Yong tau fu

(Dilencongkan daripada Yong tao foo)

Yong tau fu (juga dieja yong tao foo, yong tau foo, atau yong tau hu, 酿豆腐) ialah sejenis hidangan sup Cina Hakka yang kerap didapati di Singapura dan Malaysia.

Yong tau fu
Bahasa Cina
Maksud harfiah"tauhu tapai"

Di Malaysia, kawasan Ampang di Kuala Lumpur khususnya terkenal dengan hidangan ini dimulakan pada awal 1960-an oleh sebuah restoran bernama "Chew Kuan. Pokoknya, hidangan ini di mana tauhu dibubuh pes daging ikan atau ayam, dan dengan itu hidangan ini bernama "Yong Tau Foo" yang bermaksud "tauhu sumbat". Ia kebiasaan terbawa masyarakat Hakka menggantikan bahan tepung gandum yang tidak dapat diperolehi untuk membuat kulit ladu selepas penghijrahan dari utara ke selatan tanah besar China.[1] Sejak itu beraneka sayur-sayuran dan masakan goreng juga turut dibubuhi sedemikian, jadi nama Yong Tau Foo pun digunakan untuk memaksudkan mana-mana makanan yang disajikan sedemikian.

Hakka Yong Tau Fu

sunting

Versi Hakka Yong Tau Fu dikatakan sebagai versi original. Hakka Yong Tau Fu ini mengandungi kiub tau fu yang telah dibubuh daging cincang (lazimnya daging ikan ataupun ayam) dan herba. Setelah itu, yong tau fu itu digoreng sehingga berwarna perang-keemasan , kadang-kadang direbus. Variasi termasuk penggunaan pelbagai campuran sayur-sayuran termasuk terung, cendawan shiitake, dan buah melon diisi dalam cincangan daging yang sama. Secara tradisional, yong tau foo dihidangkan dalam rebusan kacang kuning bersama-sama dengan buah melon pahit dan cendawan shiitake.

Rujukan

sunting
  1. ^ Low Sze Wee (Apr–Jun 2022). "We Are What We Eat: The Evolution of Chinese Food in Singapore". BiblioAsia. Jil. 18 no. 1. National Library Board. m/s. 58–61.CS1 maint: date format (link)

Pautan luar

sunting