Yasuhiro Nakasone
Yasuhiro Nakasone (中曽 根康弘, 27 Mei 1918 - 29 November 2019) adalah ahli politik Jepun dan menjadi Perdana Menteri Jepun dari 27 November 1982 hingga 6 November 1987. Sezaman dengan Ronald Reagan, Helmut Kohl, François Mitterrand, Margaret Thatcher, and Mikhail Gorbachev, beliau amat berjaya dalam projek penswastaan syarikat-syarikat kerajaan yang membantu syarikat lebih nasionalis semasa dan selepas beliau menjadi Perdana Menteri.
Yasuhiro Nakasone | |
---|---|
中曽 根康弘 | |
Dalam jawatan November 27 1982 – November 6 1987 | |
Raja | Maharaja Showa |
Didahului oleh | Zenko Suzuki |
Digantikan oleh | Noboru Takeshita |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Wilayah Gunma, Jepun | 27 Mei 1918
Mati | 29 November 2019 Tokyo | (umur 101)
Parti politik | Parti Demokratik Liberal |
Kehidupan awal
suntingLahir di wilayah Gunma dan belajar di Universiti Imperial Jepun. Semasa Perang Dunia II, beliau menjadi kelasi Tentera Laut Imperial Jepun.
Pada 1946, dia memasuki Dewan Tertinggi Jepun . 1959 dilantik sebagai Menteri Sains di bawah Perdana Menteri Nobusuke Kishi dan menjadi Menteri Pengangkutan pada 1967 serta mengetuai Agensi Pertahanan pada 1970. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 1972 dan Menteri Pentadbiran pada 1981.
Perdana Menteri
suntingPada 1982, Nakasone menjadi Perdana Menteri. Bersama dengan Menteri Luar Negeri, Shintaro Abe, Nakasone membuat hubungan diplomatik dengan USSR dan Republik Rakyat China. Beliau sangat rapat dengan Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan. Beliau lebih mesra dipanggil 'Ron-Yasu'. Dasar penswastaan beliau telah memecah penguasaan Kereta api Kebangsaan Jepun kepada syarikat Kereta api Jepun.
Nakasone diketahui sangat nasionalis. Pada 1985 beliau menjadi Perdana Menteri Jepun pertama melawat Kuil Yasukuni selepas keputusan kontroversi pemakaman 14 wira kelas A Tentera Jepun semasa Perang Dunia II pada 1978. Semasa beliau menamatkan jawatan perdana menteri, ramai minoriti Korea di Jepun menuntut hak-hak sebagamana minoriti di Amerika Syarikat. Apabila Nakasone menyindir 'problematik minoriti' Amerika Syarikat, Menteri Pelajaran Jepun, Masayuki Fuji telah meletak jawatan pada 1986.
Politik
suntingNakasone digantikan oleh Noburu Takeshita pada 1987 selepas pembongkaran Skandal Recruit. Anak lelakinya Hirofumi Nakasone menjadi ahli Diet dan berkhidmat dalam kabinet Keizo Obuchi sebagai Menteri Pelajaran Jepun.
Pautan luar
sunting- Kategori berkenaan Yasuhiro Nakasone di Wikimedia Commons
Didahului oleh Helmut Kohl |
Pengerusi G8 1986 |
Diikuti oleh: Amintore Fanfani |