Zoo London
Zoo London (bahasa Inggeris: London Zoo ) ialah zoo saintifik tertua di dunia.[7] Zoo ini dibuka di London pada 27 April 1828,[8] dan asalnya bertujuan untuk digunakan sebagai koleksi kajian saintifik. Pada tahun 1831 atau 1832, haiwan dari kumpulan binatang kurungan Menara London dipindahkan ke koleksi zoo ini. Zoo ini dibuka kepada awam pada tahun 1847.[7] Kini, zoo ini menempatkan koleksi 673 spesies haiwan, dengan 19,289 ekor haiwan, mejadikannya salah satu koleksi terbesar di United Kingdom.[9] Zoo ini kadangkala dipanggil Zoo Regent (Regent's Zoo).
Fail:ZSL London Zoo logo.png | |
Tarikh dibuka | 27 April 1828 |
---|---|
Lokasi | Taman Regent London, NW1 United Kingdom |
Koordinat | 51°32′08″N 00°09′21″W / 51.53556°N 0.15583°WKoordinat: 51°32′08″N 00°09′21″W / 51.53556°N 0.15583°W |
Kawasan tanah | 36 ekar (15 he)[1] |
No. haiwan | 19,289 (2018)[2] |
No. spesies | 673 (2018) |
Pelawat tahunan | 1,133,952 (2018)[3] |
Keahlian | BIAZA,[4] EAZA,[5] WAZA[6] |
Pameran utama | Gorilla Kingdom, Animal Adventure, Blackburn Pavilion, Clore Rainforest Lookout, Into Africa, Tiger territory, Land of the Lions dan Penguin Beach. |
Laman sesawang | ZSL London Zoo |
Zoo ini diurus di bawah perlindungan Persatuan Zoologi London (ditubuhkan pada tahun 1826),[7] dan terletak di pinggir utara Taman Regent, di garis sempadan di antara Bandar Westminster dan boro Camden (Terusan Regent mengalir melaluinya).[10] Persatuan ini juga mempunyai tapak yang lebih lapang di Zoo Whipsnade ZSL di Bedfordshire dan di sana haiwan yang lebih besar seperti gajah dan badak sumbu dipindahkan.[11][12] Serta menjadi zoo saintifik pertama, Zoo London ZSL juga buka rumah reptilia pertama (1849), akuarium awam pertama (1853),[13] rumah serangga pertama (1881) dan zoo kanak-kanaknya (1938).
ZSL tidak menerima dana dan bergantung kepada keahlian 'Felow' dan 'Kuaker', bayaran masuk dan penajaan untuk menjana pendapatan.[14][15]
Rujukan
sunting- ^ "ZSL Corporate and Private Events". zsl.org. ZSL. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2008. Dicapai pada 3 Mac 2008.
- ^ "Animal inventory". Zoological Society of London (ZSL) (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "ALVA - Association of Leading Visitor Attractions". www.alva.org.uk. Dicapai pada 27 July 2019.
- ^ "BIAZA Zoos and Aquariums". biaza.org.uk. BIAZA. Dicapai pada 24 April 2012.
- ^ "EAZA Member Zoos & Aquariums". eaza.net. EAZA. Dicapai pada 24 April 2012.
- ^ "Zoos and Aquariums of the World". waza.org. WAZA. Dicapai pada 24 April 2012.
- ^ a b c "ZSL's History". ZSL. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 February 2008. Dicapai pada 5 March 2008.
- ^ "April 27". Today in Science History. Dicapai pada 5 March 2008.
- ^ "ZSL Animal Inventory". ZSL. 1 January 2018. Dicapai pada 14 March 2019.
- ^ "Google Maps". Google. Dicapai pada 5 March 2008.
- ^ "London elephants to join friends at Whipsnade". ZSL. 30 October 2001. Dicapai pada 5 March 2008.
- ^ "Elephants leave London". BBC News. 1 November 2001. Dicapai pada 5 March 2008.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaaquarium-history
- ^ "Volunteering at London Zoo and Whipsnade Wild Animal Park" (PDF). ZSL. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 April 2008. Dicapai pada 5 March 2008.
- ^ "London Zoo". Good Zoos. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 August 2012. Dicapai pada 5 March 2008.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Zoo London |
- (Inggeris) Laman web Zoo London
- (Inggeris) Arkib rencana dan filem tentang Zoo London
- (Inggeris) Zoo London pada abad ke-19