François Mitterrand
François Maurice Adrien Marie Mitterrand (disebut Perancis: [fʁɑ̃swa mɔʁis mitɛʁɑ̃] ( dengar)) (26 Oktober 1916 – 8 Januari 1996) merupakan seorang negarawan Perancis yang berkhidmat sebagai Presiden negara tersebut yang paling lama dalam sejarah jawatan tersebut dari tahun 1981 sehingga tahun 1995. Beliau merupakan orang berfahaman sayap kiri pertama yang dilantik sebagai presiden Republik Kelima Perancis daripada kedudukannya sebagai ketua Parti Sosialis.
François Mitterrand | |
---|---|
Presiden Perancis | |
Dalam jawatan 21 Mei 1981 – 17 Mei 1995 | |
Perdana Menteri | Pierre Mauroy Laurent Fabius Jacques Chirac Michel Rocard Édith Cresson Pierre Bérégovoy Édouard Balladur |
Didahului oleh | Valéry Giscard d'Estaing |
Digantikan oleh | Jacques Chirac |
Putera Bersama Andorra | |
Dalam jawatan 21 Mei 1981 – 17 Mei 1995 | |
Perdana Menteri | Òscar Ribas Reig Josep Pintat-Solans Òscar Ribas Reig Marc Forné Molné |
Berkhidmat dengan | Joan Martí Alanis |
Wakil | Jean-Yves Caullet |
Didahului oleh | Valéry Giscard d'Estaing |
Digantikan oleh | Jacques Chirac |
Maklumat peribadi | |
Lahir | François Maurice Adrien Marie Mitterrand 26 Oktober 1916 Jarnac, Perancis |
Mati | 8 Januari 1996 Paris, Perancis | (umur 79)
Tempat semadi | Cimetiere des Grands-Maisons Jarnac, Perancis |
Parti politik | Croix-de-Feu (sebelum 1936) Kesatuan Demokrasi dan Sosialis Pemberontakan (Union démocratique et socialiste de la Résistance) (1945–1964) Konvensyen Institusi Republikan (Convention des institutions républicaines) (1964–1971) Parti Sosialis (1971–1996) |
Pasangan | Danielle Gouze (k. 1944; his death 1996) |
Anak | 4, termasuk Jean-Christophe dan Mazarine Pingeot Mitterrand |
Saudara | Frédéric Mitterrand (nephew) |
Tempat belajar | Universiti Paris Sciences Po |
Tandatangan | |
Laman web | L'Institut Mitterrand |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Perancis |
Cabang/khidmat | Tentera Perancis |
Tahun khidmat | 1939–1941 |
Mitterrand memulakan kerjaya politik dengan memihak kepada sayap nasionalis kanan Katolik, mengikut fahaman keluarganya. Beliau berkhidmat di bawah pemerintahan Rejim Vichy naungan Jerman Nazi ketika ia masih baru ditubuhkan, namun beliau kemudiannya menyertai Pemerintah Pemberontak (La Résistance) yang bersayap kiri, dan memegang jawatan menteri beberapa kali di bawah Republik Keempat. Beliau menentang pembentukan Republik Kelima yang dilakukan oleh Charles de Gaulle. Meskipun Miterrand kadangkalanya dianggap sebagai seorang ahli politik yang tidak mudah didekati, beliau dapat mengalahkan pesaingnya sehinnga akhirnya menjadi orang harapan sayap kiri dalam setiap pemilihan pilihan raya presiden dari 1965 ke 1988, kecuali 1969. Beliau dilantik selepas memenangi pilihan raya presiden Mei 1981 serta dipilih semula pada tahun 1988 di mana beliau memegang jawatannya sehingga tahun 1995.
Pautan luar
sunting- Institut François Mitterrand (Perancis)