Zhao Yingcheng (Nama Ibrani: Moshe ben Abram;[1] 1619–1657?) merupakan seorang menteri di China semasa Dinasti Ming dan seorang Yahudi. Beliau dengan saudaranya Zhao Yingdou, juga seorang menteri, memegang jawatan penting dalam kerajaan pada zaman 1660-an.[2][3]

Zhao Yingcheng
Tulisan Cina Tradisional趙映乘
Tulisan Cina Ringkas赵映乘

Mahir dalam kedua-dua Bahasa Ibrani dan Bahasa Cina, Zhao, dari wilayah Chen-Si, memperolehi ijazah jinshi pada tahun 1646. Beliau dilantik sebagai pengarah Kementerian Pengadilan. Selepas 4 tahun beliau dihantar ke Fujian dan Huguang sebagai seorang pegawai. Beliau diperingati sebagai seorang pengurus yang cekap dan seorang cendekiawan cemerlang yang menghapuskan perompak tempatan dan mendirikan sekolah.[4]

Pada tahun 1642, hampir akhir Dinasti Ming, Kaifeng dibanjirkan oleh tentera Ming dari Sungai Kuning (Huang He/Hwang Ho) untuk mencegah pemberontak petani Li Zicheng daripada mengambil alihnya. Selepas ini, kota ini terbiar. Saumaah komuniti Yahudi Kaifeng (dilaporkan sejak tahun 1163) termusnah, dan Yahudi di sana melarikan diri ke utara Sungai Kuning. Mereka membawa bersama gulungan kertas mereka, yang telah diselamatkan selepas dibuang ke dalam sungai.

Selepas 2 tahun, Zhao ditugasi untuk memulihkan kota ini. Dengan bantuan saudaranya, Zhao Yingdou, beliau membawa para Yahudi untuk menyeberangi sungai dan pulang ke kediaman asal mereka. Saumaah itu dibina semula pada tahun 1653, dengan biayaan kewangan peribadi oleh Zhao.[4] Satu skrol yang lengkap untuk Hukum itu terdiri daripada cebisan-cebisan yang diselamatkan dari sungai, dengan salinan-salinannya dibuat. Sebuah stele batu bertarikh 1663 yang memerincikan usaha Zhao Yingcheng kemudian dibina.

Zhao menulis kisah tentang penyelamatan skrol dan pembinaan semula kuil dalam karyanya, Record of the Vicissitudes of the Holy Scriptures. Saudaranya (entah abang atau adik) menulis Preface to the Illustrious Way yang dianggap sebagai penjelasan rukun agama Yahudi. Kedua-dua karya itu kini hilang, dengan sarjana Cina pada masa kebelakangan ini mula mencari-cari karya tersebut di perpustakaan-perpustakaan Kaifeng, Beijing, serta juga di tempat-tempat lain.[1]

Catatan

sunting
  1. ^ a b Michael Pollack, "The Jews of Kaifeng", p. 4
  2. ^ Li Yu, A History of Reading in Late Imperial China, 1000–1800, pp. 257–58
  3. ^ Zhao 2005
  4. ^ a b Li Yu, p. 258

Sumber

sunting
  • Li Yu, A History of Reading in Late Imperial China, 1000–1800, Ohio State University doctoral dissertation, 2003
  • Zhao, Guangjun (2005). "清初一个开封犹太人宗教文化身份的认同—开封著名犹太人赵映乘考述 (Cultural and religious identification of Jewish people in the early Qing dynasty — research on famous Kaifeng Jew Zhao Yingcheng)". Guizhou Minzu Yanjiu (6). Dicapai pada 2007-07-19.

Bacaan lanjut

sunting
  • J. Tobar, Inscriptions Juives de K'ai-fong-fou. Shanghai, 1900
  • M. Adler, in Jewish Quarterly Review, xiii, 22–23
  • Donald Leslie, "The K’aifeng Jew Chao Ying-Ch’eng and his Family." In Studies of the Chinese Jews: Selections from Journals East and West, compiled by Hyman Kublin. New York: Paragon Book Reprint Corp., 1971
  • The Survival of the Chinese Jews: The Jewish Community of Kaifeng. Leiden: E.J. Brill, 1972
  • Mandarins, Jews, and Missionaries: The Jewish Experience in the Chinese Empire. Philadelphia, 1980. Reprinted, 1983. 2nd ed., New York: 1998.

Pautan luar

sunting

Rencana ini menggabungkan teks daripada rencana Jewish Encyclopedia 1901–1906, "Chao Yng-Cheng", sebuah penerbitan yang kini berada di dalam domain awam.