Yoo Hae-jin (lahir 4 Januari 1970) adalah seorang pelakon Korea Selatan.

Yoo Hae-jin
Kelahiran (1970-01-04) 4 Januari 1970 (umur 54)
PekerjaanActor
Tahun aktif1997–present
EjenHuayi Brothers
(formerly Sim Entertainment)
Nama Korea
Hangul
Perumian SemakanYu Hae-jin
McCune–ReischauerYu Haechin

Kerjaya

sunting

Semasa zaman kanak-kanak, Yoo Hae-jin akan sering menyelinap masuk melalui pintu belakang sebuah pusat kebudayaan berdekatan dengan rumah beliau untuk menonton acara yang sedang diadakan di sana. Setelah melihat sebuah teater semasa darjah lapan, beliau memutuskan berlakon sebagai kerjaya masa depan beliau. Beliau memohon untuk dihantar kepada sekolah tinggi seni, tapi keluarganya adalah konservatif dan kewangan yang tidak mampu. Maka dalam tahun-tahun pertama di sekolah tinggi, Yoo menyertai satu kumpulan lakonan. Pada mulanya, dia melakukan tugas-tugs rencam untuk pelakon-pelakon lain dan mencuba meniru apa mereka buat dari jauh. Walaupun pendiam, Yoo perlahan-lahan mulai untuk belajar bagaimana untuk berlakon di atas pentas. Selepas memohon dua kali untuk memasuki kursus teater dan filem di kolej dan ditolak kerana penampilannya, Yoo memilih kursus rekaan fesyen. Namun lakonan tetap menjadi impian beliau dan beliau lebih menumpukan kerja-kerja teater berbanding rekaan fesyen, hampir-hampir tidak lulus. Oleh kerana proses pemilihan khas untuk para garduan berdasarkan gred semata-mata, Yoo akhirnya diterima ke jabatan teater Institut Seni Seoul (Seoul Institute of the Arts).Ralat petik: Pembukaan tag <ref> tidak tidak berfungsi atau mempunyai nama yang salah.Ralat petik: Pembukaan tag <ref> tidak tidak berfungsi atau mempunyai nama yang salah.Ralat petik: Pembukaan tag <ref> tidak tidak berfungsi atau mempunyai nama yang salah.

Yoo kemudian mulai melakukan peranan bit, naik pangkat ke peranan sokongan dimana beliau memperoleh reputasi sebagai scene stealer (pencuri tumpuan). Walaupun mempunyai waktu tayang yang sedikit, lakonan beliau memberi impak yang berkesan kepada penonton dan pengkritik. Apabila filem-filem Korea Selatan menjadi lebih luas dari segi genre, Yoo dapat peluang dalam peranan-peranan yang lebih berat dan sekarang menjadi nama besar di layar perak. Beliau seterusnya mengukuhkan lagi nama beliau sebagai salah seorang pelakon popular, antara filem yang memberi kesan ialah King and The Clown, Small Town RivalsJeon Woo-chi: Tao Wizard, Moss, The Unjust, The Pirates, The Classified Files, Minority Opinion, Veteran, dan Public Enemy serta sekuel-sekuelnya.[1][2] 2017 adalah tahun yang berjaya untuk Yoo - dia punya peranan dalam tiga filem yang mencatatkan kutipan tertinggi; Confidential Assignment,[3] A Taxi Driver dan 1987: When the Day Comes.[4] Secara khususnya, A Taxi Driver membuatkan beliau memenangi Anugerah Pelakon Sokongan Terbaik di Anugerah Persatuan Pengkritik Filem Korea dan pencalonan di Anugerah Filem Asia.

Selepas itu, Yoo mula mengambil peranan utama. Filem pertamanya sebagai pelakon utama, Luck Key telah menarik lebih 5 juta penonton.[5][6] Beliau kemudian membintangi filem komedi keluarga berjudul Love+Sling dan remake filem komedi Itali Perfect Strangers. Pada 2018, beliau membintangi filem sejarah perang berjudul Battle.[7][8]

Beliau juga muncul sebagai ahli tetap dalam dua rancangan hiburan realiti: 2 Days & 1 Night dari Mac hingga November 2013 dan Three Meals a Day: Fishing Village pada Januari 2015.[9][10]

Kehidupan peribadi

sunting

Yoo dan pelakon Kim Hye-soo pertama kali bertemu pada 2001 selepas penggambaran filem Kick the Moon dan menjadi rapat pada 2006 selepas muncul bersama dalam filem Tazza: The High Rollers. Khabar angin tentang mereka berdua sedang berpacaran bermula pada 2008 walaupun kedua-duanya sentiasa menafikan hubungan romantis sehingga awal tahun 2010 dimana gambar-gambar mereka berdua yang diambil paparazi mula muncul dan pasangan mengesahkan secara rasmi hubungan mereka. Mereka berdua kemudian berpisah pada 2011.

Filmografi

sunting
Tahun Tajuk Peranan
1997 Blackjack Dump
1999 The Spy Eokkae 2
Attack the Gas Station Yonggari
2001 Kick the Moon Neopchi
Musa the Warrior Du-chung
2002 Public Enemy Yong-man
Break Out Composed man
Jail Breakers Police officer
The Coast Guard Cheol-gu
2003 Mr. Butterfly Dong-sik
Please Teach Me English Subway passenger
2004 Ice Rain Park In-soo
Dance with the Wind
Hi! Dharma 2: Showdown in Seoul Yong-dae
2005 Another Public Enemy Yong-man
Blood Rain Dok-gi
Short Time Han-kal
Never to Lose Gas bucket
Mapado Fisherman (cameo)
King and the Clown Yuk-gab
2006 Over the Border Kim Sun-ho's brother-in-law
Tazza: The High Rollers Ko Gwang-ryeol
Once in a Summer PD Kim
2007 Small Town Rivals Noh Dae-gyu
My Son Man next door (voice)
Mission Possible: Kidnapping Granny K Moon Geun-young
2008 Public Enemy Returns Yong-man
Truck Truck driver Jung Cheol-min
2009 Jeon Woo-chi: The Taoist Wizard Chorangyi
2010 A Little Pond Refugee
Moss Kim Deok-cheon
Enemy at the Dead End Park Sang-eob
The Unjust Jang Seok-gu
2011 In Love and War Jae-hoon
Mama Mama's boy gangster Seung-chul
2012 Miss Conspirator Red Shoes
The Spies Department head Choi
Rise of the Guardians Easter Bunny (Korean dubbed)[11]
2013 The Flu Bae Kyung-ub
2014 Obsessed Im, owner of Renaissance Music Hall
The Pirates Chul-bong
Tazza: The Hidden Card Ko Gwang-ryeol
2015 The Classified File Kim Joong-san
Minority Opinion Jang Dae-seok
Veteran Managing director Choi
Fatal Intuition Pharmacist Min
2016 Luck Key Hyung-wook
2017 Confidential Assignment Kang Jin-tae
A Taxi Driver Hwang Tae-sool
1987: When the Day Comes Han Byung-yong
2018 Love+Sling Gwi-bo
2019 Perfect Stranger
Battle

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Steseb TV
2004 The Land Kim Pyeong-san/Kim Doo-soo SBS
2013 March: A Story of Friends Dirinya sendiri
2 Days & 1 Night Ahli tetap 
(musim 2, episod 56-89)
KBS2
2015 Three Meals a Day: Fishing Village Ahli tetap tvN
Three Meals a Day: Fishing Village Musim 2
2016 Three Meals a Day: Gochange Village

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Kerja yang Dicalonkan Keputusan
2006 43rd Grand Bell Awards[12] Best Supporting Actor King and the Clown Menang
27th Blue Dragon Film Awards Tercalon
14th Chunsa Film Art Awards Tazza: The High Rollers Tercalon
2010 47th Grand Bell Awards Moss Tercalon
31st Blue Dragon Film Awards[13] Menang
8th Korean Film Awards[14] Menang
2011 5th Asian Film Awards Tercalon
48th Grand Bell Awards The Unjust Tercalon
32nd Blue Dragon Film Awards Tercalon
2014 51st Grand Bell Awards[15] The Pirates Menang
35th Blue Dragon Film Awards Tercalon
1st Korean Film Producers Association Awards Menang
The Night of Stars-Korea Top Star Awards Korea's Top Supporting Actor Menang
2015 6th KOFRA Film Awards[16] Best Supporting Actor Menang
10th Max Movie Awards Tercalon
51st Baeksang Arts Awards[17] Best Supporting Actor (Film) Menang
35th Golden Cinema Festival[18] Best Supporting Actor Menang
24th Buil Film Awards The Classified File Tercalon
52nd Grand Bell Awards Veteran Tercalon
36th Blue Dragon Film Awards Tercalon
16th Busan Film Critics Awards[19] Best Actor Menang
2016 11th Max Movie Awards Best Supporting Actor Tercalon
2017 51st Taxpayers' Day Presidential Commendation Menang
53rd Baeksang Arts Awards Best Actor (Film) Luck Key Tercalon
22nd Chunsa Film Art Awards Best Actor Tercalon
7th SACF Artists of the Year Awards Artistic Impression in Motion Pictures Award Menang
12th University Film Festival of Korea Best Actor Luck Key Menang
37th Korean Association of Film Critics Awards[20] Best Supporting Actor A Taxi Driver Menang
38th Blue Dragon Film Awards Tercalon
2018 12th Asian Film Awards[21] Tercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ "Yu Hae-jin Reveals What Gives Him the Most Pleasure". The Chosun Ilbo. 17 September 2015. Dicapai pada 2015-09-19.
  2. ^ "Yoo Hae-jin still finds each film set 'new'". Kpop Herald. 15 January 2017.
  3. ^ "Actors Hyun Bin and Yoo Hae-jin speak about 'Confidential Assignment'". Yonhap News Agency. 18 January 2017.
  4. ^ "1987 Adds YOO Hae-jin, YEO Jin-gu and SUL Kyung-gu". 6 April 2017.
  5. ^ "YOO Hae-jin and LEE Joon's KEY OF LIFE Began to Shoot". Korean Film Biz Zone. October 12, 2015.
  6. ^ "LUCK-KEY Surpassed 5 Million Viewers". 3 November 2016.
  7. ^ "Putting his best foot forward : In 'Love + Sling,' Yoo Hai-jin plays a father helping his son succeed". Korea JoongAng Daily. 10 May 2018.
  8. ^ "RYU Jun-yeol and YOO Hae-jin Prepare for BATTLE". Korean Film Biz Zone. 28 August 2018.
  9. ^ Jin, Eun-soo (13 January 2015). "Three Meals a Day spawns spinoff". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 2015-01-21.
  10. ^ Kim, Yeon-ji (19 June 2015). "Yoo Hae-jin continues to work hard". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 2015-06-19.
  11. ^ Lee, Claire (24 October 2012). "Four local actors voice Hollywood-animated film". The Korea Herald. Dicapai pada 2012-11-18.
  12. ^ "43rd Crowns King and the Clown". Korean Film Biz Zone. 26 July 2007.
  13. ^ ""Secret Reunion" wins best picture at Blue Dragon awards". 10Asia. 29 November 2010.
  14. ^ ""The Man From Nowhere" sweeps Korea Film Awards". 10Asia. 19 November 2010.
  15. ^ Conran, Pierce (24 November 2014). "ROARING CURRENTS Tops 51st Daejong Film Awards". Korean Film Biz Zone. Dicapai pada 2015-08-08.
  16. ^ "Kofra Film Awards Recognizes CHUN Woo-hee". Korean Film Biz Zone. 28 June 2015.
  17. ^ Conran, Pierce (27 May 2015). "CHOI Min-sik and REVIVRE Triumph at 51st Paeksang Arts Awards". Korean Film Biz Zone. Dicapai pada 27 May 2015.
  18. ^ "Kim Hye-soo and Sul Kyung-gu to be awarded the Best Actress and Actor". Hancinema. Segye. 20 September 2015.
  19. ^ "YOO Hae-jin and KIM Min-hee Take Acting Honors". Korean Film Biz Zone. 16 December 2015.
  20. ^ "THE FORTRESS Dominates 37th Korean Film Critics Association Awards". Korean Film Biz Zone. 30 October 2017.
  21. ^ "Asian Film Awards 2018 nominations". South China Morning Post. January 11, 2018.