1. "Bikin Filim"
S.O.L.O
  1. "Sayembara Hidup"
Kembara
  1. "Ekspres Rakyat"
  2. "Hati Emas"
  3. "Gerhana"
  4. "Gelora"
  5. "Balada Seorang Nelayan"

Tarikh konsert

sunting
Tarikh Negara Bandar Kehadiran penonton Jualan tiket
21 Oktober 2001 Singapura Suntex City 3,000 Habis dijual

Catatan

sunting
  1. ^ Asalnya dijadualkan pada 5 Oktober 2001. Namun ia ditukar kepada 21 Oktober 2001 berikutan penyakit batu karang yang dihidapi oleh M. Nasir.
  2. ^ Pada mulanya lagu ini tidak tersenarai dalam senarai 20 lagu yang dipersembahkan dalam Konsert Phoenix Bangkit, namun ia dipersembahkan oleh M. Nasir atas permintaan peminat.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c "Konsert Phoenix Bangkit di Singapura". Utusan Malaysia. 26 September 2001. Dicapai pada 21 Mei 2018.
  2. ^ a b Saharudin Musthafa (28 Oktober 2001). "M. Nasir masih belum tergugat". Utusan Malaysia. Dicapai pada 21 Mei 2018.
  3. ^ Rosli Manah (25 Oktober 2001). "M. Nasir - Konsert Phoenix Bangkit gegar Singapura". Utusan Malaysia. Dicapai pada 21 Mei 2018.
  4. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (5 September 2001). "Konsert khas - Lembaga penapis potong segmen puisi". Utusan Malaysia. Dicapai pada 21 Mei 2018.
  5. ^ Hanim Mohd Salleh (1 September 2001). "Kelainan M. Nasir papar unsur ketuhanan dalam lagu". Berita Harian Singapura. Dicapai pada 21 Mei 2018.
  6. ^ "Sudah nasib M. Nasir". NSTP e-Media. 17 Oktober 2001. Dicapai pada 21 Mei 2018.
  7. ^ a b c d "M. Nasir pentingkan kepuasan peminat". Utusan Malaysia. 8 Oktober 2001. Dicapai pada 21 Mei 2018.
  8. ^ Ahmad Saufi Mansor (25 Oktober 2001). "M. Nasir tetap lincah". NSTP e-Media. Dicapai pada 21 Mei 2018.