Yahya Awang
Tan Sri Dato' Dr. Yahya bin Tun Dr. Awang (lahir 7 September 1950) ialah pakar pembedahan kardiotorasik Malaysia. Beliau merupakan individu yang mengetuai pembedahan pintasan jantung ke atas Mahathir Mohamad dan juga menjalankan pembedahan pemindahan jantung yang pertama di Malaysia pada 1997. Tan Sri Dr. Yahya juga merupakan perintis kepada penubuhan Institut Jantung Negara (IJN).
Yahya Awang | |
---|---|
Kelahiran | Koloni Singapura (kini Singapura) | 7 September 1950
Kerakyatan | Malaysia |
Pusat pendidikan | Universiti Monash (MBBS) |
Terkenal kerana | Mengetuai pembedahan pintasan jantung ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad Menjalankan pembedahan pemindahan jantung yang pertama di Malaysia |
Pasangan | Puan Sri Datuk Dr. Suraiya Hani Tun Hussein |
Ibu bapa | Tun Dr. Awang Hassan Toh Puan Khadijah Abdul Rahman |
Saudara | Dato' Haji Abdul Rahman Mohamed Yassin (datuk) Tun Dr. Ismail Abdul Rahman (bapa saudara) Datuk Seri Hishammuddin Hussein (adik ipar) Datuk Onn Hafiz Ghazi (anak saudara) Tan Sri Dato' Dr. Abu Bakar Suleiman (sepupu) Mohamed Tawfik Ismail (sepupu) |
Anugerah | Anugerah Merdeka (2013) |
Beliau merupakan anak lelaki kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kelima, Tun Dr. Awang Hassan dan anak saudara kepada Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri Malaysia kedua.[1][2]
Anugerah
suntingKehormatan Malaysia
sunting- Malaysia :
- Kesatria Mangku Negara (KMN) (1989)
- Panglima Setia Mahkota (PSM) – Tan Sri (2003)
- Johor :
- Setia Mahkota Johor (SMJ) (1988)
- Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) – Dato' (1992)
- Pahang :
- Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) – Dato' (1995)
- Pulau Pinang :
- Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) – Dato' (1994)
Rujukan
sunting- ^ Faridah Abdul Rashid (2012). Biography of the early Malay doctors 1900-1957 : Malaya and Singapore (dalam bahasa Inggeris). Bloomington, IN: Xlibris Corporation. m/s. 395. ISBN 978-1-4771-5995-8. OCLC 819718028.
- ^ "Tun Datuk Dr. Haji Awang bin Hassan". Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2016. Dicapai pada 27 Ogos 2021.