Yang di-Pertuan Negara Singapura
Yang di-Pertuan Negara Singapura atau secara rasminya ketua negara merupakan gelaran yang digunakan di Singapura antara tahun 1959 sehingga kemerdekaan negara itu pada tahun 1965. di-Pertuan Negara di ganti nama kepada Presiden.
Yang di-Pertuan Negara Singapura | |
---|---|
Gelaran | Tuan Yang Terutama Paduka Yang Mulia |
Bidang kuasa | Negeri Singapura |
Kediaman | Istana Negara Singapura |
Dibentuk | 3 Jun 1959 |
Dimansuhkan | 1965 |
sunting · sunting di Wikidata |
Sejarah
suntingPada 1959, menyusul semakan perlembagaan Singapura, yang mengakui pemerintahan mandiri Singapura, kedudukan istiadat Yang di-Pertuan Negara menggantikan jawatan Gabenor Singapura. Dibawah aturan peralihan, gabenor terakhir Singapura, Sir William A.C. Goode, menjawat sebagai Yang di-Pertuan Negara Singapura yang pertama, dari 3 Jun sehingga 3 Disember 1959. Dia digantikan oleh Tun Yusof Ishak, yang mengangkat sumpah pada hari yang sama dengan diterimanya bendera, lambang, dan lagu kebangsaan.
Gelaran itu dipertahankan ketika Singapura menjadi negeri ke-14 Malaysia pada 1963, namun pada 9 Ogos 1965, Singapura berpisah dari Malaysia untuk menjadi negara republik yang merdeka. Pada 22 Disember pada tahun yang sama, perlembagaan dipinda, mengubah gelaran Yang di-Pertuan Negara Singapura menjadi Presiden dengan dikuatkuasa berlaku dari tanggal kemerdekaan.
Senarai Gabenor
suntingBerikut ialah Gabenor Singapura dari 1959 sehingga Merdeka 1965, antaranya;
# | Nama | Tempoh berkhidmat | |
---|---|---|---|
Mula | Tamat | ||
1 | Sir William A.C Goode | 3 Jun 1959 | 3 Disember 1959 |
2 | Tun Yusof Ishak | 3 Disember 1959 | 9 Ogos 1965 |